Thursday, August 16, 2018

#nidatoadjie part 2

Preparation...road to halal

Tak terfikir pon nak buat part 2. Tapi tak salah pon. Hehe. Macam post yang aku beritahu adjie ada buat beberapa kerja untuk mencukupkan duit untuk kahwin. Dia buat grab and jadi photographer. Dia pon saving jugak. Nak harapkan aku n dah la baru nak keje. Ujian aku teruk sikit Allah nak duga. Masa aku mula keje terpaksa aku pinjam duit mak untuk sambung hidup kat Melaka. Kalau korang baca post aku yang lepas korang akan taw kenapa aku kat Melaka. Gaji aku kena tahan dalam 5 bulan. Bayangkan posting bulan 10 tapi duit gaji dapat masa Tahun Baru Cina nak kahwin bulan 4 ni. Tapi memang tak sangka la gaji keluar bulan 2 bole merasa beli barang hantaran. Rezeki pulak masa CNY tu mang buat sale kawkaw. Semuanya masih dalam bajet. Kalau ikutkan untuk kahwin ni semua mak nak support sikit. Tapi rasanya mak support la jugak tapi duit salam cangkuk yang aku dapat tuaku bagi terus kat mak aku. Cover balik duit dia. So totally kira macam keluar guna duit kami la. Thanks mak.

Masa kahwin sebelah aku agak rushing sikit. Yelah aku ni kat Melaka, rumah parent kat JB. Memang byk benda diseliakan oleh mak n abah. Aku cuma past duit je. Untuk pengetahuan semua, wedding aku ni aku wat sederhana je. Dalam bajet aku lebihkan untuk jamuan makanan kat tetamu. Aku banyak cut off dari segi pelamin, make up. Pelamin aku amek yang biasa2 je. Sbb target aku,aku nak ada duit kat tangan selepas kahwin. Jadi korang ini la orang kata bajet2 kahwin cara aku. 

Cara kita berbeza tapi hasil kita sama

No comments:

Post a Comment