Tuesday, July 14, 2015

ketidakadilan

assalamualaikum..

kadang-kadang aku rasa hidup aku ini banyak yang tak adil. ketidakadilan boleh dilihat dalam keluarga, persahabatan dan dalam kehidupan diri sendiri. semua perkara yang aku nak buat semua jadi tak kena. Bila kita lihat diri orang lain, mudahnya dia nak berjaya. tapi bagi aku, semuanya penuh dengan jalan yang berliku. sampai satu masa aku rasa aku dah give up.

Adakalanya aku rasa sampai macam dah down giler bahana apa yang aku nak aku tak dapat dan semestinya orang lain dapat. fikiran pon mula berkecamuk, hati semakin tidak tenang. perasaan berbaur marah dan sedih. sampai satu tahap aku terduduk dan terfikir kenapa ujian seperti ini datang kepada aku.

kadang-kadang  aku terfikir bahawa ketidakadilan ini selalunya datang pada hati yang bersyukur pada segala nikmat-Nya. Istigfar wahai diri. ingatlah Allah tu Maha Adil. Tiada kuasa yang boleh tandinginya. biarpun ketidakadilan selalu hadir dalam diri ko. maka doalah. Doakan senjata untuk mukmin.

jadi, ko rasa dunia ni adil bagi ko? fikirkan.....