Wednesday, May 1, 2013

Perhatian.

Assalamualaikum wbt

Apabila aku lihat rakan seperjuanganku menjadi seorang yang berjaya , aku tumpang bahagia. Ya Allah, Kau tambahkanlah rezeki sahabat-sahabatku. Tu adalah harapan aku untuk orang disekeliling aku berjaya. Apa yang nak dihighlightkan adalah tika mereka kecil lagi sudah tentu mereka dah didedahkan untuk menghormati orang lain , saling tolong-menolong. Ya memang benar,setiap yang berlaku di dunia ini mesti ada sebab dan akibat.tu memang tidak dapat disangkal lagi. 

aku melihat dan menghayati anak-anak pada masa kini yang selalu menderhakai kedua-dua ibu bapa mereka. Nauzubillah min zalik. Dalam norma masyarakat, kita juga tidak boleh menyalahkan kepada satu pihak sahaja. malahan pihak ibu bapa mereka juga harus dipersalahkan. mungkin banyak faktor yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku.

Baru-baru ini ,aku baru menghabiskan PBS (pengalaman berasaskan sekolah). pada masa itu, guru besar di sekolah itu telah menyebut tentang latar belakang murid-murid di sekolah itu, alhamdulillah sewaktu umur ku yang masih muda ini,telah didedahkan dengan realiti masyarakat yang sebenarnya. Kadang-kadang aku melihat situasi kemiskinan yang melanda segelintir murid-murid di sekolah. Dari segi personaliti mereka,cara pemakaian aku merasakan mereka ini bukan dari latar belakang keluarga yang senang. 

Maka, aku dapat simpulkan di sini bahawa mereka ini perlu diberi perhatian dan ibu bapa perlulah tegas dalam mendidik anak-anak mereka. pada masa ini dunia semakin kejam pelajaran dititikberatkan ,siapa yang kalah akan ditindas, ibu bapa harus peka dengan situasi ini. 

 



P/s : semoga anak-anak ini menjadi insan yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Amin

No comments:

Post a Comment