Monday, January 28, 2013

Cara-cara hilangkan rasa gemuruh

Assalamualaikm wbt. ^__^

Gemuruh tak?? tipulah kan kalau korang semua tak pernah melalui situasi yang macam ni.
Segelintir orang pikir gemuruh ni small matter je. Ingat !! Jika seseorang itu dalam keadaan gemuruh maka segala idea yang panjang berjela boleh lenyap macam tu je. Lagilah masa nak presentation. Amat membazir. Kalau aq memang tersangat yang amat dasyat gemuruh tu almaklumlah aku ni istimewa sikit kadang-kadang disebabkan gemuruh aku akan menjadi seorang yang gagap. Dan aku akan hilang keyakinan. Jadi aku sekadar nak berkongsi sedikit macam mana nak handle rasa gemuruh korang .. Are you ready?? excited lak aku bercerita. ^__^

Terpulang ini hak individu nak ikut boleh jaa , kalau tak nak tak apa.

  1. Pertama sekali, sebelum giliran present korang, pastikan malam sebelum sediakan bahan yang berkaitan dengan apa yang korang nak sampaikan. Lagi simple lagi bagus.
  2. Macam biasa ,memasukkan oksigen dalam badan dan kita keluarkan karbon dioksida (tarik nafas dalam-dalam) sambil tenangkan fikiran.
  3. Jika anda seorang yang pemalu, mudah je korang cuma perlu menganggap audiens kita tu adalah kanak-kanak. In Shaa Allah korang terus ceria.
  4. Jika anda gemuruh dan kadang-kala gagap, untuk elak darah gemuruh korang daripada meluaskan kuasanya, berfikir dahulu sebelum bercakap. 
  5. Paling tidak pon korang bercakap secara tenang. Jangan nak laju sangat cakap tu, tak lari pon audiens korang bahkan lagi audiens korang akan tetap dengar dan apa yang korang nak sampaikan tu audiens mudah terima.
  6. Ni yang paling favourite ar, korang sengih je masa korang kat depan audiens, dorang tak tau pon korang ni tengah gemuruh. Ceria itu perlu ditonjolkan.
  7. Untuk orang yang beragama Islam, cuba amalkan doa ini :

      Doa Nabi Musa AS

    قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
     
    Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

    Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku 


    P/s : yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kita hamba yang lemah ini.


    Thank you for reading this entry ! 


Friday, January 25, 2013

boyce avenue.TERBAIK

Assalamualaikum wbt. ^__^

hello-hello..nak tanya sikit boleh??
sapa yang kenal dengan kumpulan Boyce Avenue ni??
Mantap seyh vokal dia. pada akulah,,Kalau korang nak tau dorang ni penyanyi cover lagu popular.
Pada aku dorang ni memang hot ar tersangat.kehkeh. Baik kot dorang berbanding penyanyi asal..boleh balik kampung je ar penyanyi asal tu,,suara pon tak sedap mana pon,,harap muka je market..hahaha

Panjang tak berapa nak lebar pulak aku cerita ni, macam ni Boyce Avenue ni ahli kumpulan dia 3 orang je pon,, Adik beradik ar katakan,ni ar cek nak habaq mai nama depa ni Alejandro Manzano, Fabian Manzano, Daniel Manzano,, ^__^ Nak cite lebih rasa-rasa dapat jumpa dorang ke ek??
bilalah dorang ni nak datang Malaysia?

Time broadband aku laju macam bas ekspress memang aku layan habis lagu dia,,apa lagi dengan ihsan youtube ok!! Apa-apa pon kalo korang nak tengok profile dia search google sendiri yo??

cer kite tengok ckit gambar dia..LIKE LIKE LIKE..
Saje aku wat gambar dorang ni size XXL.. Mak aii hensemnya,,lagi dorang candid makin hensem ar, ^__^


ni tak salah aku nama dia Alejandro kot kot tapi suara dia memang sedap giler-giler..

aku suka banyak lagu yang dia jadi cover tapi yang paling aku suka adalah lagu Here Without You-3 Doors Down. Korang dengar ar ye.. <3 <3

Wednesday, January 23, 2013

Transformasi...felina

Assalamualaikum wbt.


Chaiyo chaiyo.. Felina inch loss..
tertanya-tanya apa kaitan aku dengan FELLINA INCH LOSS??

azam baru tahun ni..hikhikhik..*__*
yeah yeah.. bersama moto azam baru,,

Ke Arah Postur Yang Lebih Cool..hehehe Promote Lebih..
Fellina Inch Loss lotion.
Siapa yang tak nak tak kisah pon..
Soalan : Kenapa aku boleh percaya ?? sebab kawan aku pon dah cuba pakai dan kesannya wowowo..
Gerek seyh!! hahaaha
Lagi satu aku cara penggunaan luaran je, jadi aku masih boleh consider dan cuba.
kalo ubat makan aku tak yakin sangat..

aku masih dalam percubaan,, Wish me luck,,
#cantik itu perlu sekali sekala.

P/s : nah amik ko testimoni  http://kasihaleeya.blogspot.com/2012/11/felinna-inchloss-lotion.html

Thank you for reading this entry !

Tuesday, January 22, 2013

Bongsu Untuk Selamanya.

Assalamualaikum wbt.

Akulah adik paling bongsu selama-lamanya.hahahaha( ketawa jahat).. Kepada yang tak senasib macam aku jangan putus asa. Boleh cuba lain kali ( apa kaitan err) gebang banyak ar aku ni kekadang. Aku memang macam tu, tak yah nak heran sangat.

Kenapa bongsu ekk?? mesti korang nak tahu kan kan kan???

Memandangkan aku tinggal kat kolej kediaman ni dan jiran sekeliling aku sume senior bah kan rumate aku pon bleh dikatakan sebagai senior walaupun sama batch just one and only me (wah speaking mat saleh pulak) junior @ masih berumur belasan tahun so aku ditatang bagai minyak yang penuh wah kelaaas ko nieda ^__^.

jadi dengan ini, alhamdulillah walaupun aku berjauhan dengan keluarga namun aku masih mempunyai keluarga di sini dan yang paling penting bongsu..

Ini ar kakak-kakak kesayangan aku. sayang dorang Lillahi Taala.

ni nama dia nur fatin..^__^

ni kak aisyah @kak eca kakak yang paling senior (yang pakai tudung hitam tu)

ni ar mak saya..^__^ nama dia kak yah..
mila (sorry abg safwan terpaksa crop gambar)


myra..orang yang paling sporting.

n my one and only rumate comel kan?? belom dengar suara dia lagi.



nama penuh siti Khodijah tapi aku panggil ijah je.(randomly kalo nmpk peace tu ar tuan punya badan)


#biasa adat orang merantau kan# #bongsu itu perlu#

Thank you for reading this entry !

Friday, January 18, 2013

Induksi Set. Saya jadi cikgu nida =)

Assalamualaikum wbt. ^____^


Saya dah jadi cikgu !!!! memang nak jerit je satu IPG ni..Memang dorang pikir aku dah buang tabiat ke apa..ala Propa je lebih.

sebelum nak mengarut ni korang semua tau ke Induksi Set tu apa ke benda?
tak tahu kan,,meh sini chegu ajar,mmppuiih,,penyakit perasan aku menjadi gedik seketika,,harap maap iya bapak-bapak ibuk-ibuk dan semua yang ada di sini.hehehe

Set Induksi- bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran
  1.  boleh disebut sebagai penggerak,peledak (bukan peledak bom ye), pembina aliran fikiran atau penimbul minat pelajar.
  2. beri persediaan kepada pelajar untuk tumpukan perhatian kepada proses P&P
  3. durasi 3-5 minit je,, (pada aku tu dah macam 3-5 jam) haha.. 
# yang statement kat atas tu cuma pengenalan je ok.. yang lain cari sendiri tw, Gi library jagan search google ..Bahaya tau!! tiru dan tempel dilarang sama sekali. Ingat tu!!!!

Sambung cite!!
situasi pertama.
  •  (cikgu nida masuk kelas)... murid-murid sume berdiri. Selamat pagi cikgu (korang bayang sendiri ye)
  • cikgu pon jawab waalaikumussalam. (sume pelik kan?? nampak betul cikgu ini nerves tahap gaban.Masa tu korang boleh bayangkan pensyarah tegur,Tuhan je tau,,memang malu tak tahu nak letak muka kat mana..
  • Set induksi berjalan seperti biasa, nak elak muka neves aku dorang perasan jadi aku pon buatlah muka ceria ibarat cikgu layan murid-murid bawah umur.
  • cikgu nida ni teruskan mengarut kat depan lepas tu sampai bahagian bersoal jawab dengan anak-anak murid( budak kelas aku je pon) semua buat tak tahu je,,sadis aku. tapi nasib baik Romina bagi response .Credit untuk Romina Kajuice.
aktiviti yang aku buat sebenarnya simple je sebab aku nak kejar masa,,Induksi set tu 3-5 minit je, dorang pon tak boleh nak komplen pon.

berbalik cerita tadi..
  • Ada ke patot romina boleh tak faham soalan aku,,hampeh betul,,senang je kot soalan dia tu,,pum pang pum pang,selesai pon induksi kumpulan aku.
  • bila wat nak hantar RPH baru teringat sebenarnya aku dah salah tajuk,,habis aku jadi bahan ketawa satu kelas,,,(memang merah mka tahan malu)
kat bawah ni adalah gambar ABM ( alat bantu mengajar) aku.

ni ar tuan punya badan,,ni gambar sehari sebelum present induksi set.
gambar sebelum present..credit to rosmah.haha

bersama ahli kumpulan,,mek,,
Thanks a lot kepada ahli kumpulan aku yang bertungkus-lumus perah kepala otak... Hamidah, Juliya, Shazila.... ^__^
p/s : set induksi tak seberapa posing je lebih,,

Thank you for reading this entry ! =)

Tuesday, January 15, 2013

Diet !!! err

Assalamualaikum w.b.t

"Diet?? oh aku memang manusia yang tak boleh nak berpisah dengan nasi. Nasi kan makanan asasi rakyat malaysia..X gitu??"

Hahaha..tu ayat semester lepas.Kata orang azam barulah katekan. Masa orientasi nak masuk degree tu baru aku perasan yang salah sorang kawan aku dah kurus.Wowowo..sorry to say bukan nak bias tapi awak memang tak sesuai untuk jadi kurus, lagi satu awak tak comel kalau kurus. Tapi sayang seribu kali sayang aku memang tak ada kuasa nak cakap depan-depan..Terlajak perahu boleh undur kalau dah terlajak kata ermm nasib ko lah labu...

Tapi tapi kadang-kadang aku teringin jgak nak jadi kurus, ye ar sampaikan classmate pon kate aku dah berisi. ishh memang tak sayang mulut,,Tipu ar kan kalau tak ada pasang niat untuk itu. So, memandangkan akak-akak depan,tepi kanan,tepi kiri semua mempunyai azam yang sama sengan aku so kiteorang mengambil keputusan untuk jog petang-petang. memang penuh ar petang-ptang kat PULAKO tu.

Bukan takat akak-akak jiran bilik aku je,,nuuu classmate's aku pon x nak mengalah ni,,Ye ar kan cuti dah lama,masing-masing tanak lemak kan badan. memang tepu ar jadinya nanti. Kalau si Hajimolkan tengok kite orang jogging mesti senyum sampai ke telinga. "Encik sape kata budak-budak class L6 ni pemalas nak bersenam ,kami rajin tw ..cuma belom sampai seru je tu!!


apa yang anda nampak? itulah realiti,,bukan pose saja2 tw.kat,mek,tenom,jac,fifah,mida and ika


kami berjogging ni,,with Romina.


p/s : sihat-sihatkanlah badan anda sebelum penyakit tu datang.hikhikhik.. Apa kaitan?? and bak kata clasmate aku EMON apa jahitan?? XOXO


Doa elak gelisah, hutang, dan sebagainya

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan 
Ya Allah, aku mohon dijauhkan sedih & gelisah
wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali
dan aku mohon jauhkan dari gopoh & malas
wa a'udzubika minal jubni wal bukhli
dan jauhkan dari menjadi penakut & kedekut
wa a'udzubika min ghalabatid dayni
dan jauhkan dari belenggu hutang
wa qahrir rijal

dan paksaan orang lain

English translation: I seek refuge with Allah from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your Refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men

Amin amin ya rabbal alamin

Saturday, January 12, 2013

Lepaksss..Sshhhh..

Assalamualaikum.

Hari ini aku bukan nak story-mory taw. Saja-saja nak letak gambar kawan baik aku..Nama dia Norshazila binti Mohd Salman. hok aloh..Selama aku berkawan dengan dia Alhamdulillah dia baik dengan aku. Sayang sangat dengan si Mek ni. Dia orang Kelantan. Semester 1 PPISMP aku dengan dia tak rapat lagi. Nowsadays, hahaha tau tak weolls dah macam belangkas.. Berkepit saja.

Masa tu weolls pergi kafe,adalah sorang mak cik ni tegur yang weolls ni kembar.( kembar ke??)
tak ada ar kembar. Maybe ketinggian yang berapa nak tinggi tu serupa. So bila tengok dari belakang memang serupa walaupun tak sama. hihikhik..

Alhamdulillah,Sesungguhnya kuasa Allah sangat besar. Allahhu Akbar. Wat masa ni kami saling memerlukan tika ada masalah. Dia seorang kawan yang baik,pendengar masalah yang setia. Perkara yang aku suka ni dia seorang suka merendahkan diri.




Story pasal si Mek ni tapi acane ni gambar tuan punya blog ni boleh ada sekali..??Pening-pening..




p/s : pilihlah sahabat yang menolong kita masa susah.

nak dengar pantun tak???


sembelih lembu setiap tahun,
sedekah diberi seikhlas hati,
tanganku hulur memohon ampun,
semoga persahabatan kekal abadi.

macam kenalkan pantun ni??? hakhakhak
 
Ingat : Dalam dunia ni memang senang nak cari kawan tapi susah nak cari sahabat. XOXO

SUDAH CUKUP SUDAH

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni..maklumlah sejak berdegree ni (amboi macam buzy berbeno.Auta sangat-sangat. Baca boleh ,percaya jangan..hikhik). Memang blog ni dah aku buat pekasam kalau boleh. Berbalik pada cite yang aku nak kemah-keming ni adalah tentang kisah aku dengan ....(dah macam rahsia penting lak tetibe).Tak tahu nak mulakan macam mana (urm,Auta lagi aku ni) oklah..Serius semua!!!!
 
Alkisah, kisah ni bermula apabila after pmr ar. bese ar bebudak apa tau..monkey lovey-doveylah katakan. Kiteorang memang kamcing sebenarnya.Nak jadikan cerita , one day tu kite orang ada insiden yang tak dapat diselamatkan. Malas nak cite panjang lebar, kiteirang amat mementingkan pelajaran berbanding lovey-dovey ni. So,hubungan ni terhenti di situ,,CEHHWAHH.
Truthly,memang aku rasa brsalah yang teramat ni.Tapi apakan daya kalau aku cakap dengan dia 5 tahu dulu memang dia akan kata aku ni sakit.Apa-apa je ar. Pada fikiran aku ,dia ubah diri dia 100% maybe lah sebab aku. Walaupun aku perasan teramat ni. Serius ni. Lama gilekan aku perap cite aku ni. So till today aq rasa aku dapat kumpulkan kekuatan aku untuk terus terang dengan dia.
Masa ini aku rasa apa dia nak fikir,lantak dialah janji aku dah cakap. Korang nak tw apa dia cakap after aku cakap dengan dia??

" nida,, yang lepas tu sudah la..aq memang dah lama maafkan ko,
x ada sapa-sapa pon yang salah dalam hal ni, cerita kita dulu sampai situ je,
memang dah lumrah, x ada yang kekal selamanya,, 
lagipun, perubahan aku semuanya sebab aku sendiri, bukan salah ko, 
move forward ok? jangan fikir lagi. "

So sekarang ni, aku dengan urusan aku untuk menjadi seorang pendidik dan dia dengan urusan dia yang sedang buat engineering kat UMT.. Kata orang jodoh itu rahsia Allah. Aku hanya mampu doa yang terbaik saje.Aku masih seorang manusia ok..hehehehe

Apa yang korang rasa after baca aku punya statement?? apa-apa je ar .Who's care? hakhak..


p/s : cerita lama tak payah nak ungkit balik,nanti rosak badan ko,,katekoo!! XOXO