Friday, November 6, 2015

aku dia mereka dan Mulut

assalamualaikum

aku
dia
mereka dan
mulut..

mungkin aku dikelilingi dengan orang yang menggunakan mulut mereka yang suka bercerita mengenai perihal orang lain. Adakalanya cerita yang disampaikan itu adalah positif. Kalau yang itu ada juga orang yang kurang senang mendengarnya. Apa yang pelik , jika cerita perkara sebaliknya, makin meluaslah pengaruh cerita itu. kadangkala ditokok tambahnya.

Kawan aku,
Kawan kau.

Ini juga merupakan satu kelemahan. kenapa? sebab kawan makan kawan. Betul Itu terpulang pada kamu semua mahu terima atau pun tidak. tapi sila baca dengan hati yang terbuka. Percaya tak kau buat baik macam mana pun, kalau kau dengan kawan kau tidak sependapat, alah kalau nak senang kau memang tak boleh masuk dengan dia, sudah tentu bila kawan lain juga mula mengumpat kau, gerenti tu kawan yang selama ni baik dengan kau dengan suka hatinya cerita segala macam kelemahan kau.

Pada aku, itu semua lumrah dan korang pon jangan berdalih. Semua itu mungkin pernah terjadi pada korang kan?

Kepada manusia yang bernama kawan, satu sahaja aku mahu pesan.

"Sila letak diri kau pada orang yang kau burukkan. apa perasaan kau bila kawan kau sendiri cerita buruk kutuk kau bagai nak gila, cerita segala isi dalam diri kau. Atau kau memang tiada lagi sifat semangat kawan?"

P?S
mohon jangan sentap. anda semua sudah besar.
pesan aku
baca dengan hati yang terbuka
aku pon manusia.