Saturday, February 2, 2013

Dhuha itu murah

assalamualaikum wbt ^__^

Rata-rata orang anggap waktu dhuha sebagai waktu untuk menarik selimut menyambung tidur dan meletakkan hasrat untuk menyambung mimpi.( lagi2 kalau mimpi yang best), Apa yang aku nak sampaikan ni kadang-kadang perkara yang dianggap kecil tu sebenarnya memberikan impak yang besar kepada kita. Korang nak rezeki lebih tak?? mestilah nak kan. Daripada korang terus menanak perasaan cemburu tak tentu hala terhadap orang yang berjaya atau orang yang mendapat rezeki yang lebih apa kata dari sekarang ni cuba audit diri dan seterusnya  korang amalkan solat sunat dhuha. Bukan lama pon. sekejap je tak sampai 10 minit. In Shaa Allah rezeki milik kita jika kita berusaha dan ikhlas.

Durasi Dhuha : 8.00 pagi -11.00 pagi.( nampak macam gempak kan? limited edition)

Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)


Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
"Berilah daku Wahai Yang Maha Pemberi ilmu dan hikmah dan kurniakanlah daku wahai Yang Maha Kurnia , jadi mudahkanlah daku."

atau

al-Wahab (40 kali) 
  Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 Untuk doa dhuha kalau korang tak boleh ingat cuba korang dengar lagu UNIC-doa dhuha.




P/S : Rebutlah peluang sebelum terlambat ^___^

Thank you for reading this entry ! 

No comments:

Post a Comment