Sunday, June 28, 2015

a day with my cousin

assalamualaikum.

macam biasalah bile cuti sekolah dah mula. semua pakat nak balik kampung. kebetulan masa tu mak abah buat kenduri kat Batu Pahat sempena dorang nak pergi menunaikan ibadah umrah. jadi excited pulak nak balik kan. sebenarnya kalau hari jumaat tu tak de tutorial memang aku dah balik kampung terus. tapi terpaksa batalkan niat nak balik awal sebab mentor nak buat tutorial. last-last mentor meeting tapi tutorial pon cancel. how dare. sabar jelaaaa.

aku ni memang tak pernah ar nak ambil tiket transit dari ipoh-kl-batu pahat. pertama kali ar katakan , aku punya lah baik beli tiket on the spot nak gi KL. sekali semua habis. ad pon bas yang cikai-cikai je. erm nak tak nak aku amek jela. nasib baik aku berdua dengan classmate aku. so adalah peneman kan. sekali bas delay. dari pukul 2.30pm -4.00pm aku tunggu. bas baru sampai. aku tawakal jelaa. asalkan selamat. 

macam mana ek nak naik lrt dari pudu - kl sentral ? serius. ini memang pertama kali bagi aku. kesian dengan cousin aku tunggu kat sana. so alhamdulillah aku pon dapat survived .memang tak percaya kan. moralnya malu bertanya sesat jalan. sepanjang kebingungan aku cari jalan keluar tu aku bertanya dengan orang-orang kat sana. alhamdulillah Allah pertemukan dengan orang yang baik. hiks.

jangan ingat perjalanan aku sampai di kl sentral ye. nak balik BP kena gi TBS dulu. memang kami berkejar masa kot nak gi sana. tapi ada satu berita tak baik. tiket habis =( sedih giler.. 

jadi kami decide untuk balik rumah cousin aku kat Batu Caves. sebenarnya kami dah beli tiket untuk bas esok. awal giler kul 8 am okey. kami dengan yakin gi TBS rupanya kami lewat 15 minit. memang tiada maaf bagimu. bas dah tinggal. takpelah last2 aku gi beli tiket untuk bas seterusnya. alhamdulillah. 





akhirnya, kami pon sampai ke Batu Pahat. walaupun kami dah terlepas dari kenduri dan gathering keluarga. nak buat macam mana kan. so kepada cousin aku thanks untuk perjalanan balik kampung yang mencipta rekod perjalanan yang paling lama. wah, syabas!!!


much love,
roseazniabu

No comments:

Post a Comment