Tuesday, January 15, 2013

Doa elak gelisah, hutang, dan sebagainya

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan 
Ya Allah, aku mohon dijauhkan sedih & gelisah
wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali
dan aku mohon jauhkan dari gopoh & malas
wa a'udzubika minal jubni wal bukhli
dan jauhkan dari menjadi penakut & kedekut
wa a'udzubika min ghalabatid dayni
dan jauhkan dari belenggu hutang
wa qahrir rijal

dan paksaan orang lain

English translation: I seek refuge with Allah from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your Refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men

Amin amin ya rabbal alamin

Saturday, January 12, 2013

Lepaksss..Sshhhh..

Assalamualaikum.

Hari ini aku bukan nak story-mory taw. Saja-saja nak letak gambar kawan baik aku..Nama dia Norshazila binti Mohd Salman. hok aloh..Selama aku berkawan dengan dia Alhamdulillah dia baik dengan aku. Sayang sangat dengan si Mek ni. Dia orang Kelantan. Semester 1 PPISMP aku dengan dia tak rapat lagi. Nowsadays, hahaha tau tak weolls dah macam belangkas.. Berkepit saja.

Masa tu weolls pergi kafe,adalah sorang mak cik ni tegur yang weolls ni kembar.( kembar ke??)
tak ada ar kembar. Maybe ketinggian yang berapa nak tinggi tu serupa. So bila tengok dari belakang memang serupa walaupun tak sama. hihikhik..

Alhamdulillah,Sesungguhnya kuasa Allah sangat besar. Allahhu Akbar. Wat masa ni kami saling memerlukan tika ada masalah. Dia seorang kawan yang baik,pendengar masalah yang setia. Perkara yang aku suka ni dia seorang suka merendahkan diri.




Story pasal si Mek ni tapi acane ni gambar tuan punya blog ni boleh ada sekali..??Pening-pening..




p/s : pilihlah sahabat yang menolong kita masa susah.

nak dengar pantun tak???


sembelih lembu setiap tahun,
sedekah diberi seikhlas hati,
tanganku hulur memohon ampun,
semoga persahabatan kekal abadi.

macam kenalkan pantun ni??? hakhakhak
 
Ingat : Dalam dunia ni memang senang nak cari kawan tapi susah nak cari sahabat. XOXO

SUDAH CUKUP SUDAH

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni..maklumlah sejak berdegree ni (amboi macam buzy berbeno.Auta sangat-sangat. Baca boleh ,percaya jangan..hikhik). Memang blog ni dah aku buat pekasam kalau boleh. Berbalik pada cite yang aku nak kemah-keming ni adalah tentang kisah aku dengan ....(dah macam rahsia penting lak tetibe).Tak tahu nak mulakan macam mana (urm,Auta lagi aku ni) oklah..Serius semua!!!!
 
Alkisah, kisah ni bermula apabila after pmr ar. bese ar bebudak apa tau..monkey lovey-doveylah katakan. Kiteorang memang kamcing sebenarnya.Nak jadikan cerita , one day tu kite orang ada insiden yang tak dapat diselamatkan. Malas nak cite panjang lebar, kiteirang amat mementingkan pelajaran berbanding lovey-dovey ni. So,hubungan ni terhenti di situ,,CEHHWAHH.
Truthly,memang aku rasa brsalah yang teramat ni.Tapi apakan daya kalau aku cakap dengan dia 5 tahu dulu memang dia akan kata aku ni sakit.Apa-apa je ar. Pada fikiran aku ,dia ubah diri dia 100% maybe lah sebab aku. Walaupun aku perasan teramat ni. Serius ni. Lama gilekan aku perap cite aku ni. So till today aq rasa aku dapat kumpulkan kekuatan aku untuk terus terang dengan dia.
Masa ini aku rasa apa dia nak fikir,lantak dialah janji aku dah cakap. Korang nak tw apa dia cakap after aku cakap dengan dia??

" nida,, yang lepas tu sudah la..aq memang dah lama maafkan ko,
x ada sapa-sapa pon yang salah dalam hal ni, cerita kita dulu sampai situ je,
memang dah lumrah, x ada yang kekal selamanya,, 
lagipun, perubahan aku semuanya sebab aku sendiri, bukan salah ko, 
move forward ok? jangan fikir lagi. "

So sekarang ni, aku dengan urusan aku untuk menjadi seorang pendidik dan dia dengan urusan dia yang sedang buat engineering kat UMT.. Kata orang jodoh itu rahsia Allah. Aku hanya mampu doa yang terbaik saje.Aku masih seorang manusia ok..hehehehe

Apa yang korang rasa after baca aku punya statement?? apa-apa je ar .Who's care? hakhak..


p/s : cerita lama tak payah nak ungkit balik,nanti rosak badan ko,,katekoo!! XOXO

Tuesday, September 25, 2012

DEAR FRIEND....

entry kali ni bukan aku nak cakap pasal isu semasa tapi untuk meluahkan perasaan tentang apa yang ku tanggung sejak dari sem 1 hingga sekarang,,mungkin boleh dikatakan entry pada kali aku rasa nak share satu story tentang apa itu PERSAHABATAN?

Persahabatan??? apa tu?? pernah ke korang semua rasa macam mana first day korang start jumpa dengan 
kawan baru..then kawan baru korang tu seolah-olah memiliki chemistry ,pas tu nak jadikan cerita sejak pada masa itu korg terus dengan kawan baru korang.

Semua benda kalau boleh nak share sama2..EVERYTHING ar..classmath jugak x kurang hebatnya gelarkan korang ni dah macam kembar..fesyen tudung ,cara pemakaian, n maybe watak pon kalo boleh mesti nak sama. BUT!!!!!!
LANGIT TAK SELALUNYA CERAH, PANAS TAK SEMESTINYA SAMPAI KE PETANG,KADANG-KADANG HUJAN DI TENGAH HARI..
apa yang aku nak story kat cni serius aku syg kawan aku ni kerana ALLAH.berharap agar PERSAHABATAN ini akan berkekalan sampaoi bila.

Tanpa aku sedari dia makin jauh dari aku,terasa hati tapi nak mengadu kat sapa sebab pada masa aku masih semester 1 belum sempat nak kenal hati budi rakan2 sekelas. Tapi nak dipendekkan cerita aq masih boleh bersabar dengan apa yang terjadi.Memang betul aku tak nafikan ini adalah salah satu ujian yang patot aq terima sebagai seorang hamba.

Tapi sayang aq cuba untuk memahami,,ikut je retak,,kadang-kadang terasa dipergunakan. Masa senang lupa namun tiba masa susah baru nak datang kita.

Serius, aq masih boleh bersabar. Dia tidak tahu apa perasan yang aku tanggung pada masa aku ditinggalkan,,terasa terasing . Yang aku pelik sekarang punca hubungan persahabatan kami rapuh sedikit demi sedikit disebabkan oleh orang ketiga..dan kadang-kadang tu sebab perkara yang kecil pon boleh bergaduh,,

Kawan ----> tak terlintas di hati aq nk cerita yang buruk pasal ko.
dah lama aq bersabar...aq doakan semoga ko berlembut hati nak jadi kawan aq.
buanglah ego tu ckit..
Semoga Allah menunjukkan KEBENARAN yang sebenar..
-INSYAALLAH- ^_^


Saturday, July 21, 2012

#Sharing is Caring~

assalamualaikum,,=)

Sekadar pengisian untuk kepada spe2 yang terbaca or x sengaja singgah ke blog saya ni :-----
sebelum itu sy tinggalkan persoalan berapa ramai yang arif tentang maksud baca solat??? n bpe ramai menghayati pembacaan dalam solat???EHEM2,,,hee =)

"Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu 
tetapi hati antara tidak dan mahu 
pantaslah Allah perlakukan kita begitu."

** Sedihkan kalau kita lakukan sesuatu tapi kesudahannya ia adalah sia-sia? Jadi, luangkan sedikit masa untuk membaca maksud bacaan dalam solat ini supaya takbir kita, rukuk kita, sujud kita tidak hanya 'bagai kambing menanduk bukit' <3



Doa Iftitah
  
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal

Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir

Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

#KREDIT UNTUK FARAH LEE-http://farahinlee.blogspot.com/2010/10/maksud-bacaan-solat.html

Tuesday, July 10, 2012

1 murid 1 sukan (jom senamrobik)


assalamualaikum...=)

owh kringggggggg!!!!!!!!!!!!!..damn it awal ny kne bangun..pagi2 dh kne kejut dengan suara abg YDP via speaker TENSION!!sumenye gara-gara Program 1 Murid 1 Sukan..Bilik air Kolej kediaman jgn cakap ar mmg full..alamat tgu giliran je ar,,Ap2 pon Majulah Sukan Untuk Negara..Chaiyok2---- =)


berposing sakan,,,nak wat cne??
camera roll!!!!!
Ngeekkkss@!!~'''..,.

with my lovely rumate....Nur ameera nabila~

owh Mek,,hakk alooh!!!
PEACE!!!
my best friend....norshazila

Tuesday, June 5, 2012

Manje's Wedding



assalamualaikum ..

Betul ke ni???!!!? itu adalah first word yang aq ingat masa kawan aq tepon..haha.Memang terkejut beruk ar.. mana x nyer umur sebaya kot dah kawin.,Congrate Manje!!! dah sampai seru.Aq cuba tanya dy spe gerangan orang yang bertuah tu,,dy kata nida mesti kenal..nak jadikan cerita aq cbe ar stalk fb dy,,heheh(jahatnya aq) rupa-rupanya cikgu lama aq..memang double-triple aq terkejut..(mata di atas tangan di bahu..ahakkkk)..cikgu shahril wow,,unexpected..mengimbau masa sekolah dulu ..(ecehceh..berangan lak budak ni..laallaalala~) cikgu ni mmg comel pon,,ala muka mcm hafiz hamidun ar ktekan,,yang Manje aka Siti Nur Hidayah ni mmg full package ar..ramai kot org admire kat dy...Aq puji dy ar sbb masa kat sek dulu dy x ad ar layan senior or sama batch yang gatal2 mintak no tepon..So nak jadikan cter masa hari pernikahan dy ni boleh dikatakan kteorg wat reunion ar..ramai yang dtg..mmg best ar,.,ni antara pic sepanjang pernikahan manje..SNAP#







manje n suami

sweeettnye,,mcm gula2,,=)

debaran sebelum menjadi isteri

masa akad nikah...

sempat kite orang berposing  sementara tunggu ketibaan pengantin laki

sesi membaca taklik..

sesi bergambar dengan pengantin..
wow, manje dh mcm puteri ar..ihikhik~

ambik berkat pengantin pengantin,,Saya ble agy????

tiqa n fatin,,cbok je,,,(gurau2)

4 dara pingitan ble turn anda???!!

snap#..

the power of girl,,uweek..heheeh

             my word :

                      semoga menjadi seorang isteri yang solehah..
          selamat pengantin baru..
         happy2 slalu..