Wednesday, December 14, 2016

Jodoh

Assalamualaikum..
Berhabuk dah blog ni. Dah bertahun tak buka. Tengok tajuk pon dah bole agak kan. Jodoh. Kalau dulu aku excited bile orang sekeliling cakap pasal jodoh, bakal imam,  tulang rusuk.  Perghh seronok betul. Rancak bebual kot. Disebabkan perkarq tersebut aku pon terus terlibat dengan terjaga jodoh orang lain.  Kenapa aku cakap macam tu?  sebab yang mana aku tolong jagakan tu memang dah jumpa jodoh masing2.  Salah seorang dari mereka tak lama lagi nak menimang anak. Tak sedih pon.  Pada aku jodoh itu rahsia Allah. Salah satu cara untuk dapatkan jodoh dengan perbaiki amalan dan ibadah. Aku ni pon selalu jugak menyeru jodoh. Hahaha.  Tapi kita tak tahu jodoh yang mana datang dulu. Jodoh tu ada dua jodoh kahwin dan jodoh maut. Sesungguhnya kita sebagai hamba hanya selalu berdoa yang lebih baik. 
Ye sama-sama kita berdoa untuk mendapatkan jodoh yang lebih baik.  Cepat atau lambat jodoh kita Allah dah sediakan.  Berdoa, usaha dan tawakal. Semoga kita sama-sama berada di bawah keredhaan-Nya..

Friday, April 29, 2016

they taught me.

aku mula melangkahi masuk ke kelas 4 Intelek. dadaku berdebar. ye kelas tu aras penguasaannya rendah. kalau dilihat sekolah praktikum kedua aku adalah sekolah kluster. aku rasa macam tak seronok hendak mengajar mereka kerana mereka lemah dalam pembelajaran. aku nak karang rph pon aku masih buntu tak tahu macam mana rendahkan arasku. ye sekolah praktikum kali ni aku dapat sekolah kampung. kampung kot. sekolah kecil. setiap hari aku pujuk diriku untuk ikhlaskan diri didik mereka.

tiga bulan berlalu, aku mahu melangkah pergi. aku perlu habiskan tempoh praktikum. aku sedih sebab nak tinggalkan mereka. tiga bulan itu cukup mengajar aku supaya tidak memilih untuk mengajar. ilmu itu perlu dikongsi. murid kelas 4 Intelek itu memang tidak berapa baik dalam soal pelajaran namun dari segi adab berguru mereka tetap ke hadapan. mendengar kata. perilaku mulia. mereka mengajar untuk bersabar untuk layan karenah mereka. antara mereka ini masih lagi tidak pandai membaca. apa yang aku harapkan Allah sentiasa terangkan hati mereka untuk mudah mendapat ilmu. semoga mereka dapat mengubah nasib kelaurga mereka dengan lebih baik kelak. in shaa Allah. thanks 4 Intelek..






can't control my gelabah atitude...

aku selalu mudah gelabah sebab masalah. kadang-kadang benda kecil pon aku nak gelabah macam masalah tu punya bapak besar. tu la aku. kadang-kadang aku malu bila orang punyalah cap aku ni jenis manusia cool giler. hanya orang yang rapat dengan aku je yang tau macam mana aku gelabah dan berakhir dengan moody dan muka tension. kesian jugak aku tengok si zila, munira dan mira hidup dengan aku. mujurlah Allah kurniakan aku dengan sahabat yang sentiasa cool bile ada masalah.yeah,i learned everything from them. how to calmly facing my problem exactly.

kalau nak cakap pasal pengalaman dengan dorang tu aku memang selalu kena tarbiyah jelah. tarbiyah yang dorang bagi tu kadang-kadang terkesan jugaklah kat hati.. tapi aku buat kental jela walaupun touching tahap nak duduk kat gua tu sorang-sorang sambil ditemani kelawar-kelawar yang berakkan tahi dia kat kepala aku..euww.

sebenarnya aku nak point Allah itu maha Adil. aku seorang mudah gelabah tapi Allah temukan aku dengan sahabat yang cool giler. kepada sahabat-sahabat aku yang bernama Shazila, Ameera, dan Munirah. thanks for treat me well untuk jadi manusia..