Saturday, August 22, 2015

mereka

assalamualaikum.

Mereka mungkin menggelarkan aku sebagai pelakon.pelakon yang menjadi pengajar tentang kehidupan, bercerita mengenai masa depan yang belum pasti. namun aku juga adalah seorang pemerhati.Pemerhati kedewasaan mereka. Bagaimana masa mendewasakan mereka. Bagaimana mereka perlaha-lahan meninggalkan zaman mereka.

pertama kali aku melihat mereka, banyak perasaan bergabung menjadi satu perasaan yang kasihan. pertama kali melangkah ke bilik itu, aku gembira kerana kecomelan mereka. tapi bila aku melihat satu persatu wajah mereka, aku sedih. baru aku tahu di sinilah, di bilik inilah mereka menjadi pelakon. ya seperti aku pelakon kepada mereka. mereka menunjukkan sikap yang dalamnya mungkin plastik atau sebaliknya.

walaupun aku hanyalah watak sementara bagi mereka, namun aku juga memainkan peranan penting untuk membentuk mereka. baru aku sedar, mereka juga memerlukan aku. tidak semua mendapat perasaan kepuasan terhadap kasih yang disalurkan terhadap mereka.



they need me.
ye.mereka itu murid
dan aku gurunya....

No comments:

Post a Comment