Saturday, January 11, 2014

Simpan

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

Biasalah budak-budak dekat IPG a.k.a maktab perguruan ni kalau dah awal-awal semester. duit pon kadang-kadang macam biskut chipmore. tulah yang kata orang kalau pertengahan semester ada je selera nak makan Seoul Garden, KFC dan lain-lain. Realitinya, kalau dah ada duit kebanyakan orang main joli je duit yang ada dan tak memikirkan keadaan di lain hari. Bagi aku kalau dah awal semester memanglah pokai tapi masa aku tengah bersenang lenang aku dah tetapkan plan B untuk waktu kesusahan ni.

simpan duit dekat bank ar kan. bila dapat elaun ni aku dah mula menyimpan. so, korang plihan di tangan anda. tak susah pon menyimpan. mulakan dengan sedikit nanti dah lama-lama jadilah bukit. boleh beli kereta, motor, rumah, last-last boleh terbang pergi Belanda.  wakaka

sekadar gambar hiasan
thanks for reading this entry.

Friday, January 3, 2014

2014 dah..

assalamualaikum wbt

hye peeps !

Tahun 2013 dah melabuhkan tirainya. banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan aku sepanjang tahun ni. teringin sangat nak wat ala-ala flashback gitew. tapi aku bukan ar fatin liyana, hanis zalikha atau yuyu zulaikha yang bila aku keluarkan gambar flashback dulu-dulu ada orang nak baca. apa ada hal kan. aku kan tuan empunya blog ni,haha..

nak aku buat wishlist untuk tahun ni pada aku amat berat untuk aku laksanakan. tapi yang paling penting adalah "BE YOURSELF". selalu jujur pada diri sendiri. orang nak kata aku ni apa kita wat donno je.. asalkan di mata Allah kita tidak melebihi batas.

sepanjang 1.1.2014 ini juga pelbagai pengalaman yang aku alami.

-------> balik ipg- naik bas sampai ke Amanjaya sorang-sorang- turun bas then amek inisiatif nak jimat punya pasal amek bas transit gi Medan Kit- ingat nak nek bas terus sampai ke Tanjung Rambutan tapi kat sana ramai awang-awang hitam -call teksi- semuanya sorang-sorang- then malam-malam dok lepak-lepak tetibe ada kes plak kat bawah blok- konon jadi ala-ala JAIP..

so korang semua, Selamat Tahun Baru !!

segala aktiviti aku sepanjang tahun 2013 ..yeah!!

 di Teluk Senangin bersama bakal-bakal doktor. in Shaa Allah. =)

hari raya aidil adha dah macam hari raya aidil fitri pulak. semua nak pakai baju lawa-lawa di samping ziarah menziarahi ecehceh.


pbs kat depan rumah je. sk taman molek,cikgu-cikgu kat sana semuanya baik..

apa yang penting kerjasama. thanks alice jue and thurga sebab sudi menerima insan yang lemah ini jadi ahli kumpulan untuk amali pj.

release tension kejap before exam final kat LOst World..
even meeting ni nampak macam laz minit tapi memang seronok.
p/s : 2013 memang dabooom ar..

thanks for reading this entry!

Saturday, November 30, 2013

budak zaman sekarang @#$%%

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

korang semua dah sedia maklum, budak zaman sekarang tak sama macam dulu. sebab apa ye? ok teknologi canggih, ada iphone,ipad dan banyak lagi ar. tak ketinggalan facebook,wechat,whatsap macam-macam. sedarkah kita ,yes aku memang mengaku, aku pon remaja, kadang-kadang dengan alat perhubungan inilah kita bersosial. bermula dengan "chat hai cantik,hai hensem"sehinggalah bertemu jodoh,macam pelik je kan,,tapi korang semua jangan nak pelik sangat,sebab budak zaman sekarang dah berani buat apa sahaja.

kadang-kadang macam nak salahkan ibu bapa dorang. tapi kalau seseorang tu nak berubah mesti bermula dengan diri sendiri. aku dilahirkan di kawasan yang kata orang dah blacklist sarang penagih dadah , kawasan pembunuh, kalau polis datang wat siasatan semua aku nampak depan mata. bukan aku nak mengata tentang tempat tinggal lama dahulu..tapi hikmah disebalik pengalaman itu menjadikan ia sebagai titik permulaan semangat supaya aku dapat membentengkan diri aku daripada kehidupan yang dulu. In Shaa Allah.

berbalik kepada topik tadi, budak zaman sekarang sudah mula tayang perkara-perkara yang tidak sepatutnya di laman sosial. macam yang kes baru-baru ni budak baru couple seminggu.



ni adalah contoh.sebenarnya banyak lagi.. so ,kepada abang2 dan kakak2 yang masih mempunyai adik-adik yang baru belasan tahun ,sekolah lagi..sila prihatin dengan tindak tanduk adik-adik anda, selamatkanlah mereka. 

p/s : "saya dah kawin tapi belum nikah lagi" guys take note!!

thanks for reading this entry.

Friday, November 29, 2013

ayat commoner kalau orang tua-tua berbual

assalamualaikum wbt.

hye peeps!

kalo dulu bila orang tua-tua tengah berbual bebudak memang tak boleh menyampuk..kalo wat jugak memang dibedalnya. tu mungkin dulu, pada pendapat aku ar kan, tabik springg katil vono aku bagi kat budak-budak zaman dulu. hormat betul dorang kat orang yang lebih tua. tu ar orang kata kadang-kadang mendengar lebih baik dari berkata-kata. bukan aku kata orang yang berkata tu tak baik tapi kalo dah orang berkata tu tak berhenti berkata macam mana orang yang mendengar tu nak berkata.nampak tak permainan dy..hehe

ok peeps,lets stop.tu cuma mukadimah je. sebenarnya aku cuma nak bagi pendapat tentang ayat atau topik perbualan yang selalu orang tua-tua bualkan.. well ini terbukti kerana aku ni kadang-kadang suka perhati orang bebual lagi-lagi abah aku.. sebenarnya abah aku tu peramah orangnya. so pendapat aku ni berdasarkan kajian yang telah aku lakukan, macam bagus je kan.korang ada???

1. penyakit
contoh :
- "biasa ar kita ni dah berumur, penyakit nak je dekat-dekat. lagi2 penyakit 3 serangkai. tapi nasib baik saya belum lagi dapat penyakit 3 serangkai yang ke-3 tu ..ohok ohok(terbatuk-batuk)"

2. kejayaan anak-anak
3. aktiviti lepas pencen
4. haji
5. isu semasa

sebenarnya banyak lagi. so korang semua boleh kongsikan pengalaman anda..at least boleh le mencuba untuk tackle hati bakal mak atau bapak mentua.haha peace yaw!

#thanks for reading this entry.

Tuesday, October 29, 2013

jom follow i punya instagram

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

orang kata biar lambat asal selamat. heee aku saja nak kabor yang aku pon dah ada akaun instagram,,maaf ye kepoyosan aku terserlah sikit.. sebenarnya aku suka post sesuatu gambar lagi-lagi bila aku ada mood nak bergambar,,ceh meluatkan korang dengar word "ada mood" ahaks. kalau kat FB aku segan sikit nak post gambar. ye ar kan segala anak beranak ada kat FB maluu ar ceq..nak-nak aku letak gambar benda-benda yang simple,,memang konfem kena komen teruk. biasalah zaman sekarang orang lebih suka cakap dulu baru pikir.

that why i prefer instagram..npe??? dia ada privasi.. orang tak boleh nak tiru dan tempel gambar aku.. konon nida perasan popular,,astagfirullah. ok korang semua sape2 yang ada instagram tu jangan lupa follow mak jemah sorang ni ye.





thanks for reading this entry..

kita pon ada dinner taw.

assalamualaikum wbt

hello peeps !

rindu giler nak blogging,, tapi akhirnya setelah mengharungi liku-liku kehidupan yang macam bersahaja ni dapatlah aku jenguk blog yang dah bersarang macam apa. hikhik. baru- baru ni aku baru attend dinner unit L..konon-konon ar ye, haha..actually dinner ni untuk welcoming kteorang yang baru nak masuk degree,, okayy. even sekarang ni dah masuk semester 2 degree. fuhh.. kalo nak cakap pasal kepuasan ,pada aku so-so ar.

walaupun banyak ar jugak dugaan sebelum diadakan dinner ni,. rasanya kat betch kiteorang je ar buat dinner awal-awal.. sampai dorang yang tak terlibat ni pon pelik. haaaa macam pelik je ,macam pelik je, konon nak wat stail trend sekarang "macam cantik je". meluat mak tengok..


promote dulu !


tapi yang syok kteorang datang sebab nak tengok persembahan tarian classmates kiteorang,, memang time ni aku demam so makanan yang sedap pon aku pandang lalu je,, demam nak datang kita kena redha je. sakit tu kan penghapus dosa. so makanan yang aku amik hampir disalahtafsir oleh bebudak yang ada kat situ,, dorang assume aku diet. padahal tekak aku rasa perit yang teramat then kalo makan memang sah ler tak rasa pape pon. maka ,kawan-kawan kite harus menjaga kesihatan ye lagi-lagi kalo kita rasa nak hadir satu event yang ada makanan yang sedap-sedap ni.

aktiviti yang diadakan masa dinner ni pon biasa-biasa ja. cuma persembahan dari wakil-wakil kelas. 
so, aku harap dinner macam ni boleh dilakukan dengan lebih baik pada masa akan datang.. harap-harap ye. ni ada ler gambar yang aku kepilkan untuk tatapan korang semua.. tu pon kalo sudi.
berposing dulu kat banner ni,ahaks

ju kat belakang aku,aku ni dok promote nama kelas aku 
ada orang kata pipi aku meriah betul,,
bersama rumate kesayangan,haha


ok semua ni priya. arachi !!

jangan tertipu dengan pakaian mereka.. yang sebelah tu alice dy sarawakean yang comel kat tengah2 tu odoe dy sabahan

okay ,,kita selca dengan pipi yang bam bam. meriah betul pipi mak jemah sorang ni.

ni besties aku sepanjang study kat sini... mek ziela.

inilah kami geng kawan-kawan (hanya di L6)


thanks for reading this entry !



Wednesday, October 9, 2013

pengaruh vs dipengaruhi

assalamualaikum wbt.

hye peeps.

hari ini aku tertanya-tanya. agak-agak korang kan, selama ni keputusan yang korang buat tu ada kaitan dengan prinsip korang atau pon memang korang telah dipengaruhi dengan keadaan sekeliling?? kalau pada aku ,truthfully, kadang-kadang tu aku rasa macam hati tak tetap,cepat betullah aku nak terasa dan terfikir-fikir untuk menjaga hati orang, haa so kalau macam ni gayanya memang ada satu masa tu emosi bertukar kepada negatif seperti murung,tak banyak cakap, moody memanjang semata-mata aku memikirkan apa yang dorang akan cakap pasal aku jika aku membuat sesuatu keputusan. nampak macam aku yang tak tetap prinsip.

perkara yang paling aku rasakan amat teruk adalah bila kita dah deal dengan sesuatu perkara yang akan kita lakukan terhenti seketika apabila kepala kita ni asyik fikir tentang apa yang orang sekeliling akan kata. maka, keputusan yang akan kita lakukan akan menyusahkan dan akan menyebabkan kita menyesal...

# so apa pendapat korang? please i really need your help..macam mana nak buat hati kita ni tetap an kebal ?

ada macam orang yang tengah pengaruhi orang tak? krik2


thaks for reading this entry!