Wednesday, August 1, 2018

#nidatoadjie part 1

Assalamualaikum..

Berhabuk dah blog ni. Lebih kurang setahun lebih aku tak update. Sekarang pon dah ada baby girl lagi. Hari ni aku akan announce yang aku dah melangsungkan perkahwinan dengan seseorang yang aku tak pernah terfikir.😀


Suamiku... Mohd Razi bin Yahsin 



Jodohkan. Dia satu tempat dengan tempat aku study. Senior aku. Tapi aku tak perasan pon. Kenal pon masa aku semester akhirpengajian. Sekejapje perkenalan aku dan dia beberapa bulan lepas tu merisik, tunang hinggalah kami membuat keputusan untuk kahwin. Perancangan Allah tu indah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Waktu tu aku baru je posting jadi kewangan pon belum stabil. Nak dijadikan cerita sebenarnys perkahwinan ni atas usaha dia plus rezeki Allah. Dia rajin, bertanggungjawab untuk mencukupkan duit untuk kami. 

Macam-macam dia buat. Tp biarlah tu jadi rahsia kami. Jangan risau tu semua duit halal. Aku bersyukur sangat dipertemukan dan dijodohkan dengan dia. Satu dalam sejuta. Masa mula kenal aku tak rasa apa2 perasaan. Perasaan itu hadir selepas kami ikat tali pertunangan.. Untuk syurgaku terima kasih sebab dah sedaya upaya menghalalkan ikatan kita. 

Sebelum aku kenal dia memang aku ada buat sola istikharah. Tipulah aku tak mengharapkan mimpi seseorang. Tapi Allah itu maha Kaya. Dia bagi jawapan tu melalui gerak hati dan aku pasti dengan adjie yang dia adalah jodohku bila aku rasa tenang dan perhubungan kami smooth dan mudah. Tipulah tak ada gaduh2.. Kun faya kun. Jika dia jodohku maka mmg Allah tetap jadikan dia jodohku. 

Memang kita buat pilihan dalam kehidupan kita. Kesilapan buat pilihan tu mungkin menjadi asbab untuk kita belajar menghargai apa yang ada depan mata dan bersedia menjadi yang lebih baik buat pasangan.


Semoga setiap hari adalah hari kita🥰🥰🥰

No comments:

Post a Comment