Saturday, November 30, 2013

budak zaman sekarang @#$%%

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

korang semua dah sedia maklum, budak zaman sekarang tak sama macam dulu. sebab apa ye? ok teknologi canggih, ada iphone,ipad dan banyak lagi ar. tak ketinggalan facebook,wechat,whatsap macam-macam. sedarkah kita ,yes aku memang mengaku, aku pon remaja, kadang-kadang dengan alat perhubungan inilah kita bersosial. bermula dengan "chat hai cantik,hai hensem"sehinggalah bertemu jodoh,macam pelik je kan,,tapi korang semua jangan nak pelik sangat,sebab budak zaman sekarang dah berani buat apa sahaja.

kadang-kadang macam nak salahkan ibu bapa dorang. tapi kalau seseorang tu nak berubah mesti bermula dengan diri sendiri. aku dilahirkan di kawasan yang kata orang dah blacklist sarang penagih dadah , kawasan pembunuh, kalau polis datang wat siasatan semua aku nampak depan mata. bukan aku nak mengata tentang tempat tinggal lama dahulu..tapi hikmah disebalik pengalaman itu menjadikan ia sebagai titik permulaan semangat supaya aku dapat membentengkan diri aku daripada kehidupan yang dulu. In Shaa Allah.

berbalik kepada topik tadi, budak zaman sekarang sudah mula tayang perkara-perkara yang tidak sepatutnya di laman sosial. macam yang kes baru-baru ni budak baru couple seminggu.



ni adalah contoh.sebenarnya banyak lagi.. so ,kepada abang2 dan kakak2 yang masih mempunyai adik-adik yang baru belasan tahun ,sekolah lagi..sila prihatin dengan tindak tanduk adik-adik anda, selamatkanlah mereka. 

p/s : "saya dah kawin tapi belum nikah lagi" guys take note!!

thanks for reading this entry.

Friday, November 29, 2013

ayat commoner kalau orang tua-tua berbual

assalamualaikum wbt.

hye peeps!

kalo dulu bila orang tua-tua tengah berbual bebudak memang tak boleh menyampuk..kalo wat jugak memang dibedalnya. tu mungkin dulu, pada pendapat aku ar kan, tabik springg katil vono aku bagi kat budak-budak zaman dulu. hormat betul dorang kat orang yang lebih tua. tu ar orang kata kadang-kadang mendengar lebih baik dari berkata-kata. bukan aku kata orang yang berkata tu tak baik tapi kalo dah orang berkata tu tak berhenti berkata macam mana orang yang mendengar tu nak berkata.nampak tak permainan dy..hehe

ok peeps,lets stop.tu cuma mukadimah je. sebenarnya aku cuma nak bagi pendapat tentang ayat atau topik perbualan yang selalu orang tua-tua bualkan.. well ini terbukti kerana aku ni kadang-kadang suka perhati orang bebual lagi-lagi abah aku.. sebenarnya abah aku tu peramah orangnya. so pendapat aku ni berdasarkan kajian yang telah aku lakukan, macam bagus je kan.korang ada???

1. penyakit
contoh :
- "biasa ar kita ni dah berumur, penyakit nak je dekat-dekat. lagi2 penyakit 3 serangkai. tapi nasib baik saya belum lagi dapat penyakit 3 serangkai yang ke-3 tu ..ohok ohok(terbatuk-batuk)"

2. kejayaan anak-anak
3. aktiviti lepas pencen
4. haji
5. isu semasa

sebenarnya banyak lagi. so korang semua boleh kongsikan pengalaman anda..at least boleh le mencuba untuk tackle hati bakal mak atau bapak mentua.haha peace yaw!

#thanks for reading this entry.