Saturday, January 17, 2015

nawaitu

assalamualaikum

diharapkan pada tahun ini, aku dapat melunaskan segala tunggakan niat-niat yang terdahulu. niat nak gembirakan hati mak dan abah iaitu dua orang tulang belakang dikala susah dan senang. Mak abah dah banyak bersusah payah nak sekolahkan aku. kalau aku lupa diri memang tak patut. Pernah terjadi dulu, apabila aku tengah sengkek tak cukup duit kat tangan, pada saat itu aku menolak permintaan mak untuk terima duit belanja yang diberi, pada masa itu abah bisik padaku "ini masih tangunggjawab kami nak sekolahkan kau, terima je pemberian ini, kalau taknak guna sekalipun simpan sahaja duit ini. paling tidak pun duit ini masih berguna untuk lain hari".

sebab itu sebelum melakukan sesuatu perkara ,perbetulkan niat kita dahulu. Penting sebenarnya untuk jadi peringatan buat kita supaya tidak lupa diri dan sentiasa berada pada landasan yang betul.


Lillahi Taala.
lets pray to our iman.
Amin.

No comments:

Post a Comment