Wednesday, May 17, 2017

Puberty hit us.

Assalamualaikum..

Malam ni saja nak buat throwback zaman kegemilangan spm. Waktu tu umur baru 17 tahun. Waktu tu tak aktif media sosial. Facebook tu jarang layan. Whatsapp pon masih tak ada lagi. Sebenarnya malam ni kat group whatsapp masing-masing upload gambar lama. Gambar lat sekolah ni sebenarnya kami ambil secara haram. Dulu kat sekolah memang tak boleh bawak nset. Aku budak baik kot. Masa tu aku tak ada nset lagi. Jadi kepala yang bawak nset ni geng pengawas la. Haha. Malas nak cakap banyak. Meh jenguk gambar kita zaman muka innocent gitu.. Hehe. Always 5sn2.

Sunday, May 14, 2017

Ujian

Assalamualaikum..

Semua orang ada ujian. Ujian kita berbeza-beza.  Hanya diri kita kuat mahu pun tidak.  Apa-apa pon kadang-kadang dengan ujian iman kita boleh meningkat,  tapi dengan ujian iman kita boleh jadi sebaliknya. Pada pandangan aku, antara ujian hebat berdasarkan pengalaman di depan mata aku sendiri adalah ujian untuk orang yang merancang untuk membina masjid. Kau tahu kenapa? Sebab bila kita nak buat baik, orang ketiga iaitu syaitan selalu buat gangguan pada hati kita.

Lebih-lebih lagi perempuan. Ya aku perempuan,  emosi dan perempuan tak boleh dipisahkan. Padahal sebelum ini kita memang tak pernah kisah dengan siapa seseorang itu berkawan. Bila keputusan dibuat dan kau merancang untuk berkahwin. Nah, kau yang selama ini boleh mengawal segala perasaan cemburu kini tidak lagi. Sukar untuk membuat pertimbangan ke atas perasaan kau sendiri.  Fikiran yang selama ini tenang dan terbuka automatik menjadi celaru dan tertutup. Apa lagi mulalah diri sendiri menyalahkan orang lain.  Disebabkan perkara itu,  aku ambil inisiatif untuk menjauhkan diri dengan si dia dan cuba untuk muhasabah diri.

Pada masa tersebut,  Allah kirimkan aku seorang sahabat untuk beri peringatan. Di sini aku kongsikan nasihat dia.

     "Allah itu yang pegang hati hambaNya. Tidak perlu untuk berasa susah hati terhadap dia. Paling penting kalau hati berasa sedemikian mintaklah dengan tuan punya hati tersebut. Tuan punya hati itu sememangnya bukan manusia( orang yang kau suka) tetapi tuan punya hati itu Allah. Mintak je dengan dia. "

Disebabkan perkara itu,  aku pun semakin tenang dan terus tenang.  Kadang kala kita ini mudah lupa akan Allah. Nauzubillah.  Maka anggap saja ini ujian. Ujian itu hadiah Allah buat kita.  Ya kita yang selalu jarang untuk mendekati Dia. Terima kasih Allah kau kirim aku satu ujian yang membantuku untuk lebih dekat denganMu..

Happy reading!!