Sunday, September 29, 2013

cantik habaq hang

assalamualaikum wbt.

helo peeps.

saja nak throwback masa resepsi sepupu aku. tapi sebelum tu aku nak cerita serba sedikit tentang akak sepupu aku.. nama dia seakan-akan aku iaitu Nur Hanida Binti Abdul Ghani. dia seorang yang baik sangat. kata orang kalau duduk serumah pon memang ngam gitu. sebenarnya. kadang-kadang aku pon turut admire kat sepupu aku sendiri, opps geng jangan label aku sebagai lesbi ok.. krik krik. pada aku dia mempunyai pakej, untung siapa yang dapat kak hani ni,, so, memandangkan aku dah lama tak datang ke rumah ibu (merangkap mak kak hani) so aku memang terkejut beruk dia decide nak kahwin dengan jejaka pilihan dia.

mana taknya bila dorang pandang muka terkejut + blur aku mahu dorang ketawa terbahak-bahak. aisey, memang aku dibahannya dengan alasan busy sangat sampai lupa nak jenguk rumah ibu. korang tau tak lepak dengan anak-anak ibu ni memang release tension aku yang macam nak pecah kepala aku dibuatnya. kata orang sambil menyelam minum air,alang-alang kite cuci mata sikit,,ahaks. (ketawa jahat). hensem kot anak-anak ibu aku.

so segala yang dirancang telah berjalan dengan baiknya. sederhana tapi meriah, korang tau tak walaupun aku ni bukan keluarga betul tapi dorang anggap aku ni macam keluarga dorang. memang pengsan kami dibuatnya selepas majlis dijalankan. so, inilah yang aku bagitahu korang.. pelamin kak hani ni gojes ditambah pulak dengan baju pengantin yang mak jemah suka sangat ni,, tip top, ahahhahha. cuba korang tengok ni --->

someone said " muka kak hani ni macam tiz zakiah". judges by yourself ok ?

ni masa nikah,,happy je kan, now dah halal,baju and make up sume pengantin yang sendiri, tu yang aku respect giler kat kak hani ni,
korang nampak kedudukan yang macam tangga tu kan? buat tak tahu je ok.
konklusionnya aku memang puas hati dengan perancangan perkahwinan ini, dah macam perunding perkahwinan lak kan sampai nak puas hati ke tak,ehmm lantaklah. aku harap jodoh dorang ni berpanjang sehingga ke akhirnya.. In Shaa Allah.

mesti korang semua tertanya-tanya kan ke mana tuan punya blog ni? cettt perasan betul,,tipu banyak. orang memang tak nak tahu pon tapi tuan blog ni tetap nak bagitahu jugak..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
---->

kan? cantik..hahaha. tngok plak background pelamin tu simple tapi gojes, i loiikke!

aku dengan pengapit pengantin.. comelkan, ni ar kak afiqah.

aku paling suka pic ni..tak tahulah kenapa..

mula-mula malu tapi bila dah ada kamera apa lagi tuan punya blog dah start berangan kat pelamin,,haha 
pokoknya ibuk emang suka bangat letak gamabr-gambar ni..

# thanks for reading entry yang banyak gambar syok sendiri,haha  adioss







Wednesday, September 25, 2013

kita merapu ! part 1

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

al-kisah..

last time, lepas balik kelas, hujan tetibe plak turun dengan renyai-renyai,,nasib baik tak lebat..memang tepat benolah pepatah orang dulu. " langit tak selalunya cerah, "ku sangkakan panas di siang hari tapi apakan daya hujan di tengah hari". dengan kelas yang full giler tu memang merungut saja, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, aku main redah je macam biasa, tak bawa payung pergi kelas. walaupun aku melalui ampaian sidaian baju tu aku tengok baju aku sudah kering dengan selamat lantas aku buat tak tahu je dan teruskan perjalanan dengan sombongnya.

almost 4 pm. cuaca pon dah berubah...walaupun lecturer wat lawak yang tak pandai mana fikiran aku tetap pada ampaian. apalah nasib baju aku basah lokos.sebab pada masa itu, langit telah pon menjatuhkan titis-titis hujan seterusnya mengakibatkan keadaan bumi di IPG basah tahap gaban. pada masa itu aku terpaksa meredhakan segala yang terjadi iaitu "baju yang kulihat sebentar tadi kering ,sekarang sudah pun basah. maka, lebur gitu sajalah aku membasuh dan mensoflankannya. akhirnya, aku dengan kawan-kawan teruskan perjalanan balik ke hostel walaupun kami tidak berpayung.

buat pertama kalinya kami tidak lagi merungut pasal hujan. ini kerana kami enjoy dengan hujan ni..seronok tak terkata. orang lain yang lalu kawasan itu kebingungan kenapa kami gembira yang tak terkata..

tengok ni baru keluar kamera dorang dah posing semacam.
# ni ar orang kata kawan berpanas dan berhujan. tetttt

thanks for reading this entry...daaaaa



Friday, September 20, 2013

tragedi awok!

assalamualaikum wbt..

hye peeps!
sory kepada semua yang menunggu bilalah aku nak update blog baru. naik cuti raya ni kan double triple menyibukkan diri. walhal, bukannya sibuk pon kalo aku ni pandai menjaga masa. keje last minit. (dush dush ameeekaw.hukuman untuk diri sendiri)

pertamanya mesti korang sume pelik sebab entry kali ni nampak macam lain macam je kan ? btol taw,ni tak tipu pon..sungguah aihh ! memang betul "Jodoh Bukan Milik Kita". entry ni maybe ada bosan skit,,(tu untuk orang yang bahagia ar.. wait a minute. aku harap korang sume yang membaca entry ni berbahagia. arachi ! hmm tak tahu nak mula dari mana. tarik nafas,hembus hooooooooo.. ye jodoh memang milik Maha Pencipta. tapi aku juga seorang manusia biasa yang tak lari dari godaan. haish nida, tu ar masa kecil suka kawan dengan monyet tengok sekarang dah kena monkey lovey. apa yang selama ni akan jadi milik kita tak mungkin akan berkekalan. maka bersabarlah wahai hati.

kadang-kadang nak salahkan diri kenapa ada perasan nak mencuba, biasa ar anak muda macam aku ni memang cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling. urmm nampak beno iman awok tak kuatkan? tak apa nida barang yang lepas jangan dikenang. semua cakap rupa itu. tapi yang ngadapnya awok.hehe oleh itu, untuk melupakan segala perkara yang terjadi, aku ambil kesempatan dengan kerja, assignment yang masih setia nak kejar aku.. at least aku dapat keluar dari masalah itu. percaya ar dengan perkara yang terjadi, aku rasa Dia dah tunjuk hikmah-Nya pada aku. Alhamdulillah kawan-kawan dan keluarga banyak bagi sokongan kat aku. mereka memang sayang aku. Subhanallah..maka benarlah letakkan priority yang nombor satu ialah Allah, Keluarga, sahabat. In Shaa Allah bahagia itu pasti akan menjelma.

hmm nampaknya sandiwara awok sampai sini saja,, kepada korang yang menangalami pengalaman seperti aku, meh sini aku nak bgi tips :

1. think positif.
2. kalo teringat kat Xehem2. luangkan masa ngan kawan2 korang macam window shopping ke, tengok wayang ke, jenjalan pon boleh. (asal korang bahagia ar). paling penting sekali...
-
-
-
-
-
-----> letakkan kebergantungan korang pada Allah. doa minta petunjuk agar segala urusan dipermudahkan. In Shaa Allah. daaa



sekarang cuba tengok muka orang kat atas tu happy je. ,,
so kita tak perlulah nak touching-touching.. jangan lupa.
orang yang baik untuk orang yang baik, so kite kena ar jadi yang terbaik kalo nak dapatkan yang baik.
# thanks for reading peeps. adios.