Monday, January 13, 2014

Miracle Cell No. 7... apakah??

assalamualaikum wbt..

hello peeps !

mesti korang tertanya-tanya tentang " Miracle Cell No. 7". sebenarnya itu adalah satu tajuk filem korea. masa pertama kali aku tengok tajuk dia aku rasa macam tak berminat betul taw. tapi bila aku tengok cerita sambil menghayati..Fuhhh aku boleh bagi 5 bintang. sebenarnya aku bukan peminat tegar Kpop tapi bak kata orang takkan selamanya nak tengok cerita Kak Limah je kan.

ok. sekarang aku bagi review cerita itu. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak yang hendak membela kematian ayahnya di muka pengadilan. tapi tu masa anak tu dah besar. masa dulu-dulu tu ayah dia ini lembam sikit. then, ada insiden yang belaku yang menyebabkan ayah dia masuk penjara. masa di penjara tu banyak adegan-adegan yang menarik serta kelakar. aku boleh gerenti korang mesti ketawa. cerita berlatar banyak konsep flashback. so, aku harap korang tak keliru ok?? ni aku ada kepilkan gambar yang aku ambil dari internet...hehehe

ni cover depan movie tu.

part ni memang sweet.

ni geng ayah budak tu.
yang korang nampak Park Shin Hye tu dia besarnya budak tu.

di samping korang ketawa, korang juga perlu sediakan tuala atau tisu, korang akan menangis. serius !! kepada hati yang kering tu aku sarankan korang tengok citer ni.. 

p/s : pastikan anda tidak tengok ramai-ramai. mana tau ada yang nak nangis ke..wakakaka

thanks for reading this entry!!



Saturday, January 11, 2014

Simpan

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

Biasalah budak-budak dekat IPG a.k.a maktab perguruan ni kalau dah awal-awal semester. duit pon kadang-kadang macam biskut chipmore. tulah yang kata orang kalau pertengahan semester ada je selera nak makan Seoul Garden, KFC dan lain-lain. Realitinya, kalau dah ada duit kebanyakan orang main joli je duit yang ada dan tak memikirkan keadaan di lain hari. Bagi aku kalau dah awal semester memanglah pokai tapi masa aku tengah bersenang lenang aku dah tetapkan plan B untuk waktu kesusahan ni.

simpan duit dekat bank ar kan. bila dapat elaun ni aku dah mula menyimpan. so, korang plihan di tangan anda. tak susah pon menyimpan. mulakan dengan sedikit nanti dah lama-lama jadilah bukit. boleh beli kereta, motor, rumah, last-last boleh terbang pergi Belanda.  wakaka

sekadar gambar hiasan
thanks for reading this entry.

Friday, January 3, 2014

2014 dah..

assalamualaikum wbt

hye peeps !

Tahun 2013 dah melabuhkan tirainya. banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan aku sepanjang tahun ni. teringin sangat nak wat ala-ala flashback gitew. tapi aku bukan ar fatin liyana, hanis zalikha atau yuyu zulaikha yang bila aku keluarkan gambar flashback dulu-dulu ada orang nak baca. apa ada hal kan. aku kan tuan empunya blog ni,haha..

nak aku buat wishlist untuk tahun ni pada aku amat berat untuk aku laksanakan. tapi yang paling penting adalah "BE YOURSELF". selalu jujur pada diri sendiri. orang nak kata aku ni apa kita wat donno je.. asalkan di mata Allah kita tidak melebihi batas.

sepanjang 1.1.2014 ini juga pelbagai pengalaman yang aku alami.

-------> balik ipg- naik bas sampai ke Amanjaya sorang-sorang- turun bas then amek inisiatif nak jimat punya pasal amek bas transit gi Medan Kit- ingat nak nek bas terus sampai ke Tanjung Rambutan tapi kat sana ramai awang-awang hitam -call teksi- semuanya sorang-sorang- then malam-malam dok lepak-lepak tetibe ada kes plak kat bawah blok- konon jadi ala-ala JAIP..

so korang semua, Selamat Tahun Baru !!

segala aktiviti aku sepanjang tahun 2013 ..yeah!!

 di Teluk Senangin bersama bakal-bakal doktor. in Shaa Allah. =)

hari raya aidil adha dah macam hari raya aidil fitri pulak. semua nak pakai baju lawa-lawa di samping ziarah menziarahi ecehceh.


pbs kat depan rumah je. sk taman molek,cikgu-cikgu kat sana semuanya baik..

apa yang penting kerjasama. thanks alice jue and thurga sebab sudi menerima insan yang lemah ini jadi ahli kumpulan untuk amali pj.

release tension kejap before exam final kat LOst World..
even meeting ni nampak macam laz minit tapi memang seronok.
p/s : 2013 memang dabooom ar..

thanks for reading this entry!