Tuesday, May 6, 2014

masa lapang yang menyibukkan

assalamualaikum wbt.

hye peeps!

sorry yang teramat sangat sebab dah lama tak update new entry. blog pon rasanya macam dah berhabuk dan bercabuk.. apa-apa jelah. serius awal tahun ni aku memang sibuk. now baru ada masa nak ngedate dengan blog yang dah lama aku gantung tak bertali.

sebenarnya ketika aku sibuk tu , aku terlibat dalam program fasilitator. Program ini bertujuan untuk mengelola beberapa aktiviti bersama dengan pihak sekolah. dengar macam best kan . aku pon baru pertama kali terlibat dengan program sebegini. nak cakap perasaan untuk jadi fasi murid-murid ni memang nak gila, bayangkan ko tu tak pernah nak bercakap seperti seorang cikgu. then ko kena pegang tanggungjawab untuk jaga murid-murid yang pelbagai kerenah yang kadang-kadang tu boleh buat korang panas. tapi semua tu hanyalah cabaran untuk kami semua bersedia sebelum kami berhadapan dengan cabaran seorang guru di mata masyarakat.

inilah muka murid-murid yang aku maksudkan.. mereka baru sekolah rendah.. dah namanya pon budak-budak. hahaha
ouh lupa pulak nak mention pasal nama sekolah. dorang ni sekolah SK Seri Ampang, Perak.. dorang ni mula-mula pemalu betul..last2 bila aku dah keluarkan suara ketegasan barulah dorang ni dengar cakap aku. fuhhh.. moh le mika tengok gambar-gambar di bawah ni.



aktiviti awal pagi.senamrobik..

aku dengan akak ealisah.. sempat berposing even tempat dia ni sangat curam..

ini group cikgu Theva..dalam hutan tebal..

aktiviti ikhtiar hidup.kecian betul dengan budak-budak ni.. enat jalan jauh last2 makan maggi je,,,

macam sedap je air tu..opps jangan salah sangka dalam cawan poliserin tu ada maggi taw. ikhtiar hiduplah katakan,,

selesai aktiviti jungle trekking n ikhtiar hidup,, aktiviti team building pulak main peranan. nasib masa kelola aktiviti ni aku ada partner, Shazila. kami punya stesen ini stesen kereta kebal.. kalo nak macam mana kereta kebal tu berjalan jom scroll ke bawah.

sementara murid-murid belum datang ke stesen kami..

ooopps ni macam adegan drama petang TV3 lak..

serve u right uolls.. but they so sempoii bak hang.

ni zulika and zulaikha.. thumbs up!!

korang tgk muka dia da iras-iras sapa?? cube kome teka??haha

last but not least, aku pon dapat cenderahati dari pihak sekolah. 

p/s : kalo korang nak tahu sekolah ni memang terbaik,lagi-lagi bab makanan,hahah kenyang kami fasi-fasi di sini..


#thanks reading this entry !




3 comments: