Saturday, October 17, 2015

turn 22

assalamualaikum..

alhamdulillah. umur aku dah meningkat. thanks to emak dan abah sebab sampai ke hari ini beri aku banyak kasih sayang, ilmu agama dan banyak lagi. Apalah sangat dengan angka 22 sedangkan aku masih masih lagi setahun jagung. Aku bersyukur kerana aku masih boleh bernafas di dunia ini. Ya, pada usia seperti ini, banyak cobaan, kegembiraan, kesakitan, kesedihan. Tapi tu semua adalah cabaran dan ujian yang menyebabkan aku terus sabar dan kecapi kejayaan dan kemanisan. Aku petk kata-kata Ustazah Fatimah Syarha malam tadi, "kita ni manusia ibarat penulis novel, cabaran dan halangan yang mendatang tu sebenarnya menyebabkan novel kita menjadi lebih menarik. "

apa yang aku harapkan pada sekian kalinya, aku mahu terus pandang ke hadapan. Kecapi kejayaan, ubah perangai kebudak-budakan aku. dan semestinyalah mencari bakal suami. hehehehe










pranks done.. happy birthday to me... kesat air mata..thanks

2 comments: