Sunday, October 14, 2018

Kerjaya penuh cabaran

NiAssalamualaikum..
23/10/2017
Tarikh aku mula lapor diri kat Melaka as cikgu novis. Bermula langkah sebagai anak rantau yang mencari rezeki. Bermula episod suka duka lara didik anak orang. Bukan mudah. Untuk pertama kalinya, semua perkara harus dibuat dengan sendiri. Manakan lagi nak cari rumah sewa, kenderaan, duit permulaan untuk mulakan hidup. Mentaliti aku pon kena berubah. Bukan masih ditakuk lama.
Betul kata orang kalau nak lama hidup aman di tempat orang banyakkan melihat dari berkata-kata. Tidak suka macam mana pon. Terima dengan hati terbuka. Ye sekolah tu besar, ramai guru, begitu juga murid. Kalau dah ramai tentu banyak ragam dia. Pada mulanya aku kekok. Kita seorang mereka ini ramai dan berpuak-puak. Secara baikla tapi.
Aku tidak minat berkumpulan. Aku buat kputusan saki baki 2017 tu aku hanya buat pemerhatian sahaja..kita kenal orang bukan lama dah. Jadi kita tak tahu perwatakan sebenar. Jadi kena kawal percakapan. Risau ada yang terguris.
Dari segi pdpc dalam kelas. Aku masih kekok lagi. Banyak perkara yang perlu belajar dan belajar. Aku masih beruntung sebab dipertemukan dengan orang yang oemurah dengan ilmu. Banyak kena study balik. Rajinkan bertanya. Jangan ego.
Keadaan sekeliling kita yang banyak mengajar. Sekecil-kecil perkara pon kita kena ambil ibrah untuk kemudahan masa hadapan. 😊