Monday, October 14, 2019

Ameena's first book

Sejak jadi ibu ni aku memang berhabis duit beli sesuatu untuk ameena. Mestilah benda yang berfaedah aku beli. Sejak jadi follower syeikh muzaphar ni banyak ilmu parenting yang aku dapat. Antaranya bagi rangsangan kepada baby.sebenarnya rangsangan ni boleh mempercepatkan baby bercakap. Segvala yang kita buat kat baby akan diserap oleh baby dari semasa ke semasa. Aku memang dari preggy lagi suka dedahkan ameena dengan muzik, selawat dan bercerita. Nampak la bila dah keluar nu ligat mulut dia babling mamama papapa bababa buuuuuu. Sekarang ni aku tengah dedahkan dia pada bunyi. Ransang telinga dia untuk fokus bunyi datang dari arah mana.

Mainan yang bole kenalkan bunyi dan teether
Selain tu, flash card pon memang boleh dah bagi ameena baca. Banyak la jugak beli flashcard utk ameena. Antaranya banyak kepada buah-buahan , huruf, kenderaan dan sebagainya. Flash card aku lebih suka beli kat motherhood, shopee.

flash card ni aku beli free kat website motherhood

My first word ni bagus untuk baby. From big bad wolf

Yang ni ibu dia yang excited. Tunggu ameena besar sikit la baru bagi. From big bad wolf
Yang ni kat shopee. Selamat dan tahan lama.



Ni mcm education sikit la berbanding ameena tgk dinding kipas...hejeje





Thursday, August 15, 2019

Pregnant Journey Part 3 (Last)

 Assalamualaikum.

Bertemu kembali, trimester ketiga hampir berakhir. dari segi pemakanan memang aku sentiasa lapar. dah semakin kurang morning sickness aku. No more loya lagi. Sepatutnya masa ni aku dah kena jaga makan tapi fail. Sepanjang trimester ketiga ni aku craving makan benda mains. Air manis tu jangan cerita la Setiap hari aku order air horlick okay. 

    Akibat dari pemakanan dan pengambilan air manis yang berpanjangan, bila buat scan ternyata saiz baby besar. boleh bayangkan tak dengan ketinggian aku tu berat aku menjangkau 73kg. Melampau sangat.     

    Masuk 40 weeks aku dah mula ambil cuti duduk kat rumah mak aku dekat JB. Mak aku pon tak beragak bagi makan anak dia sedap-sedap. Pergi klinik nurse scan baby dah 3.6kg. mak aii besarnya. Dalam fikiran aku , tolonglah jangan czer. Memang lepas solat doa nak bersalin normal walau apa cara sekalipon. 

    Ternyata aku baby overdue. Sepatutnya due 2/4 tetapi dia tak mau keluar. Asyik bagi false alarm je. Sampai aku naik meluat nak pergi hospital. First time kan memang la asal sakit sikit je nak pergi hospital. Kesian dekat husband dari Kota Tinggi terus pergi hospital lepastu malam pulang semula ke Kota Tinggi.

    Pandai dikbaby ni pilih tarikh 4/4 untuk keluar ye. Lepas husband bertolak pulang, aku pon tidur la di bilik. Macam pelik tiba-tiba sakit , tapi aku buat bodoh je la sebab tak mau kes berulang kembali.  Pusing kiri pusing kanan tetap sakit. Masa tu la baru nak download contraction tracker. hahaha. Terus kejut akak minta hantar ke hospital aminah. Semua kelengkapan dah dibawa. Macam aku cakap husband memang tak cukup rehat tetiba abang call suruh datang hospital. Memang berdoa la supaya dapat check in kat wad. At least kat sana ada nurse yang tolong tengok. Pukul 6 pagi aku baru nak solat subuh tapi terasa contraction, terus tak jadi solat sebab tak tahan contraction menyucuk. Terus jumpa nurse untuk ceh bukaan. Dah 6cm tetiba aku kena bawak masuk kat labour room. Dah tak menyempat nak makan apa-apa. 

    Kupikirkan dalam pukul 10 pagi tu nak bersalin tapi sampai pukul 3 petang ni pn tak bersalin lagi. Doktor terus bagi waktu sampai pukul 5 ptg. aku memang dah tak keruan. Tawakal jela  doktor semua masuk ke dalam cek bukaan then dia suruh bersedia untuk meneran. Dengan bantuan vacuum baby Ameena pon keluar. fuh lega. Alhamdulillah. menangis weh aku. Punya gembira sebab dah hilang contraction tu. 

Malam ni aku tidur sorang. Ameena kat nursery. ayahnya pulang.


Lahirlah seketul Ameena..





Monday, April 1, 2019

Pregnant journey part 2

Mengidam.
Sepanjang mengandung ni aku pernah jugak mengidam tapi aku takdalah ikutkan sangat perasaan ni. Macam2 cerita aku dengar orang tu mengidam nak ni nak tu sampai boleh jadi gaduh la dengan pasangan. Setakat ni alhamdulillah. Aku manage cara aku ngidam ni lain sikit. Aku independent. Kalau teringin aku gi cari sendiri. 

Orang cakap kalau mengandung ni mood kita lain sikit. Hahaha ye tu aku tak tipu. Aku memang tak boleh bau adjie. Aku rasa mual tapi aku tak bagitau dia la sebab aku tak nak dia kecik hati. Sampai dia stop pakai minyak wangi dia. Kesian kan. Tai nak buat macsm mana. Dah bini dia mabuk.. Pada awal2 tu aku jenis x ads mood nak make up di sekolah. Nak pakai bedak pon malas. Tapi bila kandungan aku meningkat dalam 6 bulan barulah aku gi sekolah berdandan bagai. 
Masalah yang aku dapat waktu mengandung dan yang paling stress sekali hb aku selalu drop. Entah la. Aku dah makan macam2. Masih lagi tak naik. Sedih jugak la mujur nurse baik2 belaka bagi support kat aku...

Messy nya waktu ni. Aku malas nak pakai make up gi sekolah. Baju pon aku malas nak gosok.

Waktu ni dah 6 bulah. Jadi ala bridesmaid pipa.so kita semangatla nak pakai cantik2..


Masa ni aku kemuncak aku mabuk. Aku kat UTHM. Hantar murid gi hoki open.

Waktu ni dah akhir tahun. Masa ni dh memboyot..


To be continue.....