Sunday, December 16, 2018

Bulan madu kita

Bermula episod pjj kami atau isteri hujung minggu. Bulan madu pon macam ke laut sikit. Entah bila la kami boleh bersama2 menjalankan misi bulan madu kami. Dalam kepala ni macam2 plan nak buat tapi hasilnya dalam mimpi. Paling teruk pon pernah sekali aku beri cadangan untuk pergi ke suatu pulau di Mersing. Kami jalankannya. Okaytu macam bukan honeymoon. Trip agak tak best. Sebab waktu tu aku dah pregnant ameena 2 bulan. Bayangkan la aku terpaksa kawal mabuk aku. Cuti pon macam tak cuti. Dan penat. Tapi aku hargai sangat suami aku gigihkan juga penuhi keinginan aku. 

Sebenarnya pada aku trip ni kalau aku dan suami lagi syok kot.hehehe. aku cakap macam ni sebab trip ni dia saing gi dengan housemate dia. Amatla tidak ada privasi untuk aku dan suami. Kalau pada suami aku seronokla kot sebab dengan housemate dia. Ampun syg. Ni dari lubuk hati isterimu. Aku masih lagi enjoy okay even kadang2 mood mommy to be ni tergelincir sikit. 

Honeymoon ni pada aku waktu ni la aku nak kenal lagi suami aku. Berdua dan dikelilingi dengan orang yang aku tidak kenal. Jadi aku tidak kekok. Mungkin leoas ni dah bukan honeymoon bagi kita tapi trip bersama anak2. Aku harap pada masa akan datang kami boleh plan nak honeymoon tempat yang best dan perbaik apa yang kurang. Masa ni la nak bagi aura positif dalam hubungan rumahtangga gitu. Plus kewangan aku semakin stabil. Kamero pon dah canggih sikit.hehehehe

Okay. Nah aku belanja honeymoon trip kami. Excuse my bare face sebab aku tengah control muka mabuk aku..


 

Apa2 pon aku tetap hargai usaha keras suami aku. 
Harapan. 
Semoga murah rezeki suami aku supaya dia bole bawak aku gi bulan madu yang paling best.🥰🥰

Sunday, October 14, 2018

Kerjaya penuh cabaran

NiAssalamualaikum..
23/10/2017
Tarikh aku mula lapor diri kat Melaka as cikgu novis. Bermula langkah sebagai anak rantau yang mencari rezeki. Bermula episod suka duka lara didik anak orang. Bukan mudah. Untuk pertama kalinya, semua perkara harus dibuat dengan sendiri. Manakan lagi nak cari rumah sewa, kenderaan, duit permulaan untuk mulakan hidup. Mentaliti aku pon kena berubah. Bukan masih ditakuk lama.
Betul kata orang kalau nak lama hidup aman di tempat orang banyakkan melihat dari berkata-kata. Tidak suka macam mana pon. Terima dengan hati terbuka. Ye sekolah tu besar, ramai guru, begitu juga murid. Kalau dah ramai tentu banyak ragam dia. Pada mulanya aku kekok. Kita seorang mereka ini ramai dan berpuak-puak. Secara baikla tapi.
Aku tidak minat berkumpulan. Aku buat kputusan saki baki 2017 tu aku hanya buat pemerhatian sahaja..kita kenal orang bukan lama dah. Jadi kita tak tahu perwatakan sebenar. Jadi kena kawal percakapan. Risau ada yang terguris.
Dari segi pdpc dalam kelas. Aku masih kekok lagi. Banyak perkara yang perlu belajar dan belajar. Aku masih beruntung sebab dipertemukan dengan orang yang oemurah dengan ilmu. Banyak kena study balik. Rajinkan bertanya. Jangan ego.
Keadaan sekeliling kita yang banyak mengajar. Sekecil-kecil perkara pon kita kena ambil ibrah untuk kemudahan masa hadapan. 😊

Tuesday, September 18, 2018

Pregnant journey part 1

Alhamdulillah. Got double line on my upt test. Thanks Allah for giving me chance to being mother. Amanah. Dengan rasa syukur aku akan jadi seorang ibu.

1. Aku wasap kat adjie dan bagi gambar ni. Adjie happy tak terkata. Kalau la aku bole tengok rupa dia masa tu kan seronok..tapi kami pjj kan jadi nak cepatkan urusan terus wasap.hahaha setel.

Mengharap dan terus mengharap baby A dalam rahim aku ni membesar dengan sihat. Sebenarnya aku dah boleh agak badan aku rasa lain. Bermula aku loya pagi2 tu. Ada beberapa orang cikgu tegur tapi aku buat tak endah je. Tak nak berharap. Pada aku awal lagi nak assume aku pregnant. Dah genap sebulan baru berani beli pregnant test.. Taraaaa positif..

Maka, bermula la trimester pertama nightmare. Asal malam mesti muntah. Makan pon memilih. Ayam langsung aku tak boleh sentuh. Bau yang boleh meloyakan tekak aku. Paling kelakar bau perfume adjie yang aku suka sejak kahwin tu pon aku tak boleh bau. Kesian jugak kat dia dah tak bole pakai perfume tu. Masuk 3 bulan tu kan bau badan dia langsung aku x bole bau. Ampun ye abg.hehe

Mengidam. Tipula tak ada.tapi aku jenis tak ikutkan hati sangat. Paling teruk pon aku merajuk la dgn adjie sbb dia taknak belikan aku roti canai malam tu. Aku pon faham dia rushing nak balik kota. Mujur ada abah. Pagi tu aku minta abah belikan. Setel.

Masa ni aku  sense yang aku ni macam mengandung. Jadi waktu ni la aku dah mula jaga makan..

Thursday, August 16, 2018

#nidatoadjie part 2

Preparation...road to halal

Tak terfikir pon nak buat part 2. Tapi tak salah pon. Hehe. Macam post yang aku beritahu adjie ada buat beberapa kerja untuk mencukupkan duit untuk kahwin. Dia buat grab and jadi photographer. Dia pon saving jugak. Nak harapkan aku n dah la baru nak keje. Ujian aku teruk sikit Allah nak duga. Masa aku mula keje terpaksa aku pinjam duit mak untuk sambung hidup kat Melaka. Kalau korang baca post aku yang lepas korang akan taw kenapa aku kat Melaka. Gaji aku kena tahan dalam 5 bulan. Bayangkan posting bulan 10 tapi duit gaji dapat masa Tahun Baru Cina nak kahwin bulan 4 ni. Tapi memang tak sangka la gaji keluar bulan 2 bole merasa beli barang hantaran. Rezeki pulak masa CNY tu mang buat sale kawkaw. Semuanya masih dalam bajet. Kalau ikutkan untuk kahwin ni semua mak nak support sikit. Tapi rasanya mak support la jugak tapi duit salam cangkuk yang aku dapat tuaku bagi terus kat mak aku. Cover balik duit dia. So totally kira macam keluar guna duit kami la. Thanks mak.

Masa kahwin sebelah aku agak rushing sikit. Yelah aku ni kat Melaka, rumah parent kat JB. Memang byk benda diseliakan oleh mak n abah. Aku cuma past duit je. Untuk pengetahuan semua, wedding aku ni aku wat sederhana je. Dalam bajet aku lebihkan untuk jamuan makanan kat tetamu. Aku banyak cut off dari segi pelamin, make up. Pelamin aku amek yang biasa2 je. Sbb target aku,aku nak ada duit kat tangan selepas kahwin. Jadi korang ini la orang kata bajet2 kahwin cara aku. 

Cara kita berbeza tapi hasil kita sama

Wednesday, August 1, 2018

#nidatoadjie part 1

Assalamualaikum..

Berhabuk dah blog ni. Lebih kurang setahun lebih aku tak update. Sekarang pon dah ada baby girl lagi. Hari ni aku akan announce yang aku dah melangsungkan perkahwinan dengan seseorang yang aku tak pernah terfikir.😀


Suamiku... Mohd Razi bin Yahsin 



Jodohkan. Dia satu tempat dengan tempat aku study. Senior aku. Tapi aku tak perasan pon. Kenal pon masa aku semester akhirpengajian. Sekejapje perkenalan aku dan dia beberapa bulan lepas tu merisik, tunang hinggalah kami membuat keputusan untuk kahwin. Perancangan Allah tu indah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Waktu tu aku baru je posting jadi kewangan pon belum stabil. Nak dijadikan cerita sebenarnys perkahwinan ni atas usaha dia plus rezeki Allah. Dia rajin, bertanggungjawab untuk mencukupkan duit untuk kami. 

Macam-macam dia buat. Tp biarlah tu jadi rahsia kami. Jangan risau tu semua duit halal. Aku bersyukur sangat dipertemukan dan dijodohkan dengan dia. Satu dalam sejuta. Masa mula kenal aku tak rasa apa2 perasaan. Perasaan itu hadir selepas kami ikat tali pertunangan.. Untuk syurgaku terima kasih sebab dah sedaya upaya menghalalkan ikatan kita. 

Sebelum aku kenal dia memang aku ada buat sola istikharah. Tipulah aku tak mengharapkan mimpi seseorang. Tapi Allah itu maha Kaya. Dia bagi jawapan tu melalui gerak hati dan aku pasti dengan adjie yang dia adalah jodohku bila aku rasa tenang dan perhubungan kami smooth dan mudah. Tipulah tak ada gaduh2.. Kun faya kun. Jika dia jodohku maka mmg Allah tetap jadikan dia jodohku. 

Memang kita buat pilihan dalam kehidupan kita. Kesilapan buat pilihan tu mungkin menjadi asbab untuk kita belajar menghargai apa yang ada depan mata dan bersedia menjadi yang lebih baik buat pasangan.


Semoga setiap hari adalah hari kita🥰🥰🥰