Saturday, November 30, 2013

budak zaman sekarang @#$%%

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

korang semua dah sedia maklum, budak zaman sekarang tak sama macam dulu. sebab apa ye? ok teknologi canggih, ada iphone,ipad dan banyak lagi ar. tak ketinggalan facebook,wechat,whatsap macam-macam. sedarkah kita ,yes aku memang mengaku, aku pon remaja, kadang-kadang dengan alat perhubungan inilah kita bersosial. bermula dengan "chat hai cantik,hai hensem"sehinggalah bertemu jodoh,macam pelik je kan,,tapi korang semua jangan nak pelik sangat,sebab budak zaman sekarang dah berani buat apa sahaja.

kadang-kadang macam nak salahkan ibu bapa dorang. tapi kalau seseorang tu nak berubah mesti bermula dengan diri sendiri. aku dilahirkan di kawasan yang kata orang dah blacklist sarang penagih dadah , kawasan pembunuh, kalau polis datang wat siasatan semua aku nampak depan mata. bukan aku nak mengata tentang tempat tinggal lama dahulu..tapi hikmah disebalik pengalaman itu menjadikan ia sebagai titik permulaan semangat supaya aku dapat membentengkan diri aku daripada kehidupan yang dulu. In Shaa Allah.

berbalik kepada topik tadi, budak zaman sekarang sudah mula tayang perkara-perkara yang tidak sepatutnya di laman sosial. macam yang kes baru-baru ni budak baru couple seminggu.



ni adalah contoh.sebenarnya banyak lagi.. so ,kepada abang2 dan kakak2 yang masih mempunyai adik-adik yang baru belasan tahun ,sekolah lagi..sila prihatin dengan tindak tanduk adik-adik anda, selamatkanlah mereka. 

p/s : "saya dah kawin tapi belum nikah lagi" guys take note!!

thanks for reading this entry.

Friday, November 29, 2013

ayat commoner kalau orang tua-tua berbual

assalamualaikum wbt.

hye peeps!

kalo dulu bila orang tua-tua tengah berbual bebudak memang tak boleh menyampuk..kalo wat jugak memang dibedalnya. tu mungkin dulu, pada pendapat aku ar kan, tabik springg katil vono aku bagi kat budak-budak zaman dulu. hormat betul dorang kat orang yang lebih tua. tu ar orang kata kadang-kadang mendengar lebih baik dari berkata-kata. bukan aku kata orang yang berkata tu tak baik tapi kalo dah orang berkata tu tak berhenti berkata macam mana orang yang mendengar tu nak berkata.nampak tak permainan dy..hehe

ok peeps,lets stop.tu cuma mukadimah je. sebenarnya aku cuma nak bagi pendapat tentang ayat atau topik perbualan yang selalu orang tua-tua bualkan.. well ini terbukti kerana aku ni kadang-kadang suka perhati orang bebual lagi-lagi abah aku.. sebenarnya abah aku tu peramah orangnya. so pendapat aku ni berdasarkan kajian yang telah aku lakukan, macam bagus je kan.korang ada???

1. penyakit
contoh :
- "biasa ar kita ni dah berumur, penyakit nak je dekat-dekat. lagi2 penyakit 3 serangkai. tapi nasib baik saya belum lagi dapat penyakit 3 serangkai yang ke-3 tu ..ohok ohok(terbatuk-batuk)"

2. kejayaan anak-anak
3. aktiviti lepas pencen
4. haji
5. isu semasa

sebenarnya banyak lagi. so korang semua boleh kongsikan pengalaman anda..at least boleh le mencuba untuk tackle hati bakal mak atau bapak mentua.haha peace yaw!

#thanks for reading this entry.

Tuesday, October 29, 2013

jom follow i punya instagram

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

orang kata biar lambat asal selamat. heee aku saja nak kabor yang aku pon dah ada akaun instagram,,maaf ye kepoyosan aku terserlah sikit.. sebenarnya aku suka post sesuatu gambar lagi-lagi bila aku ada mood nak bergambar,,ceh meluatkan korang dengar word "ada mood" ahaks. kalau kat FB aku segan sikit nak post gambar. ye ar kan segala anak beranak ada kat FB maluu ar ceq..nak-nak aku letak gambar benda-benda yang simple,,memang konfem kena komen teruk. biasalah zaman sekarang orang lebih suka cakap dulu baru pikir.

that why i prefer instagram..npe??? dia ada privasi.. orang tak boleh nak tiru dan tempel gambar aku.. konon nida perasan popular,,astagfirullah. ok korang semua sape2 yang ada instagram tu jangan lupa follow mak jemah sorang ni ye.





thanks for reading this entry..

kita pon ada dinner taw.

assalamualaikum wbt

hello peeps !

rindu giler nak blogging,, tapi akhirnya setelah mengharungi liku-liku kehidupan yang macam bersahaja ni dapatlah aku jenguk blog yang dah bersarang macam apa. hikhik. baru- baru ni aku baru attend dinner unit L..konon-konon ar ye, haha..actually dinner ni untuk welcoming kteorang yang baru nak masuk degree,, okayy. even sekarang ni dah masuk semester 2 degree. fuhh.. kalo nak cakap pasal kepuasan ,pada aku so-so ar.

walaupun banyak ar jugak dugaan sebelum diadakan dinner ni,. rasanya kat betch kiteorang je ar buat dinner awal-awal.. sampai dorang yang tak terlibat ni pon pelik. haaaa macam pelik je ,macam pelik je, konon nak wat stail trend sekarang "macam cantik je". meluat mak tengok..


promote dulu !


tapi yang syok kteorang datang sebab nak tengok persembahan tarian classmates kiteorang,, memang time ni aku demam so makanan yang sedap pon aku pandang lalu je,, demam nak datang kita kena redha je. sakit tu kan penghapus dosa. so makanan yang aku amik hampir disalahtafsir oleh bebudak yang ada kat situ,, dorang assume aku diet. padahal tekak aku rasa perit yang teramat then kalo makan memang sah ler tak rasa pape pon. maka ,kawan-kawan kite harus menjaga kesihatan ye lagi-lagi kalo kita rasa nak hadir satu event yang ada makanan yang sedap-sedap ni.

aktiviti yang diadakan masa dinner ni pon biasa-biasa ja. cuma persembahan dari wakil-wakil kelas. 
so, aku harap dinner macam ni boleh dilakukan dengan lebih baik pada masa akan datang.. harap-harap ye. ni ada ler gambar yang aku kepilkan untuk tatapan korang semua.. tu pon kalo sudi.
berposing dulu kat banner ni,ahaks

ju kat belakang aku,aku ni dok promote nama kelas aku 
ada orang kata pipi aku meriah betul,,
bersama rumate kesayangan,haha


ok semua ni priya. arachi !!

jangan tertipu dengan pakaian mereka.. yang sebelah tu alice dy sarawakean yang comel kat tengah2 tu odoe dy sabahan

okay ,,kita selca dengan pipi yang bam bam. meriah betul pipi mak jemah sorang ni.

ni besties aku sepanjang study kat sini... mek ziela.

inilah kami geng kawan-kawan (hanya di L6)


thanks for reading this entry !



Wednesday, October 9, 2013

pengaruh vs dipengaruhi

assalamualaikum wbt.

hye peeps.

hari ini aku tertanya-tanya. agak-agak korang kan, selama ni keputusan yang korang buat tu ada kaitan dengan prinsip korang atau pon memang korang telah dipengaruhi dengan keadaan sekeliling?? kalau pada aku ,truthfully, kadang-kadang tu aku rasa macam hati tak tetap,cepat betullah aku nak terasa dan terfikir-fikir untuk menjaga hati orang, haa so kalau macam ni gayanya memang ada satu masa tu emosi bertukar kepada negatif seperti murung,tak banyak cakap, moody memanjang semata-mata aku memikirkan apa yang dorang akan cakap pasal aku jika aku membuat sesuatu keputusan. nampak macam aku yang tak tetap prinsip.

perkara yang paling aku rasakan amat teruk adalah bila kita dah deal dengan sesuatu perkara yang akan kita lakukan terhenti seketika apabila kepala kita ni asyik fikir tentang apa yang orang sekeliling akan kata. maka, keputusan yang akan kita lakukan akan menyusahkan dan akan menyebabkan kita menyesal...

# so apa pendapat korang? please i really need your help..macam mana nak buat hati kita ni tetap an kebal ?

ada macam orang yang tengah pengaruhi orang tak? krik2


thaks for reading this entry!

Sunday, September 29, 2013

cantik habaq hang

assalamualaikum wbt.

helo peeps.

saja nak throwback masa resepsi sepupu aku. tapi sebelum tu aku nak cerita serba sedikit tentang akak sepupu aku.. nama dia seakan-akan aku iaitu Nur Hanida Binti Abdul Ghani. dia seorang yang baik sangat. kata orang kalau duduk serumah pon memang ngam gitu. sebenarnya. kadang-kadang aku pon turut admire kat sepupu aku sendiri, opps geng jangan label aku sebagai lesbi ok.. krik krik. pada aku dia mempunyai pakej, untung siapa yang dapat kak hani ni,, so, memandangkan aku dah lama tak datang ke rumah ibu (merangkap mak kak hani) so aku memang terkejut beruk dia decide nak kahwin dengan jejaka pilihan dia.

mana taknya bila dorang pandang muka terkejut + blur aku mahu dorang ketawa terbahak-bahak. aisey, memang aku dibahannya dengan alasan busy sangat sampai lupa nak jenguk rumah ibu. korang tau tak lepak dengan anak-anak ibu ni memang release tension aku yang macam nak pecah kepala aku dibuatnya. kata orang sambil menyelam minum air,alang-alang kite cuci mata sikit,,ahaks. (ketawa jahat). hensem kot anak-anak ibu aku.

so segala yang dirancang telah berjalan dengan baiknya. sederhana tapi meriah, korang tau tak walaupun aku ni bukan keluarga betul tapi dorang anggap aku ni macam keluarga dorang. memang pengsan kami dibuatnya selepas majlis dijalankan. so, inilah yang aku bagitahu korang.. pelamin kak hani ni gojes ditambah pulak dengan baju pengantin yang mak jemah suka sangat ni,, tip top, ahahhahha. cuba korang tengok ni --->

someone said " muka kak hani ni macam tiz zakiah". judges by yourself ok ?

ni masa nikah,,happy je kan, now dah halal,baju and make up sume pengantin yang sendiri, tu yang aku respect giler kat kak hani ni,
korang nampak kedudukan yang macam tangga tu kan? buat tak tahu je ok.
konklusionnya aku memang puas hati dengan perancangan perkahwinan ini, dah macam perunding perkahwinan lak kan sampai nak puas hati ke tak,ehmm lantaklah. aku harap jodoh dorang ni berpanjang sehingga ke akhirnya.. In Shaa Allah.

mesti korang semua tertanya-tanya kan ke mana tuan punya blog ni? cettt perasan betul,,tipu banyak. orang memang tak nak tahu pon tapi tuan blog ni tetap nak bagitahu jugak..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
---->

kan? cantik..hahaha. tngok plak background pelamin tu simple tapi gojes, i loiikke!

aku dengan pengapit pengantin.. comelkan, ni ar kak afiqah.

aku paling suka pic ni..tak tahulah kenapa..

mula-mula malu tapi bila dah ada kamera apa lagi tuan punya blog dah start berangan kat pelamin,,haha 
pokoknya ibuk emang suka bangat letak gamabr-gambar ni..

# thanks for reading entry yang banyak gambar syok sendiri,haha  adioss







Wednesday, September 25, 2013

kita merapu ! part 1

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

al-kisah..

last time, lepas balik kelas, hujan tetibe plak turun dengan renyai-renyai,,nasib baik tak lebat..memang tepat benolah pepatah orang dulu. " langit tak selalunya cerah, "ku sangkakan panas di siang hari tapi apakan daya hujan di tengah hari". dengan kelas yang full giler tu memang merungut saja, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, aku main redah je macam biasa, tak bawa payung pergi kelas. walaupun aku melalui ampaian sidaian baju tu aku tengok baju aku sudah kering dengan selamat lantas aku buat tak tahu je dan teruskan perjalanan dengan sombongnya.

almost 4 pm. cuaca pon dah berubah...walaupun lecturer wat lawak yang tak pandai mana fikiran aku tetap pada ampaian. apalah nasib baju aku basah lokos.sebab pada masa itu, langit telah pon menjatuhkan titis-titis hujan seterusnya mengakibatkan keadaan bumi di IPG basah tahap gaban. pada masa itu aku terpaksa meredhakan segala yang terjadi iaitu "baju yang kulihat sebentar tadi kering ,sekarang sudah pun basah. maka, lebur gitu sajalah aku membasuh dan mensoflankannya. akhirnya, aku dengan kawan-kawan teruskan perjalanan balik ke hostel walaupun kami tidak berpayung.

buat pertama kalinya kami tidak lagi merungut pasal hujan. ini kerana kami enjoy dengan hujan ni..seronok tak terkata. orang lain yang lalu kawasan itu kebingungan kenapa kami gembira yang tak terkata..

tengok ni baru keluar kamera dorang dah posing semacam.
# ni ar orang kata kawan berpanas dan berhujan. tetttt

thanks for reading this entry...daaaaa



Friday, September 20, 2013

tragedi awok!

assalamualaikum wbt..

hye peeps!
sory kepada semua yang menunggu bilalah aku nak update blog baru. naik cuti raya ni kan double triple menyibukkan diri. walhal, bukannya sibuk pon kalo aku ni pandai menjaga masa. keje last minit. (dush dush ameeekaw.hukuman untuk diri sendiri)

pertamanya mesti korang sume pelik sebab entry kali ni nampak macam lain macam je kan ? btol taw,ni tak tipu pon..sungguah aihh ! memang betul "Jodoh Bukan Milik Kita". entry ni maybe ada bosan skit,,(tu untuk orang yang bahagia ar.. wait a minute. aku harap korang sume yang membaca entry ni berbahagia. arachi ! hmm tak tahu nak mula dari mana. tarik nafas,hembus hooooooooo.. ye jodoh memang milik Maha Pencipta. tapi aku juga seorang manusia biasa yang tak lari dari godaan. haish nida, tu ar masa kecil suka kawan dengan monyet tengok sekarang dah kena monkey lovey. apa yang selama ni akan jadi milik kita tak mungkin akan berkekalan. maka bersabarlah wahai hati.

kadang-kadang nak salahkan diri kenapa ada perasan nak mencuba, biasa ar anak muda macam aku ni memang cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling. urmm nampak beno iman awok tak kuatkan? tak apa nida barang yang lepas jangan dikenang. semua cakap rupa itu. tapi yang ngadapnya awok.hehe oleh itu, untuk melupakan segala perkara yang terjadi, aku ambil kesempatan dengan kerja, assignment yang masih setia nak kejar aku.. at least aku dapat keluar dari masalah itu. percaya ar dengan perkara yang terjadi, aku rasa Dia dah tunjuk hikmah-Nya pada aku. Alhamdulillah kawan-kawan dan keluarga banyak bagi sokongan kat aku. mereka memang sayang aku. Subhanallah..maka benarlah letakkan priority yang nombor satu ialah Allah, Keluarga, sahabat. In Shaa Allah bahagia itu pasti akan menjelma.

hmm nampaknya sandiwara awok sampai sini saja,, kepada korang yang menangalami pengalaman seperti aku, meh sini aku nak bgi tips :

1. think positif.
2. kalo teringat kat Xehem2. luangkan masa ngan kawan2 korang macam window shopping ke, tengok wayang ke, jenjalan pon boleh. (asal korang bahagia ar). paling penting sekali...
-
-
-
-
-
-----> letakkan kebergantungan korang pada Allah. doa minta petunjuk agar segala urusan dipermudahkan. In Shaa Allah. daaa



sekarang cuba tengok muka orang kat atas tu happy je. ,,
so kita tak perlulah nak touching-touching.. jangan lupa.
orang yang baik untuk orang yang baik, so kite kena ar jadi yang terbaik kalo nak dapatkan yang baik.
# thanks for reading peeps. adios.

Monday, August 5, 2013

jangan pandang sebelah mata

assalamualaikum WBT.

hye peeps !

hari ini kte sedang mengalami fasa terakhir pada bulan Ramadhan yang mulia ini. hakikatnya memang dah trend kan nak post yang baik2.. ni bukan niat nak ikut trend ke apa tapi sekadar renungan buat kita sebagai khalifah di muka bumi yang hanya ditumpangkan sementara sahaja. kita patut bersyukur ye korang.

kekadang kita tak perasan kan apa yang  berlaku pada diri kita. apa yang aku nak maksudkan ni adalah bila dua orang atau lebih gegirl atau boboy duduk sesama then cerciter. haaaa jadi mestilah dy akan bercerita tentang orang yang tak ada di kalangan mereka. btul tak?? of kosh ar kan. then mesti korang rasa len je bila korang bersama-sama dengan orang yang korang umpatkan tu.. STOP IT... jangan amik bulat-bulat apa yang anda dengar tu.siasat dahulu. aku pon kekadang macam tu jugak,tapi bila dah makan tuan barulah aku rasa siasat dahulu hujung pangkal adalah tindakan yang betul.

kita hanya dengar sebelah pihak. belum tentu sebelah pihak tu selalu betul. jadi langkah yang terbaik adalah dengar kedua-dua belah pihak..adil dan saksama. jadi sebagai manusia "don't judge book by its cover ".

no worry ar korang, selagi korang think positif ngan keadaan sekeliling korang especially memeber2 korang,,dorang pon macam tu.

#thank for reading this entry.

P/S: Selagi kita berbaik dengan orang, semua orang akan berbaik dengan kita. Asalkan kita IKHLAS



 senyum macam kerang busuk untuk semua.(",)


Sunday, June 30, 2013

boyce avenue again..

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

jumpa lagi korang kan,,semalam entry seoul garden ,ari ni lak aku nak wat entry pasal boyce avenue nilah,,sape lagi? wah dah macam gangster lak. ahaks.

aku pengikut setia perkembangan music dorang, memang tak nafikan ar kan ,aku memang suke dengar orang lain nyanyikan lagu english berbanding penyanyi natif itu sendiri. pada aku dorang ni memang ada kelainan. siyes weyh tak tipu. ya benaran ni?? memei ar..haha

malas nak cakap nah korang dengar sendiri ye..huhu..

kali ni dorang duet dengan Fifth harmony..lama-lama best lak aku dengar.haha

nah ada lagi..

lepas dengar sila komen,,hahah 

p/s : kombinasi suara yang mantop beb.haha

Friday, June 28, 2013

seoul garden

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

dah lama aku tak merepek kat blog aku ni. bermuhasabah ar aku kalo nak create cter. sebenarnya aktiviti ni dah lama pon berlalu. kami suka-suka je outing keluar makan gi Seoul Garden. faham-faham je ar kalau orang jenis aku ni memang susah nak jenjalan. pada aku ni outing sangat leceh. tapi kalo outing mempunyai tujuan untuk membesarkan perut memang aku ar orang pertama yang setuju.. macam biasa plan ni jue yang mula-mula cadangkan. alasan dia boleh diterima sebab tak lama agy nak pose, so why not kite suka-suka outing gi seoul garden tu.

sebenarnya aku ni baru first time pergi sini. nasib baik jue ni pernah pergi dengan rumate dia. biasa ar kalo dah tekak orang melayu ni mana nak makan benda yang setengah masak. memang aku agak janggal untuk grill daging-daging yang aku pilih. kalo kat sini part yang paling best adalah ais-krim dy. kteorang siap bertambah agy.. adalah dalam 4-5 kali. tapi si Romina ni 6 kali tambah.haha patot ar makan tak habis.


ni kalilah makan besar sebelum duit takada..hahah
tapi romi berbaik hati nak kopekkan udang untuk aku dengan jue. thanks romi. kami pergi berempat sebenarnya. tu yang kat gambar atas tu ika..

romi yang khusyuk kopek udang untuk aku,hahah

jue yang lapar tak terkata terus ngapp apa yang kat depan mata dia tanpa hirau kamera.
selesai makan je jangan tanya kenapa kami gi ladies room.hahahah bayangkan 4 jam kami wat kenduri kat situ. memang kenyang tak sangka..nak jalan pon susah.mengah tak pasal-pasal.
sampai sekarang aku teringatkan ais-krim yang aku makan,, tengok pon dh terliur.hahah
#pesanan penaja :
1. sebelum korang masuk kat seoul garden make sure korang jangan makan makanan berat yang mengenyangkan.
2. buanglah segala apa yang hendak dibuang kerana kat sana tak disediakan tandas ye. 
3. jangan terlalu tamak untuk amek makanan yang dihidangkan di situ. takut membazir nanti.
4. makan jangan bersulamkan air nanti cepat kenyang. huhu

 
p/s : makan-makan jugak tapi beringat-ingat kepada orang yang tidak bernasib baik.

#thanks for reading this entry !






Wednesday, June 12, 2013

On The Spot Gathering.

assalamualaikum wbt.

hello peeps !
sory semua dah lama tak update blog ni. biasalah kan bila dah cuti ni segala mak nenek penyakit datang luah perasaan. nampakkan mereka semua jeles dengan aku.. tengah demam ni pon aku sempat datang jumpa kawan-kawan sekolah. kalau nak tau gathering semua ni berpunca dari aku sendiri. nanpak tak yang aku ni mampu mempengaruhi mereka ni semua.

i just mention it in fb actually. tak pasti ar kawan-kawan aku semua ni tengah bercuti. ok memang rezeki aku pon. tapi kalo nak diikutkan kalo gathering ni dirancang awal-awal memang semua orang tak boleh nak bagi komitmen,last2 terbelengkalai macam tu je, tak pun hanya bapa kerat je yang datang. tapi aku seronok betul gathering masa ni. dorang ni memang awesome lah. bukan nya apa, kite orang ni sebenarnya memang tak boleh jumpa ada je nak cerita.

ari ni aku bagi entry ringkas je. sebab dorang semua nak tengok pic. so entry ni kite lebihkan gambar.,setiap gambar ada ceritanya sendiri. saksikanlah ye kengkawan!!

masa awal permulaan. semua nak koya,

still agy koya.haha

ok klimaks, tak larat nak cover cantik,keluarlah semua yang tersirat dan tersurat.

aku and tiqa.

sebenarnya time ni kteorang dah start gosip.tapi nampak kamera sume jadi baik,konon-konon,

mintak pak cik yangkat sebelah ni ambil gambar,hasil  persetujuan kami. setelah menunggu sape2 untuk amek gambar kteorang ni.

tiqa yang dari tadi kejenya pegang beg kteorang. self protection ar katakan.ini semua poyo

candid yang omel. I loooike!!!

mereka start bergosip.haha kantoi korang.

first trial. ramai orang perhati,lantaklah..dorang tak kenal pon.huhu
p/s : korang prefer gathering secara on the spot atau korang planned awal-awal??

#thanks for reading this entry !!


Friday, May 31, 2013

Weyh Ko tiru !!

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

Budaya meniru, mesti nak kaitkan dengan time exam. betul tak? masa aku exam sebenarnya memang ada niat nak tiru orang sebelah. kehkehkeh. erm tapi nak wat macam mana aku tak ada masa untuk itu. masa berjalan macam nak pergi racing kat litar sepang je tau x? haish. berbalik pada cerita tiru tu, most orang yang duduk kat dewan kebanyakan memang dah pasang niat nak tiru ,,ahaks, antara tricks2 dorang ni adalah seperti berikut : kalo soklan objektif tu semestinya ar guna body languange,,macam-macam ragam. kalo masa aku exam tu, kat dewan exam memang dijaga ketat,nak-nak aku duduk kat belakang n paling tepi, kalo gerak sikit pon dah nampak. so, aku sarankan, kalo dah study kat peringkat tinggi ni pandai-pandai ar jaga diri. kata orang nak belajar pon kena smart inikan pula nak meniru, so kena smart ok? bila ingat masa zaman keremajaan ribena aku tuh, rileks je aku tiru orang sebelah depan cikgu,ahaha, jahat giler,n ar hasilnya,erm mintak dijauhkanlan perangai aku dulu jatuh kat bakal-bakal anak murid aku,,

ok korang ,kalo nak tau cara meniru yang most student buat, cuba pergi ke link ni, ;
http://elefunz.blogspot.com/2012/01/cara-cara-untuk-meniru-dalam.html



p/s : rasanya,korang pon pernah kena cenggini kan? hehe so, cne lak budaya meniru korang? share it,huhu

thanks for reading this entry.. kalo sudi komen k!

Thursday, May 30, 2013

babak : mat Bhai

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

entry kali ni aku nak kemah pasal mamat bangla atau kita slalu panggil Bhai,ala yang jual jual tikar baju or else. korang pernah alami kes macam ni ke? maksud aku orang datang rumah then cakap,,"tikar-tikar" , "adik manis, nak beli baju, frame ada,bantal ada, macam2 ada" em lebih kurang macam ni ar situasinya. nak dikabokan aku pon ada pengalaman cenggini. Don't ask me acane aku elak, sbb korang sendiri pon pandai nak bagi helah, aku cuma nak bagi warning kat korang wah macam poyo je kau nida nak bagi warning bagai,ahaks. untuk girls aku sarankan jangan layan k kalo jumpa kes cenggini. tau x dorang ni pandai tau , masa awal datang umah kita erm muka innocent betul manis gler macam nak bagi backhand je biasa ar nak jual barang kan then bila tak beli muka monyok dah macam apa,, siyes aku bengang giler ngan mamat bhai tu..pastikan kalau rumah tu ada grill jgn buka,BAHAYA.

pesanan : kalo BHAI tu kata nak jual FRAME ; korang cakap je dah ada. ahaks// kalo BHAI tu kata nak jual BAJU ; korang cakap je baju dah banyak ni pon tengah kemas nak bagi derma kat anak-anak yatim. habis cter ! // kalo BHAI tu kata nak jual AYAT-AYAT AL-QURAN ; korang cakap je baik saya baca Al-Quran terus,pahala In Shaa Allah dapat. ahaks. ^__^

P/S : Bhai tu mesti balik ngn muka masam,,ahaks

#thanks reading this entry ! daaa


Segmen Areena Mencari Bloglist #1

assalamualaikum wbt..

hye peeps !

dah ada orang jemput saya pon join je,
moh ler kite sume join segmen ni,,

untuk saudari areena ,,thanks ye jemput.
klik banner kat sini k !!
mudah je tu..


Tuesday, May 28, 2013

Big Giveaway by Alia Ali Ahmad

Assalamualaikum wbt. 

hello peeps !


klik banner kat ats tu ye !
thanks a lot 
mangsa tag. 


Tamat : 1 Julai 2013
Pengumuman pemenang : 2 Julai 2013

HADIAH

Top Referral :

Top Referral : Novel + Topup RM 5 x 1 Pemenang

Random :
  1.  Pashmina x 2 Pemenang
  2.  Bawal x 2 Pemenang
  3.  Keychain 'melaka' x 7 Pemenang
  4.  Topup RM 3 x 4 Pemenang
  5.  Topup RM 5 x 2 Pemenang
  6.  Bookmark x 4 Pemenang
  7.  Hadiah Misteri x 2 Pemenang
Maklumah : hadiah akan ditambah dari masa ke semasa. Tak janji kalau fulus bertambah la ye . Syarat adalah wajib . Nak novel ? Rajin-rajin la promote .



" Partner Giveaway by Atiqah-Farah "

assalamualaikum wbt.

hye peeps !


sila klik banner di atas ye kalo nak join !


PEMBAHAGIAN HADIAH :


1x Top Refferal 

33x Random.Org


SENARAI HADIAH :


Doodle 1x  by Atiqah

Novel 4x by Shafawi Dzulkefli

Topup RM5 3x by Nur Ain Othman

Review Blog 5x by Sahizatul Sahimi

Topup RM3 1x by Azwar Syuhada

Bookmark + Review Blog 3x by Qirazlyn LeEn

Topup RM10 1x by Amirah Rushdan

Review Blog 3x dan Cursor 2x by Nur Shaira Elianis

Header Tak Bersambung 2x by Najaha Alia

Topup RM10 2x by Gugu Soriano

Topup RM5 1x by Nurul Firzanah

Background blog 3x *ikut kehendak pemenang* by Nur Syazlia

Novel 1x *Si Kucing Parsi* by Syahira Adisa

Reload Topup RM5 2x by Bintu Yusof

Monday, May 27, 2013

Aku, Perempuan & Rugby.

Assalamualaikum wbt.

hye peeps !

tengok tajuk dah macam novel berangan lebih, sila perasan ! apa kaitan aku memang perempuan sejak azali ni dengan rugby?? hello !! ganas tau main bola rugby. bila aku tengok budak laki main pon aku dah seram, kata orang main 'romper' adoii tu ar pasal ada yang patah tangan, patah kaki patah segalalah patah ar tapi patah hati aku belum dengar agy.huhuk ..sebenarnya citer ni dah lama,,aku dok buka folder gambar,tetibe lak terClick folder gambar aku main rugby. ter tu tipu je,sengaja sebenarnya. wokey2. Korang percaya ke aku ni yang tinggi tak seberapa ni men rugby?? haah gler ar kan girl men rugby,eeuuww !!! rugby tu ,ganas tau. So, jangan pandang aku sebelah mata !! ahaks.

hahahaah propa lebih kan,,permainan rugby yang aku maksudkan tu bukanlah rugby yang macam korang tengok kat cerita Mega Movie malam Sabtu tu..tu ganas,bahaya betul,nak2 aku girl ,body nak guna lama tuu,,haha skop permainan tu diolah supaya sesuai dimainkan untuk semua orang. namanya rugby sentuh,, siyes aku cakap nama group kami memang x boleh tahan " Gadis dan Bunga" adoii korang jangan ingat nama group aku, ada lagi nama group lain yang pelik tu " Kampung Baru Jumpa' ok pelikkan,,sila abaikan ! aku dilatih oleh classmate aku,,namanya Hamdan ,dia ni memang pemain rugby sejak sekolah lagi,



kami punya coach,,Ni kalilah Hamdan ,ahaks
selama seminggu perlawanan ni berlangsung,, aku tak main sangat biasa ar kaki injured sebenarnya,, haah memang auta ar kan..so aku jadi benchwarmer je...pemerhati !!
betapa komitednya so hamdan ni,,

group aku memang terbaik,,
walaupun kami tak berjaya tapi paling tidak ukhuwah kami sekelas semakin erat, bese ar kalo ad perselisihan faham ,,sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kami sekelas kan.

ni kumpulan lelaki dari batch aku,dorang menang,,tahniah wat dorang,

here we are,, "Gadis dan bunga RC"
kami masih dalam peringkat awal, banyak kali ditegur tentang peraturan permainan,,masa rehat kami berbincang dengan si Hamdan ni cane nak mantopkan lagi permainan kami,,set up balik apa yang kurang,,
pengalaman yang paling kelakar memang sampai sekarang aku tak boleh lupa Tenom ar ,kami hampir nak menang tapi dia boleh letak bola kat garisan,,lepas tu dia sorak kegembiraan ingat kumpulan kami menang,haha memang kelakar pon,,tapi hakikatnya tak menang,sebab garisan yang dia letak tu masih awal lagi,,garisan yang sepatutnya adalah kat hujung,,pelik betul ar dia ni,,ahaks,

p/s : Kami budak baru belajar. salah tu mesti,,yang penting belajar dari kesilapan, huhu

thanks for reading this entry !

cerita BR1M

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

hari ini aku bukannya nak berpolitik. so, sila jangan wat 'blackout lak kat aku punye blog ni,ahha..ni cite kenyataan bukan cobaan !! sempena aku tengah menghabiskan cuti sem aku selama 3 minggu ni,,walaupun dia nampak macam pendek je tapi aku telah merapi plan untuk bercuti tanpa perlu memikirkan apa nak jadi ngan bilik kat IPG aku tu,,ahaks propa je tu!. sebenarnya aku memang dah plan nak habiskan baucer buku aku tu yang berbaki rm100. nasib baik Abg Amir ada call aku cakap pasal ada Ekspo Buku kat Johor..gembira tak terkata..macam poyo je sambil mata dikebil-kebilkan.


serius best gler, seronok betul,,jualan murah..

percaya tak harga buku yang RM30 ke atas sumenya turun dan berharga dalam RM8..mula-mula aku pon percaya..tapi ble aku pergi.. Mak ai ! ramainya orang,,ada ang keluar sampai bawak kotak agy,,giler mak dasyatnya..memandangkan sumenya buku BI je so aku habiskan dalam RM50 untuk buku saja,,wah, ulat buku ar aku lepas ni,,balik umah je abah kemain senyum lebar sebab tengok aku semangat beli buku English,, so masalah lain lak yang timbul mampu ke aku nak habiskan baca buku-buku ni,,ea hello buku BI yang lama pon aku tak habis agy,,

banyak gler bab betul kan,,ahaks,,

setelah disusun jumlah ketebalan semua buku melebihi Kamus Dewan  Edisi Keempat,,
dasyat ke tak ,,ni ar buktinya buku-buku kat sana,,aku jangan ditanya,,dah bape round aku wat marathon,,

nampak tak?? T__T menangis weyh kalo uolls bookworm yg datang sini,,terbaik!
yang lagi RM50 tu aku habiskan kat Book Talk kat Taman Dahlia beli alat-alat tulis,,huhu. akhirnya aku dah berjaya habiskan kesemua baucer buku RM250 dengan sebaiknya,,ahaks,

P/s : so, macam mana pulak korang habiskan baucer buku korang? ahaha,,

thaks for reading this entry !



Monday, May 13, 2013

Hobi Baru,,

assalamualaikum wbt..

hai blooger,,em (hai ar balik even aku tak tau pon).

sejak aku tgh berhadapan dengan situasi bosan yang teramat ni kat bilik lagi-lagi sekarang tengah study week ni,, aku rasa buku pon bosan nak tgk muka aku,,macam ar buku tu ada mata kan,,memang sah-sah lah aku yang bosan tengok buku,,lebih baik aku layan muka buku,haha disebabkan aku ni pembaca tegar cerita-cerita picisan, so aku nak sarankan korang sume ke link ni,,seronok jugak baca,,kalo korang tangkap layan benda-benda yang cintan ni ,,moh ler kite,,huhu,,

selamat membaca !!!

Saturday, May 11, 2013

Hari-hari "Hari Ibu"

assalamualaikum wbt

Salam untuk sekalian yang beragama Islam,, entry hari ini adalah khas untuk hari ibu,tapi sebelum tu ada satu persoalan yang bermain di ruang legar kotak fikiran aku,jap-jap,,korang semua dah salah tafsir ni,,sila luaskan pemikiran korang ye! Pada aku ,Hari Ibu adalah setiap hari,,cuma kadang-kadang aku mengaku yang kita segan nak wish kat mak kita,betul tak?? ahaks, sape tak sayang mak kan? reason kenapa aku mention "Hari-hari Hari Ibu" adalah bila kita tengok makna disebalik Hari Ibu tu adalah untuk mengenang jasa dan pengorbanan ibu ,jadi kesimpulannya sebagai seorang anak,kita tak payah dok tunggu tarikh sambutan hari ibu dan pada masa yang sama time tu ar baru nak tergerak hati nak wat something yang boleh gembirakan hati mak n abah kita.

jadi, zahirkan perasaan anda terhadap kedua-dua orang tua korang tu la ni jugak, esok dan selama-lamanya, sayangilah mereka selagi mereka ada. Buat baik kat mereka tak rugi pon bahkan pahala berlipat ganda tau !!



untuk mak dan abah yang kat rumah tu, selamat hari raya,hahahaah




# thanks for reading this entry !!