Wednesday, September 25, 2013

kita merapu ! part 1

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

al-kisah..

last time, lepas balik kelas, hujan tetibe plak turun dengan renyai-renyai,,nasib baik tak lebat..memang tepat benolah pepatah orang dulu. " langit tak selalunya cerah, "ku sangkakan panas di siang hari tapi apakan daya hujan di tengah hari". dengan kelas yang full giler tu memang merungut saja, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, aku main redah je macam biasa, tak bawa payung pergi kelas. walaupun aku melalui ampaian sidaian baju tu aku tengok baju aku sudah kering dengan selamat lantas aku buat tak tahu je dan teruskan perjalanan dengan sombongnya.

almost 4 pm. cuaca pon dah berubah...walaupun lecturer wat lawak yang tak pandai mana fikiran aku tetap pada ampaian. apalah nasib baju aku basah lokos.sebab pada masa itu, langit telah pon menjatuhkan titis-titis hujan seterusnya mengakibatkan keadaan bumi di IPG basah tahap gaban. pada masa itu aku terpaksa meredhakan segala yang terjadi iaitu "baju yang kulihat sebentar tadi kering ,sekarang sudah pun basah. maka, lebur gitu sajalah aku membasuh dan mensoflankannya. akhirnya, aku dengan kawan-kawan teruskan perjalanan balik ke hostel walaupun kami tidak berpayung.

buat pertama kalinya kami tidak lagi merungut pasal hujan. ini kerana kami enjoy dengan hujan ni..seronok tak terkata. orang lain yang lalu kawasan itu kebingungan kenapa kami gembira yang tak terkata..

tengok ni baru keluar kamera dorang dah posing semacam.
# ni ar orang kata kawan berpanas dan berhujan. tetttt

thanks for reading this entry...daaaaa



No comments:

Post a Comment