Monday, March 25, 2013

Tips nak jadi TETAMU yang baik !

assalamualaikum wbt. ^__^

kabare ya wak, mbok,,hehhe berbahasa jawa pula petang-petang macam ni. ok malas nak panjang lebar ,panas terik macam ni memang orang rasa nak bagi kaki je,,hahhaha ok =) peace

 #MUNGKIN NI BOLEH MEMBANTU KORANG MASA BERTANDANG KE RUMAH ORANG !

langkah 1 ---> hari pertama korang datang rumah orang, pertama sekali buat check list dulu berapa hari korang jadi tetamu.

langkah 2---> kalo lama korang jadi tetamu mungkin dalam 3-5 hari sangat elok korang beli makanan mentah. ikot selera ko ar nak yang macam mana. bukan apa untuk kegunaan bersama. kalo tak dia ,engkau yang dapat..

langkah 3---> hari kedua ,lepas subuh je terus gi dapur,ni khas untuk girl je, laki nak pon boleh,bukan cari makanan tapi wat amal ringankan beban tuan rumah. yang ni ikut kreativiti sendiri, CONTOH : basuh pinggan kotor ke, kopek bawang utk wat sarapan,,hehe

langkah 4 ---> memandangkan baju kotor korang banyak so apa kata korang offer diri nak basuh baju,,haha,,sejuk perut mak ko ngandung ,rajin nya bdak ni,,pass jadi menantu..

langkah 5 ---> lupa lak, before korang balik bagi ar cenderahati kat tuan rumah,,mana tau elok-elok dy nak cari menantu tibe2 dapat lak ko yang baik macam ni siap bagi macam-macam kan,memang rezeki ko jdk menantu,,,huhu

peace no war!! hahaah




p/s : cuba jangan tak cuba..mana tahu nasib menyebelahi anda .. ^__^


thanks for reading this entry !

Wednesday, March 20, 2013

Coming Soon..

assalamualaikum wbt ^__^

anda semua sihat?? kalo tak sihat sila sihatkan diri anda..
second step : akk nak bertunang,, anak perempuan sulung dari keluarga PAK ABU nak bertunang..
ada faham ??

aku pulak yang menyibuk padahal akk aku yang nak bertunang,, ok fine.. *__*

ni le akk @anak perempuan sulung Pak Abu..heee
   
dia ngn tut,, <3 dua-dua cute!

p/s : semoga berkekalan dari adikmu,,hehe

thanks for reading this entry !



Monday, March 11, 2013

BIG oh la la !!

assalamualaikum wbt ^__^

BINA INSAN GURU.. tu ar silibes kalo dah masuk degree ni,, Kali ni giliran kumpulan kami pula yang pergi sementara kami ni kumpulan untuk fasa pertama. kalau nak tanya pengalaman haddoii sume rasa macam nak x nak je sebab kali ni kumpulan kami dapat kat Kuala Kangsar je..

ingat tak ad jawatan,,tapi tu ar tetibe nama boleh naik,,

are u see that my name over there?? haha

haha,, first time pegang jawatan.berduit  tapi bukan duit aku betul2 pon,,kaya sementara,,haha.

the only my kind and understanding boss.. LEE SEE WOON. tqsm u!! 
ni antara corat-coret sepanjang BIG ni berlanngsung : ---->


santai di petang hari sementara aktiviti belom mula,,huk aloh
ni masa latihan dalam kumpulan (LDK) dijalankan,,sila abaikan muka admin tu ye,,haha

kawan aku Shelly memberi ulasan ketika LDK berlangsung 

classmate aku lelaki 6 yang suka wat ekspresi yang pelik dan tiada kaitan ..haha


sesi penggambaran bersama mentor , Puan Habibah. =)

we are the champion,, haha power taw!

tada ! ! !..full peserta BIG fasa pertama sesi 2013


thanks for reading this entry ! ^_^


Thursday, March 7, 2013

date with Esaimen!!!

Assalamualaikum wbt. ^__^

Hari ni aku tak nak update tentang shopping atau apa. tapi nak gitaw ni,,walaupun muka aku dah burn abis sebab Bina Insan Guru..men air sungai namun dalam tengah burn ada seseorang yang sentiasa merindui aku taw,,siang malam pagi petang asyik nak minta belai dan manja je,,serius hari-hari sibuk kat dia je,,sampai masa untuk nak update blog pon tertangguh pada hal idea punya ar banyak..

Kepada awak yang bernama Mr .A terima kasih kerana menunggu saya balik dari BIG sampai berburn muka.. selepas ni ,mata saya pulak akan menjadi sepet macam orang cina,,tak apa ar demi Mr A, saya sanggup buat apa saja,,

P/s : kenalkan Bf baru saya yang bernama Mr. Assignment..kerana dia ,saya berharga! ouuchh!
        (mata ke atas, tangan ke dada)
hensem kan??
Thanks for reading this entry ! =)

Saturday, March 2, 2013

Awas penceroboh! Selamatkan Lahad Datu, Sabah.

Assalamalaikum wbt.  ^__^



Nampak ni??? now perintah berkurung di Lahad Datu sedang dijalankan. Lahad Datu sekarang diisytiharkan darurat. nak cerita penuh baca ni !!

Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan.

Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.

Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.

Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.

Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing.

Deretan kedai dan pasaraya di bandar itu sudah ditutup sejak perintah tersebut berkuat kuasa sehingga sekarang.

Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam kekuasaan pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam lingkungan radius 25 kilometer dari pusat bandar.

Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan MASWings ke Lahad Datu dibatalkan dan beberapa pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mendarat di bandar itu awal pagi tadi.
 
Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya dikatakan cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari tiga hari.

pray for Sabah.

Enrty ni untuk kawan aku sebenarnya. namanya biarlah rahsiakan. Dia orang Lahad Datu n bapanya pula seorang ketua kampung. Dia di sini (perak) untuk urusan menunaikan tanggungjawab sbg anak. Namun di sudut hatinya, dia ingin balik temui keluarganya. Pada dia ,biarlah susah sama2.

 sebagai kawan ,aku kagum dengan dia. Dia kuat.. Ya Allah, kau selamatkanlah keluarga kawanku dan semua penduduk di Sabah..

p/s : sebagai orang yang tertinggi, janganlah terlalu bermegah dengan pangkat atau menyibukkan diri dengan hal2 politik.. kerahkanlah ramai parajurit agar keselamat di Sabah terjamin.

Ada apa pada nama ??

Assalamualaikum wbt. ^__^

apa nama gelaran korang ea?? pada pendapat korang, best sangat ke ada nama timangan ?? tu masing2 punya pendapat ok! sekarang aq nak gitau pasal nama.. dari kecil sampai besar macam-macam nama melekat kat aku,,nyah ko dari sini!! haha

NOR AZNIDA- nama orang jawa

NIDA-nama panggilan aq sejak tahun 4 sampai sekarang

JENI- mak cik aku yang panggil sbb dia punya pelat jawa kuat.

AZNI- gelaran kat rumah

KECIK- gelaran masa kat tempat keje 

CIK KIAH n MINAH JOHOR - En. Azmi yang bagi gelaran kat aku,,

AZ- kalo orang yang tak kenal aku yang panggil.


ni ar dia lecturer aku,,En. Azmi yang suka panggil aku cik kiah,,haiissh =)

   p/s : apa nama panggilan korang pulak,,panggillah orang sekeliling anda dengan panggilan yang menyenangi hati dia. =)


Thanks for reading this entry !