Monday, December 14, 2015

awesome girls in Bukit Keledang

assalamualaikum

Hiking kali ni kami tawan Bukit Keledang. Apa yang aku nak kata kat sini, hiking kali ni kami buat kerja giler. apa tak gilernya, kite orang pergi waktu kuliah, tapi lecturer tak buat kelas pon pagi tu. Disebabkan kami tempat tu kite orang tak familiar so kite orang gerak lepas subuh. Kalau dulu kami hiking bertiga je, tapi sekarang kami hiking bertujuh.


mujur semua badan comel-comel. muat satu kereta. perjalanan sepanjang bukit tu agak curam dan memenatkan. Disebabkan tak ingat jalan kami terpaksa guna laluan tangga. mak aiii tinggi dan terlalu curam. Kawan aku siap muntah lagi.  


 


hanya gambar yang boleh menceritakan segala-galanya. walaupun kami semua agak pancit tapi kami dah berjaya.hehehe


jalan ni agak curam dan licin sebenarnya. 


masa kite orang sedang enak menikmati pandangan yang amat cantik ni, tetiba kami dengar bunyi derasan air. rupa-rupanya kat sini ada air terjun comel. kecik je. tapi sangat sejuk.. so kite orang ambil kesempaan untuk rehat sebentar...


nak cari kawasan punya lah kena lalui semak bin samun..ish2..

 

  

 


sebenarnya background belakang tu lah konon-kononya puncak keledang.. sigh

berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan balik.
actually, ni cerita bulan lepas. rindu nak hiking lagi. rindu nak penatkan diri naik bukit atau gunung..  in Shaa Allah. buka sem ni terus gi hiking lagi..heheheeh





Friday, November 6, 2015

aku dia mereka dan Mulut

assalamualaikum

aku
dia
mereka dan
mulut..

mungkin aku dikelilingi dengan orang yang menggunakan mulut mereka yang suka bercerita mengenai perihal orang lain. Adakalanya cerita yang disampaikan itu adalah positif. Kalau yang itu ada juga orang yang kurang senang mendengarnya. Apa yang pelik , jika cerita perkara sebaliknya, makin meluaslah pengaruh cerita itu. kadangkala ditokok tambahnya.

Kawan aku,
Kawan kau.

Ini juga merupakan satu kelemahan. kenapa? sebab kawan makan kawan. Betul Itu terpulang pada kamu semua mahu terima atau pun tidak. tapi sila baca dengan hati yang terbuka. Percaya tak kau buat baik macam mana pun, kalau kau dengan kawan kau tidak sependapat, alah kalau nak senang kau memang tak boleh masuk dengan dia, sudah tentu bila kawan lain juga mula mengumpat kau, gerenti tu kawan yang selama ni baik dengan kau dengan suka hatinya cerita segala macam kelemahan kau.

Pada aku, itu semua lumrah dan korang pon jangan berdalih. Semua itu mungkin pernah terjadi pada korang kan?

Kepada manusia yang bernama kawan, satu sahaja aku mahu pesan.

"Sila letak diri kau pada orang yang kau burukkan. apa perasaan kau bila kawan kau sendiri cerita buruk kutuk kau bagai nak gila, cerita segala isi dalam diri kau. Atau kau memang tiada lagi sifat semangat kawan?"

P?S
mohon jangan sentap. anda semua sudah besar.
pesan aku
baca dengan hati yang terbuka
aku pon manusia.

Saturday, October 17, 2015

turn 22

assalamualaikum..

alhamdulillah. umur aku dah meningkat. thanks to emak dan abah sebab sampai ke hari ini beri aku banyak kasih sayang, ilmu agama dan banyak lagi. Apalah sangat dengan angka 22 sedangkan aku masih masih lagi setahun jagung. Aku bersyukur kerana aku masih boleh bernafas di dunia ini. Ya, pada usia seperti ini, banyak cobaan, kegembiraan, kesakitan, kesedihan. Tapi tu semua adalah cabaran dan ujian yang menyebabkan aku terus sabar dan kecapi kejayaan dan kemanisan. Aku petk kata-kata Ustazah Fatimah Syarha malam tadi, "kita ni manusia ibarat penulis novel, cabaran dan halangan yang mendatang tu sebenarnya menyebabkan novel kita menjadi lebih menarik. "

apa yang aku harapkan pada sekian kalinya, aku mahu terus pandang ke hadapan. Kecapi kejayaan, ubah perangai kebudak-budakan aku. dan semestinyalah mencari bakal suami. hehehehe










pranks done.. happy birthday to me... kesat air mata..thanks

Friday, October 16, 2015

Pulau Pinang

assalamualaikum..

Entri kali ini aku akan ceritakan tentang pengalaman percutian aku di Pulau Pinang. Sebenarnya ni bukan percutian tapi ni adalah lawatan kelas yang kami semua anggap macam percutian beramai-ramai. Eleh, macamlah korang dulu masa study tak pernah buat. pernah kan? awak oii tak baik menipu tau. Kelas aku memang bernasib baik sebab dapat driver bas yang sporting dan pensyarah pengiring yang sekepala. Nak jadikan cerita percutian kiteorang ni selama 2 hari 1 malam je. haha. antara tempat yang aku pergi tu Padang kota, Street Art, Kek Lok Si, Gurney Mall, Teluk Bahang, Batu Feringgi dan banyak lagi.

seronok sangat mereka. 
ni kami baru nak bertolak dari RnR Bukit Merah. Perjalanan baru bermula. haha. Kami semua bermalam di IPG Kampus Tunku Bainun. Perjalanan kami bermula seawal 5.30 pagi. Penang tu dekat je sebenarnya. cuma biasalah banyak menyinggah jadi sampai destinasi tu agak lama. So inilah antara destinasi yang kami pergi.

dah berapa lama tak naik kereta kabel agak jakun la jugak hehehe

ni gambar satu kelas. tapi meq mcm nak tak nak masuk je.

ok. me tukar nasib je .tapi x ape angle baik punya.

muka kelaparan. fake betul senyum. 

muzium upside down.

seronok kemain...

tengok mcam kuat jekan..ts 

sebelum naik basikal.ruti

batu feringgi

posing dulu before gi padang kota

girl in purple..sweet

ok kita belanja satu gambar akka dan thurga..

geng jamilahean ni..

orang dengki memang macam tu...erkk

okay ni je yang tinggal tapi semua not available..mana kogi??


yaa.its me. nampak tak mata sebelah kanan tu? 

babai..time to sleep



sebenarnya, di Penang ni macam-macam benda menarik yang seronok untuk pergi. So, pada Malaysian, jom terokai tempat menarik di negara sendiri.... =)

p/s : sakit hati betul jalan-jalan bila mata sakit. susah nak selfie, selalu pakai spect saje,,ahahah

Tuesday, October 13, 2015

Aku dan Hiking

assalamualaikum

aku tak tahu macam mana aku boleh berjinak-jinak dengan aktiviti hiking ni. Kemungkinan aku memang nakkan satu kelainan. sejak aku berpraktikum ni, waktu aku memang pack, banyak sangat nak kena urus. Hujung minggu duduk bilik je hadap kerja-kerja ni. errgh ! aku perlu keluar dari zon kebiasaan ini. mula-mula memang payah. Tapi classmate sek rendah aku betul-betul beri aku idea .Ya idea yang aku maksudkan tu adalah aktiviti hiking. wow. Hiking. apa yang aku boleh definisikan adalah satu kerja yang memenatkan, leceh, susah. Aku ni kalau benda yang leceh, memang susah nak buat. Tapi bila tengok kawan-kawan aku post gambar, macam best.Maka hati aku pon berkbar-kobar nak pergi. thanks to Munira, Zila, Jeremy. aku banyak refer tantang hiking ni dengan dorang. exactly, abg mir. lupa lak. Bila tiba waktu cuti , aku pon plan dengan Munira dan Zila untuk hiking. Nasib baik dorang ni pon lasak jugak. jadi tulah serba sedikit kisah aku dan hiking ni. Bila aku dah cuba lakukan , ternyata, positif. aku lebih yakin, percaya pada diri, kenal dengan diri aku yang paling pnting, aku dapat lihat view nature yang segar dan cantik serius wey. tak percaya korang cubalah sendiri. Yes, i fall in love with the nature. excitement. 

cantik bukan? heheheeh

Saturday, October 10, 2015

Melaka

assalamualaikum.

satu kerja gile bila kau travel melaka dari perak sorang-sorang. Konon nak amek pengalaman. mula-mula aku memang risau, takut. tapi belum cuba belum tau kan. nasib baik kat Melaka tu aku ada kenalan. nama dia Iftah. Dia perempuan okey.. Jangan buat dosa kering.. Aku menginap di rumah dia. kat Bukit Baru.

Selalunya bila travel dengan family, semestinya pergerakan aku terbatas. Nak gi mana-mana memang tak boleh. Nasib baik dengan Iftah ni satu kepala dengan aku.  Dia tau apa yang aku nak. Aku suka tangkap gambar. jadi dengan dia nilah aku belajar cara nak amek angle baik punya. hihihi

Memandangkan duduk kat rumah dia jadi perbelanjaan aku save sebab makan kat rumah dia. Thanks wey. So berbalik pada cerita travel kita tu,tempat pertama dia bawak aku gi jalan-jalan sekeliling Bandar Hilir



  

   
                                                  



that's all.. to be continue..

tourist

assalamualaikum..

Apa yang aku nak share dengan korang pada entry aku kali ini adalah satu topik " Tourist" atau pelancong. Suka aku di sini menyatakan bahawasanya aku memang suka jadi pelancong. Tak kisahlah melancong di negara sendiri mahu pun luar negara. Satu perkara yang aku paling gemar bila jadi tourist ni. Orang tak kisah pon apa yang kau buat. apa yang kau makan, dan seumpamanya.

Bila aku jadi tourist ni banyak benda yang aku belajar. Mungkin bonus bagi aku sebab aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang peramah. Senang aku bebual dengan strangers, mudah aku nak bertanya kalau aku tersesat jalan. The best is aku boleh cuci mata dengan senang hati.

Jiwa aku memang suka keseorangan. tapi apa-apa pon bertiga lebih baik. Sememangnya aku harap partner aku boleh share minat aku. In Shaa Allah pada masa akan datang aku akan teruskan dengan minat aku yang ini. Mungkin aku akan luaskan perjalanan berdua mungkin. Who knows.

Tapi satu je yang aku nak pesan, percayalah, semakin kau berjalan semakin kau belajar sesuatu yang orang lain tak dapat belajar. and you will be happy.

Saturday, August 22, 2015

mereka

assalamualaikum.

Mereka mungkin menggelarkan aku sebagai pelakon.pelakon yang menjadi pengajar tentang kehidupan, bercerita mengenai masa depan yang belum pasti. namun aku juga adalah seorang pemerhati.Pemerhati kedewasaan mereka. Bagaimana masa mendewasakan mereka. Bagaimana mereka perlaha-lahan meninggalkan zaman mereka.

pertama kali aku melihat mereka, banyak perasaan bergabung menjadi satu perasaan yang kasihan. pertama kali melangkah ke bilik itu, aku gembira kerana kecomelan mereka. tapi bila aku melihat satu persatu wajah mereka, aku sedih. baru aku tahu di sinilah, di bilik inilah mereka menjadi pelakon. ya seperti aku pelakon kepada mereka. mereka menunjukkan sikap yang dalamnya mungkin plastik atau sebaliknya.

walaupun aku hanyalah watak sementara bagi mereka, namun aku juga memainkan peranan penting untuk membentuk mereka. baru aku sedar, mereka juga memerlukan aku. tidak semua mendapat perasaan kepuasan terhadap kasih yang disalurkan terhadap mereka.



they need me.
ye.mereka itu murid
dan aku gurunya....

Tuesday, July 14, 2015

ketidakadilan

assalamualaikum..

kadang-kadang aku rasa hidup aku ini banyak yang tak adil. ketidakadilan boleh dilihat dalam keluarga, persahabatan dan dalam kehidupan diri sendiri. semua perkara yang aku nak buat semua jadi tak kena. Bila kita lihat diri orang lain, mudahnya dia nak berjaya. tapi bagi aku, semuanya penuh dengan jalan yang berliku. sampai satu masa aku rasa aku dah give up.

Adakalanya aku rasa sampai macam dah down giler bahana apa yang aku nak aku tak dapat dan semestinya orang lain dapat. fikiran pon mula berkecamuk, hati semakin tidak tenang. perasaan berbaur marah dan sedih. sampai satu tahap aku terduduk dan terfikir kenapa ujian seperti ini datang kepada aku.

kadang-kadang  aku terfikir bahawa ketidakadilan ini selalunya datang pada hati yang bersyukur pada segala nikmat-Nya. Istigfar wahai diri. ingatlah Allah tu Maha Adil. Tiada kuasa yang boleh tandinginya. biarpun ketidakadilan selalu hadir dalam diri ko. maka doalah. Doakan senjata untuk mukmin.

jadi, ko rasa dunia ni adil bagi ko? fikirkan.....

Sunday, June 28, 2015

momo

Salam.

Pernah korang rasa seperti 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'? 
Pada aku,sume orang pernah rasa. 
Menyesal?
Yup.lama sangat nak hilang..
Tapi percayalah tu sume ujian dari Allah.
Aku?
Banyak kali . 
Tapi benda yang aku sesalkan sudah hilang.
Hilang tak bermakna tiada di bumi.
Tetapi tiada peluang untuk aku. 
Jadi..
Takkan nak meratap kot.


Hidup perlu diteruskan.
Anggap ni bukan rezeki ko.

*don't look back, babe
just smile. husnudzon dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah.






a day with my cousin

assalamualaikum.

macam biasalah bile cuti sekolah dah mula. semua pakat nak balik kampung. kebetulan masa tu mak abah buat kenduri kat Batu Pahat sempena dorang nak pergi menunaikan ibadah umrah. jadi excited pulak nak balik kan. sebenarnya kalau hari jumaat tu tak de tutorial memang aku dah balik kampung terus. tapi terpaksa batalkan niat nak balik awal sebab mentor nak buat tutorial. last-last mentor meeting tapi tutorial pon cancel. how dare. sabar jelaaaa.

aku ni memang tak pernah ar nak ambil tiket transit dari ipoh-kl-batu pahat. pertama kali ar katakan , aku punya lah baik beli tiket on the spot nak gi KL. sekali semua habis. ad pon bas yang cikai-cikai je. erm nak tak nak aku amek jela. nasib baik aku berdua dengan classmate aku. so adalah peneman kan. sekali bas delay. dari pukul 2.30pm -4.00pm aku tunggu. bas baru sampai. aku tawakal jelaa. asalkan selamat. 

macam mana ek nak naik lrt dari pudu - kl sentral ? serius. ini memang pertama kali bagi aku. kesian dengan cousin aku tunggu kat sana. so alhamdulillah aku pon dapat survived .memang tak percaya kan. moralnya malu bertanya sesat jalan. sepanjang kebingungan aku cari jalan keluar tu aku bertanya dengan orang-orang kat sana. alhamdulillah Allah pertemukan dengan orang yang baik. hiks.

jangan ingat perjalanan aku sampai di kl sentral ye. nak balik BP kena gi TBS dulu. memang kami berkejar masa kot nak gi sana. tapi ada satu berita tak baik. tiket habis =( sedih giler.. 

jadi kami decide untuk balik rumah cousin aku kat Batu Caves. sebenarnya kami dah beli tiket untuk bas esok. awal giler kul 8 am okey. kami dengan yakin gi TBS rupanya kami lewat 15 minit. memang tiada maaf bagimu. bas dah tinggal. takpelah last2 aku gi beli tiket untuk bas seterusnya. alhamdulillah. 





akhirnya, kami pon sampai ke Batu Pahat. walaupun kami dah terlepas dari kenduri dan gathering keluarga. nak buat macam mana kan. so kepada cousin aku thanks untuk perjalanan balik kampung yang mencipta rekod perjalanan yang paling lama. wah, syabas!!!


much love,
roseazniabu