Friday, April 29, 2016

they taught me.

aku mula melangkahi masuk ke kelas 4 Intelek. dadaku berdebar. ye kelas tu aras penguasaannya rendah. kalau dilihat sekolah praktikum kedua aku adalah sekolah kluster. aku rasa macam tak seronok hendak mengajar mereka kerana mereka lemah dalam pembelajaran. aku nak karang rph pon aku masih buntu tak tahu macam mana rendahkan arasku. ye sekolah praktikum kali ni aku dapat sekolah kampung. kampung kot. sekolah kecil. setiap hari aku pujuk diriku untuk ikhlaskan diri didik mereka.

tiga bulan berlalu, aku mahu melangkah pergi. aku perlu habiskan tempoh praktikum. aku sedih sebab nak tinggalkan mereka. tiga bulan itu cukup mengajar aku supaya tidak memilih untuk mengajar. ilmu itu perlu dikongsi. murid kelas 4 Intelek itu memang tidak berapa baik dalam soal pelajaran namun dari segi adab berguru mereka tetap ke hadapan. mendengar kata. perilaku mulia. mereka mengajar untuk bersabar untuk layan karenah mereka. antara mereka ini masih lagi tidak pandai membaca. apa yang aku harapkan Allah sentiasa terangkan hati mereka untuk mudah mendapat ilmu. semoga mereka dapat mengubah nasib kelaurga mereka dengan lebih baik kelak. in shaa Allah. thanks 4 Intelek..






No comments:

Post a Comment