sorry yang teramat sangat sebab dah lama tak update new entry. blog pon rasanya macam dah berhabuk dan bercabuk.. apa-apa jelah. serius awal tahun ni aku memang sibuk. now baru ada masa nak ngedate dengan blog yang dah lama aku gantung tak bertali.
sebenarnya ketika aku sibuk tu , aku terlibat dalam program fasilitator. Program ini bertujuan untuk mengelola beberapa aktiviti bersama dengan pihak sekolah. dengar macam best kan . aku pon baru pertama kali terlibat dengan program sebegini. nak cakap perasaan untuk jadi fasi murid-murid ni memang nak gila, bayangkan ko tu tak pernah nak bercakap seperti seorang cikgu. then ko kena pegang tanggungjawab untuk jaga murid-murid yang pelbagai kerenah yang kadang-kadang tu boleh buat korang panas. tapi semua tu hanyalah cabaran untuk kami semua bersedia sebelum kami berhadapan dengan cabaran seorang guru di mata masyarakat.
inilah muka murid-murid yang aku maksudkan.. mereka baru sekolah rendah.. dah namanya pon budak-budak. hahaha
ouh lupa pulak nak mention pasal nama sekolah. dorang ni sekolah SK Seri Ampang, Perak.. dorang ni mula-mula pemalu betul..last2 bila aku dah keluarkan suara ketegasan barulah dorang ni dengar cakap aku. fuhhh.. moh le mika tengok gambar-gambar di bawah ni.
aktiviti awal pagi.senamrobik..
aku dengan akak ealisah.. sempat berposing even tempat dia ni sangat curam..
ini group cikgu Theva..dalam hutan tebal..
aktiviti ikhtiar hidup.kecian betul dengan budak-budak ni.. enat jalan jauh last2 makan maggi je,,,
macam sedap je air tu..opps jangan salah sangka dalam cawan poliserin tu ada maggi taw. ikhtiar hiduplah katakan,,
selesai aktiviti jungle trekking n ikhtiar hidup,, aktiviti team building pulak main peranan. nasib masa kelola aktiviti ni aku ada partner, Shazila. kami punya stesen ini stesen kereta kebal.. kalo nak macam mana kereta kebal tu berjalan jom scroll ke bawah.
sementara murid-murid belum datang ke stesen kami..
ooopps ni macam adegan drama petang TV3 lak..
serve u right uolls.. but they so sempoii bak hang.
ni zulika and zulaikha.. thumbs up!!
korang tgk muka dia da iras-iras sapa?? cube kome teka??haha
last but not least, aku pon dapat cenderahati dari pihak sekolah.
p/s : kalo korang nak tahu sekolah ni memang terbaik,lagi-lagi bab makanan,hahah kenyang kami fasi-fasi di sini..
tak tahulah apa akan jadi dengan parents zaman sekarang. kesian pulak dekat guru-guru yang tak pasal-pasal kena saman dek kejahilan parents yang suka dengar cakap anak. niat murni guru yang nak mencurah ilmu hanya tinggal niat. aku boleh kata zaman sekarang anak tu dah macam "TUAN" ibu bapa pulak sebaliknya.
kalau dulu masa nak amek report card abah aku siap cakap dengan cikgu lagi "cikgu didiklah anak -saya sampai pandai asalkan dia tak cacat atau mati". sekarang, faham- faham sajelah, cikgu baru denda sikit murid dah start touching then report kat parents dorang..konklusinya, kalo tak nak anak tu kena denda parents kenalah pantau keadaan anak-anak mereka tu dahulu.
korang rasa patut ke parents amek tindakan sedemikian ??
mesti korang tertanya-tanya tentang " Miracle Cell No. 7". sebenarnya itu adalah satu tajuk filem korea. masa pertama kali aku tengok tajuk dia aku rasa macam tak berminat betul taw. tapi bila aku tengok cerita sambil menghayati..Fuhhh aku boleh bagi 5 bintang. sebenarnya aku bukan peminat tegar Kpop tapi bak kata orang takkan selamanya nak tengok cerita Kak Limah je kan.
ok. sekarang aku bagi review cerita itu. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak yang hendak membela kematian ayahnya di muka pengadilan. tapi tu masa anak tu dah besar. masa dulu-dulu tu ayah dia ini lembam sikit. then, ada insiden yang belaku yang menyebabkan ayah dia masuk penjara. masa di penjara tu banyak adegan-adegan yang menarik serta kelakar. aku boleh gerenti korang mesti ketawa. cerita berlatar banyak konsep flashback. so, aku harap korang tak keliru ok?? ni aku ada kepilkan gambar yang aku ambil dari internet...hehehe
ni cover depan movie tu.
part ni memang sweet.
ni geng ayah budak tu.
yang korang nampak Park Shin Hye tu dia besarnya budak tu.
di samping korang ketawa, korang juga perlu sediakan tuala atau tisu, korang akan menangis. serius !! kepada hati yang kering tu aku sarankan korang tengok citer ni..
p/s : pastikan anda tidak tengok ramai-ramai. mana tau ada yang nak nangis ke..wakakaka
Biasalah budak-budak dekat IPG a.k.a maktab perguruan ni kalau dah awal-awal semester. duit pon kadang-kadang macam biskut chipmore. tulah yang kata orang kalau pertengahan semester ada je selera nak makan Seoul Garden, KFC dan lain-lain. Realitinya, kalau dah ada duit kebanyakan orang main joli je duit yang ada dan tak memikirkan keadaan di lain hari. Bagi aku kalau dah awal semester memanglah pokai tapi masa aku tengah bersenang lenang aku dah tetapkan plan B untuk waktu kesusahan ni.
simpan duit dekat bank ar kan. bila dapat elaun ni aku dah mula menyimpan. so, korang plihan di tangan anda. tak susah pon menyimpan. mulakan dengan sedikit nanti dah lama-lama jadilah bukit. boleh beli kereta, motor, rumah, last-last boleh terbang pergi Belanda. wakaka
Tahun 2013 dah melabuhkan tirainya. banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan aku sepanjang tahun ni. teringin sangat nak wat ala-ala flashback gitew. tapi aku bukan ar fatin liyana, hanis zalikha atau yuyu zulaikha yang bila aku keluarkan gambar flashback dulu-dulu ada orang nak baca. apa ada hal kan. aku kan tuan empunya blog ni,haha..
nak aku buat wishlist untuk tahun ni pada aku amat berat untuk aku laksanakan. tapi yang paling penting adalah "BE YOURSELF". selalu jujur pada diri sendiri. orang nak kata aku ni apa kita wat donno je.. asalkan di mata Allah kita tidak melebihi batas.
sepanjang 1.1.2014 ini juga pelbagai pengalaman yang aku alami.
-------> balik ipg- naik bas sampai ke Amanjaya sorang-sorang- turun bas then amek inisiatif nak jimat punya pasal amek bas transit gi Medan Kit- ingat nak nek bas terus sampai ke Tanjung Rambutan tapi kat sana ramai awang-awang hitam -call teksi- semuanya sorang-sorang- then malam-malam dok lepak-lepak tetibe ada kes plak kat bawah blok- konon jadi ala-ala JAIP..
so korang semua, Selamat Tahun Baru !!
segala aktiviti aku sepanjang tahun 2013 ..yeah!!
di Teluk Senangin bersama bakal-bakal doktor. in Shaa Allah. =)
hari raya aidil adha dah macam hari raya aidil fitri pulak. semua nak pakai baju lawa-lawa di samping ziarah menziarahi ecehceh.
pbs kat depan rumah je. sk taman molek,cikgu-cikgu kat sana semuanya baik..
apa yang penting kerjasama. thanks alice jue and thurga sebab sudi menerima insan yang lemah ini jadi ahli kumpulan untuk amali pj.
release tension kejap before exam final kat LOst World..
even meeting ni nampak macam laz minit tapi memang seronok.
korang semua dah sedia maklum, budak zaman sekarang tak sama macam dulu. sebab apa ye? ok teknologi canggih, ada iphone,ipad dan banyak lagi ar. tak ketinggalan facebook,wechat,whatsap macam-macam. sedarkah kita ,yes aku memang mengaku, aku pon remaja, kadang-kadang dengan alat perhubungan inilah kita bersosial. bermula dengan "chat hai cantik,hai hensem"sehinggalah bertemu jodoh,macam pelik je kan,,tapi korang semua jangan nak pelik sangat,sebab budak zaman sekarang dah berani buat apa sahaja.
kadang-kadang macam nak salahkan ibu bapa dorang. tapi kalau seseorang tu nak berubah mesti bermula dengan diri sendiri. aku dilahirkan di kawasan yang kata orang dah blacklist sarang penagih dadah , kawasan pembunuh, kalau polis datang wat siasatan semua aku nampak depan mata. bukan aku nak mengata tentang tempat tinggal lama dahulu..tapi hikmah disebalik pengalaman itu menjadikan ia sebagai titik permulaan semangat supaya aku dapat membentengkan diri aku daripada kehidupan yang dulu. In Shaa Allah.
berbalik kepada topik tadi, budak zaman sekarang sudah mula tayang perkara-perkara yang tidak sepatutnya di laman sosial. macam yang kes baru-baru ni budak baru couple seminggu.
ni adalah contoh.sebenarnya banyak lagi.. so ,kepada abang2 dan kakak2 yang masih mempunyai adik-adik yang baru belasan tahun ,sekolah lagi..sila prihatin dengan tindak tanduk adik-adik anda, selamatkanlah mereka.
p/s : "saya dah kawin tapi belum nikah lagi" guys take note!!
kalo dulu bila orang tua-tua tengah berbual bebudak memang tak boleh menyampuk..kalo wat jugak memang dibedalnya. tu mungkin dulu, pada pendapat aku ar kan, tabik springg katil vono aku bagi kat budak-budak zaman dulu. hormat betul dorang kat orang yang lebih tua. tu ar orang kata kadang-kadang mendengar lebih baik dari berkata-kata. bukan aku kata orang yang berkata tu tak baik tapi kalo dah orang berkata tu tak berhenti berkata macam mana orang yang mendengar tu nak berkata.nampak tak permainan dy..hehe
ok peeps,lets stop.tu cuma mukadimah je. sebenarnya aku cuma nak bagi pendapat tentang ayat atau topik perbualan yang selalu orang tua-tua bualkan.. well ini terbukti kerana aku ni kadang-kadang suka perhati orang bebual lagi-lagi abah aku.. sebenarnya abah aku tu peramah orangnya. so pendapat aku ni berdasarkan kajian yang telah aku lakukan, macam bagus je kan.korang ada???
1. penyakit
contoh :
- "biasa ar kita ni dah berumur, penyakit nak je dekat-dekat. lagi2 penyakit 3 serangkai. tapi nasib baik saya belum lagi dapat penyakit 3 serangkai yang ke-3 tu ..ohok ohok(terbatuk-batuk)"
2. kejayaan anak-anak
3. aktiviti lepas pencen
4. haji
5. isu semasa
sebenarnya banyak lagi. so korang semua boleh kongsikan pengalaman anda..at least boleh le mencuba untuk tackle hati bakal mak atau bapak mentua.haha peace yaw!