Tuesday, February 26, 2013

Bila Aku Jadi Bidan Terjun..

Assalamualaikum wbt.  ^__^

Helo2..lama betul aq tak update blog ni,,kepada sape2 yang tertunggu ketibaan cerita aku ,now aq dah muncul,sukelah tu !! wah macam banyak je peminat perasan tahap raksasa ar aku ni,,lek luu.. tengok tajuk pon dah tertanya2,,spe yang beranak ek? gler aku beranak and of course aku bukanlah bidan kepada sesiapa yang beranak ye,,harap maklum..haha. ni nak habaq mai kat ceq naa pasai kami jadi bidan terjun..

sebelum saringan mula kami posing dulu,,=)

cerita ni masa hari saringan sukan kat IPG aku je,,sebenarnya aku sibuk je nak datang sana,, dengan alasan nak bagi sokongan kat member2 aku yang masuk bahagian, padahal saja nak merasmikan kamera compact aku je, siyes aku jadi orang paling Jakun ni,,ok fine anggaplah ap2 aku tak kisah pon,,haha nak jadikan cerita time aku tengah berangan-angan ngn kamera aku kat tepi padang tu ada ar senior datang kat tempat aku then mintak tlong penuhkan penyertaan untuk bahagian acara balapan. dengan rasa rendah diri then aku cakap ar yang aku tak kuat lari sje nak buat dorang ni pergi,,then kawan aku mencelah why not masuk acara  boleh sumbang mata pasukan,,ok ar aku pon terus agree then hari tu jugak aku kena lari, dengan tak strethcing ap2 terus lari,,belasah je lah labu,, aku just masuk acara jarak jauh je 1500m then kalah dapat no 6 je dari 10 orang,,at least aku tak last,,ok ar tu,,sbb masa nak habiskan pusingan hujan lebat kot, dah tentu padang licin,, nak tak nak terpaksa habiskan jugak,,kalo tak kecian ketua pasukan nanti,,hehe =)

ambil scene panorama baru nampak real ckit,,cer cari aku kat mne??

p/s : majulah sukan sukan untuk negara. Pada aku kalo korang tak wat ap2 kat asrama tu ap salahnya ceburkan diri dalam bidang sukan,,think positive Malaysia Boleh !!

thanks for reading this entry !



Thursday, February 14, 2013

" Segmen : Jom Jadi Blogger Pilihan Wan 2013"

 Assalamualaikum wbt. ^__^


jom bersenang lenangkan diri untuk join wan- http://www.irwanalessatyme.com/2013/02/segmen-blogger-pilihan-2013.html

tag : http://apple-sourz159.blogspot.com/
http://nurameeranabilaazmi.blogspot.com/
http://kasihalurpoda.blogspot.com/


mudah je! ^__^

Monday, February 11, 2013

Antara Skema & Budi Bahasa..

Assalamualaikum wbt. ^__^

Skema atau budi bahasa?? apa pendapat korang jika ada soalan dari kawan2 korang yang suka tanya soalan yang dia memang dah tau jawapannya. ee.. memang membuang masa tapi tu ar realiti orang kita nak buat macam mana kan..Sabor jelah.. hari ni aku cuma nak bagi pendapat aku tentang persoalan yang tetibe aku nak bangkitkan,,curious tak?? haha..aku bagi korang situasi yang mungkin korang boleh bagi persepsi sendiri (amat dialu-alukan)..

'Korang sedang bercakap dengan mak , abah , atau orang yang lebih tua daripada korang' bercakap dengan nada yang baik dan lemah lembutnya,(kata orang pijak semut pon tak mati ar) Lepas habis korang kol je, tetibe kawan korang tegur dan bercakap skemanye ko cakap dengan mak atau abah ko ek??
gambar hiasan..

Apa reaksi korang ye??..sebelum tu aku bagi reaksi aku.

Pada pendapat aku tu hak seseorang macam mana cara dia nak komunikasi dengan orang tuanya.
jadi untuk orang luar macam mana korang punye interaksi dengan parent korang ek?? perlu ke nak cakap dengan nada suara yang nampak macam kurang ajar? Pada aku kalo dah namanya parent,, cakap lembut sebagai tanda hormat itu perlu, bukannya apa dah namanya orang tua kan ,dorang ni cepat terasa jadi sebagai anak muda bercakap dengan budi bahasa itu perlu OK? fikir-fikirkan dan selamat beramal..

p/s: hormatilah ibu bapa anda selagi mereka ada ye !!



Sunday, February 3, 2013

segmen : Kempen Jejak Blogger , Tambah Follower 2013

Assalamualaikum wbt. ^__^

IPG aku berkempen tentang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ,aku berkempen untuk tambah follower,,em, dah betullah tu,,Baru pertama kali join,,excited ni,,hahaha,,
ni nak kemah keming ckit, apa kata korang follow admin ni dulu,,



Daripada aku memanjangkan cerita yang tak berkesudahan ni,,aq dah join,korang???

jom join,,cara-caranya singgah le kat admin ni punye belog,,

http://kakikerja.blogspot.com/2013/02/segmen-kempen-jejak-blogger-tambah.html

senang tak?? senang je,,

alang-alang menyeluk pekasam silalah menyinggah ke belog aq ye.. roseazniabu,^__^

http://hijaudedaun.blogspot.com/

makaseh kepada admin,,peace yoo!! ^__^

#orang takkan tahu kalo tak ada orang bagitahu..

Cipta rekod..thanks nescafe



Assalamualaikum wbt.

Memang dah adat sebagai student bertemankan nescafe seharian. Tak kira petang atau malam. Bukan nak promote tapi saja nak cakap nescafe atau minuman yang bercafe telah mengubah kehidupan aku. Mesti korang tak percaya kan? Terpulang pada korang. Apa yang pasti kehidupan aku berubah ke arah yang positif ni.

    Antara perubahan yang lebih ketara adalah :----)

  1. Daripada seorang yang suka tidur masa kuliah bertukar kepada seorang yang fokus. (Nampak macam menipu ,,memang pon..bab tidur kepada tak tidur tu betul kalau fokus tu tak kot,, berbual dengan orang sebelah je.. At least, aku tak tidur dalam kelas.)
  2. Seorang yang rajin. ( rajin pergi ke tandas. Hehehe, tu bermakna system penghadaman aku baik. Jangan jeles tau.)
  3. Menjadikan aku seorang yang tak tidur malam. (napa positif? sebab orang tengok bilik aku terang dan feedback mereka kepada aku adalah seorang yang kuat study padahal…..=P)

Sudah terang lagi bersuluh..nescafe 3 in 1 memang teman baik aku sejak duduk di IPG..Menemani aku saat memerlukan,,Tetapi…tak semua teman baik tu bagus masing-masing ada kelemahannya. Memang aku dah mula merepek, sebelum merepek aku jadi peliks aku nak bagitahu ni. Minum nescafe tak boleh amalkan selalu tak baik untuk kesihatan. Kepada peminum tegar nescafe seperti aku kalo korang salah seorang migrainean atau gastrician kurangkanlah ye!!! 



p/s : hidup sihat otak cergas, jagalah kesihatan anda. #sihat sebelum sakit# halusss je!

thanks for reading this entry. ^__^

 

 

Saturday, February 2, 2013

Dhuha itu murah

assalamualaikum wbt ^__^

Rata-rata orang anggap waktu dhuha sebagai waktu untuk menarik selimut menyambung tidur dan meletakkan hasrat untuk menyambung mimpi.( lagi2 kalau mimpi yang best), Apa yang aku nak sampaikan ni kadang-kadang perkara yang dianggap kecil tu sebenarnya memberikan impak yang besar kepada kita. Korang nak rezeki lebih tak?? mestilah nak kan. Daripada korang terus menanak perasaan cemburu tak tentu hala terhadap orang yang berjaya atau orang yang mendapat rezeki yang lebih apa kata dari sekarang ni cuba audit diri dan seterusnya  korang amalkan solat sunat dhuha. Bukan lama pon. sekejap je tak sampai 10 minit. In Shaa Allah rezeki milik kita jika kita berusaha dan ikhlas.

Durasi Dhuha : 8.00 pagi -11.00 pagi.( nampak macam gempak kan? limited edition)

Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)


Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
"Berilah daku Wahai Yang Maha Pemberi ilmu dan hikmah dan kurniakanlah daku wahai Yang Maha Kurnia , jadi mudahkanlah daku."

atau

al-Wahab (40 kali) 
  Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 Untuk doa dhuha kalau korang tak boleh ingat cuba korang dengar lagu UNIC-doa dhuha.




P/S : Rebutlah peluang sebelum terlambat ^___^

Thank you for reading this entry !