Tuesday, April 18, 2017

Ujian

Assalamualaikum..
Semua orang ada ujian. Ujian kita berbeza-beza.  Hanya diri kita kuat mahu pun tidak.  Apa-apa pon kadang-kadang dengan ujian iman kita boleh meningkat,  tapi dengan ujian iman kita boleh jadi sebaliknya. Pada pandangan aku, antara ujian hebat berdasarkan pengalaman di depan mata aku sendiri adalah ujian untuk orang yang merancang untuk membina masjid. Kau tahu kenapa? Sebab bila kita nak buat baik, orang ketiga iaitu syaitan selalu buat gangguan pada hati kita.
Lebih-lebih lagi perempuan. Ya aku perempuan,  emosi dan perempuan tak boleh dipisahkan. Padahal sebelum ini kita memang tak pernah kisah dengan siapa seseorang itu berkawan. Bila keputusan dibuat dan kau merancang untuk berkahwin. Nah, kau yang selama ini boleh mengawal segala perasaan cemburu kini tidak lagi. Sukar untuk membuat pertimbangan ke atas perasaan kau sendiri.  Fikiran yang selama ini tenang dan terbuka automatik menjadi celaru dan tertutup. Apa lagi mulalah diri sendiri menyalahkan orang lain.  Disebabkan perkara itu,  aku ambil inisiatif untuk menjauhkan diri dengan si dia dan cuba untuk muhasabah diri.
Pada masa tersebut,  Allah kirimkan aku seorang sahabat untuk beri peringatan. Di sini aku kongsikan nasihat dia.
     "Allah itu yang pegang hati hambaNya. Tidak perlu untuk berasa susah hati terhadap dia. Paling penting kalau hati berasa sedemikian mintaklah dengan tuan punya hati tersebut. Tuan punya hati itu sememangnya bukan manusia( orang yang kau suka) tetapi tuan punya hati itu Allah. Mintak je dengan dia. "
Disebabkan perkara itu,  aku pun semakin tenang dan terus tenang.  Kadang kala kita ini mudah lupa akan Allah. Nauzubillah.  Maka anggap saja ini ujian. Ujian itu hadiah Allah buat kita.  Ya kita yang selalu jarang untuk mendekati Dia. Terima kasih Allah kau kirim aku satu ujian yang membantuku untuk lebih dekat denganMu..
Happy reading!!

1 comment:

  1. The Casino Resort & Spa - Mapyro
    Search for The Casino Resort & Spa 익산 출장안마 in Las Vegas, NV on Mapyro. Location: 광주 출장안마 The 대구광역 출장샵 casino floor consists of 1,000 square feet of 당진 출장안마 casino floor space that includes a 의정부 출장마사지

    ReplyDelete