Monday, May 27, 2013

cerita BR1M

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

hari ini aku bukannya nak berpolitik. so, sila jangan wat 'blackout lak kat aku punye blog ni,ahha..ni cite kenyataan bukan cobaan !! sempena aku tengah menghabiskan cuti sem aku selama 3 minggu ni,,walaupun dia nampak macam pendek je tapi aku telah merapi plan untuk bercuti tanpa perlu memikirkan apa nak jadi ngan bilik kat IPG aku tu,,ahaks propa je tu!. sebenarnya aku memang dah plan nak habiskan baucer buku aku tu yang berbaki rm100. nasib baik Abg Amir ada call aku cakap pasal ada Ekspo Buku kat Johor..gembira tak terkata..macam poyo je sambil mata dikebil-kebilkan.


serius best gler, seronok betul,,jualan murah..

percaya tak harga buku yang RM30 ke atas sumenya turun dan berharga dalam RM8..mula-mula aku pon percaya..tapi ble aku pergi.. Mak ai ! ramainya orang,,ada ang keluar sampai bawak kotak agy,,giler mak dasyatnya..memandangkan sumenya buku BI je so aku habiskan dalam RM50 untuk buku saja,,wah, ulat buku ar aku lepas ni,,balik umah je abah kemain senyum lebar sebab tengok aku semangat beli buku English,, so masalah lain lak yang timbul mampu ke aku nak habiskan baca buku-buku ni,,ea hello buku BI yang lama pon aku tak habis agy,,

banyak gler bab betul kan,,ahaks,,

setelah disusun jumlah ketebalan semua buku melebihi Kamus Dewan  Edisi Keempat,,
dasyat ke tak ,,ni ar buktinya buku-buku kat sana,,aku jangan ditanya,,dah bape round aku wat marathon,,

nampak tak?? T__T menangis weyh kalo uolls bookworm yg datang sini,,terbaik!
yang lagi RM50 tu aku habiskan kat Book Talk kat Taman Dahlia beli alat-alat tulis,,huhu. akhirnya aku dah berjaya habiskan kesemua baucer buku RM250 dengan sebaiknya,,ahaks,

P/s : so, macam mana pulak korang habiskan baucer buku korang? ahaha,,

thaks for reading this entry !



Monday, May 13, 2013

Hobi Baru,,

assalamualaikum wbt..

hai blooger,,em (hai ar balik even aku tak tau pon).

sejak aku tgh berhadapan dengan situasi bosan yang teramat ni kat bilik lagi-lagi sekarang tengah study week ni,, aku rasa buku pon bosan nak tgk muka aku,,macam ar buku tu ada mata kan,,memang sah-sah lah aku yang bosan tengok buku,,lebih baik aku layan muka buku,haha disebabkan aku ni pembaca tegar cerita-cerita picisan, so aku nak sarankan korang sume ke link ni,,seronok jugak baca,,kalo korang tangkap layan benda-benda yang cintan ni ,,moh ler kite,,huhu,,

selamat membaca !!!

Saturday, May 11, 2013

Hari-hari "Hari Ibu"

assalamualaikum wbt

Salam untuk sekalian yang beragama Islam,, entry hari ini adalah khas untuk hari ibu,tapi sebelum tu ada satu persoalan yang bermain di ruang legar kotak fikiran aku,jap-jap,,korang semua dah salah tafsir ni,,sila luaskan pemikiran korang ye! Pada aku ,Hari Ibu adalah setiap hari,,cuma kadang-kadang aku mengaku yang kita segan nak wish kat mak kita,betul tak?? ahaks, sape tak sayang mak kan? reason kenapa aku mention "Hari-hari Hari Ibu" adalah bila kita tengok makna disebalik Hari Ibu tu adalah untuk mengenang jasa dan pengorbanan ibu ,jadi kesimpulannya sebagai seorang anak,kita tak payah dok tunggu tarikh sambutan hari ibu dan pada masa yang sama time tu ar baru nak tergerak hati nak wat something yang boleh gembirakan hati mak n abah kita.

jadi, zahirkan perasaan anda terhadap kedua-dua orang tua korang tu la ni jugak, esok dan selama-lamanya, sayangilah mereka selagi mereka ada. Buat baik kat mereka tak rugi pon bahkan pahala berlipat ganda tau !!



untuk mak dan abah yang kat rumah tu, selamat hari raya,hahahaah




# thanks for reading this entry !!

Pembakar semangat.

assalamualaikum wbt.

sementara tengah musim exam untuk IPG ni ,,nak tanya ar agak-agak siapa ea pembakar semangat korang?
maksud aku benda tu lebih kepada barang atu individu?? say stop to bf or gf.hahaha kalo pendapat aku ar kan mestilah ibu dengan ayah akulah,,giler ko nak letak bf or gf korang,,kot ye pon nk wat sebagai pembakar semangat diam-diam je,, sesungguhnya doa kedua ibu bapa kite ni mustajab,,lagi-lagi kalau doakan tentang kebaikan anak-anak dia. korang tau tak masa dorang bersusah payah nak besarkan korang, antara impian atau pembakar semangat dorang ni adalah korang-korang semua ni ( maksud aku anak-anak dia ni ar). Jadi kepada siapa-siapa yang masih belum sedar diri tu,anda masib belum terlambat,, kepada orang yang bercinta atau sama waktu dengannya tu, tak salah nak jadikan gf or bf tu sebagai pembakar semangat,tapi lebih baik jadikan kedua ibu bapa kita sebagai pembakar semangat untuk berjaya,, lebih afdal kerana mereka yang membesarkan kita tau. gf or bf jadi orang sampingan je ,ahaks..

wish card orang bagi sempena exam final ni,, =)

Wednesday, May 8, 2013

Kalau dah rindu..part 1

Assalamualaikum wbt.

Memandangkan aku dah lama tak balik umah,,,rindu gler ni ngan orang-orang kat rumah.. Mentang-mentang sekarang tengah study week ahak, macamlah aku study..huhu orang punyelah ramai balik tinggal berapa kerat je yang tak balik,ehemm sedih betul, lagi-lagi bile aku dengar bunyi orang tarik beg,,choii

ni ar padahnya kalo #homesick sangat..MAK, ADIK NAK BALIK !! macam mak ak taw je aku tulis entry ni,,hahah,,rumate aku balik, akak depan bilik balik,,aku tak boleh tahan ni,,kalau ikutkan hati memang aku nk balik,,tapi memandangkan sekarang situasi ongkos berada dalam zon merah maka aku batalkan niat je,,
omaigad !! wake up,,exam dah ni,,study ,,ahaks,,lepas exam je ko dah heaven ngn dunia ko nida,,btw i really miss them so much, bila balik call mak je,,perkara pertama yang aku cakap, mak,masak apa hari ini? bila mak aku cakap dia masak cincai je pada aku sedap dah tu,,


ok ar aku memang mengaku sejak aku duduk jauh daripada mereka ni memang aku jadi manja terlebih, siap sedialah wahai anak keponakan aku sekalian, korang tak boleh rampas kasih sayang nenek korang daripada ucu korang,,huhuhu. dorang ni pantang nampak ucu dorang manje ckit ngan nenek dorang pon nak touching bagai, ni ar budaknya..
nampak tak btapa innocentnya muka dorang??

tapi nak wat macam mana kan? dah nasib blajar di perantauan, kemanjaan mereka terhadap nenek mereka sangat keterlaluan..bila ucu dorang marah ckit je mesti ucu dorang kena marah ngn nenek dorang dulu. i mean my mum ar,,ahaks. that why,even i'm far from them i will miss the moment with them esspecially budak dua orang yang baik ini. In Shaa Allah. =)

Thanks for reading this entry !

Wednesday, May 1, 2013

Perhatian.

Assalamualaikum wbt

Apabila aku lihat rakan seperjuanganku menjadi seorang yang berjaya , aku tumpang bahagia. Ya Allah, Kau tambahkanlah rezeki sahabat-sahabatku. Tu adalah harapan aku untuk orang disekeliling aku berjaya. Apa yang nak dihighlightkan adalah tika mereka kecil lagi sudah tentu mereka dah didedahkan untuk menghormati orang lain , saling tolong-menolong. Ya memang benar,setiap yang berlaku di dunia ini mesti ada sebab dan akibat.tu memang tidak dapat disangkal lagi. 

aku melihat dan menghayati anak-anak pada masa kini yang selalu menderhakai kedua-dua ibu bapa mereka. Nauzubillah min zalik. Dalam norma masyarakat, kita juga tidak boleh menyalahkan kepada satu pihak sahaja. malahan pihak ibu bapa mereka juga harus dipersalahkan. mungkin banyak faktor yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku.

Baru-baru ini ,aku baru menghabiskan PBS (pengalaman berasaskan sekolah). pada masa itu, guru besar di sekolah itu telah menyebut tentang latar belakang murid-murid di sekolah itu, alhamdulillah sewaktu umur ku yang masih muda ini,telah didedahkan dengan realiti masyarakat yang sebenarnya. Kadang-kadang aku melihat situasi kemiskinan yang melanda segelintir murid-murid di sekolah. Dari segi personaliti mereka,cara pemakaian aku merasakan mereka ini bukan dari latar belakang keluarga yang senang. 

Maka, aku dapat simpulkan di sini bahawa mereka ini perlu diberi perhatian dan ibu bapa perlulah tegas dalam mendidik anak-anak mereka. pada masa ini dunia semakin kejam pelajaran dititikberatkan ,siapa yang kalah akan ditindas, ibu bapa harus peka dengan situasi ini. 

 



P/s : semoga anak-anak ini menjadi insan yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Amin

Saturday, April 27, 2013

Ukhuwah

Assalamualaikum wbt.

tika jari ini menari-nari menaip keyboard lappy seiring dengan idea yang tidak sabar untuk dijanakan, saat itu aku terbayangkan apa akan jadi kalau aku ini jenis manusia yang suka bersendiri,,bak kata orang yang cerdik+pintar tu jumud?? Alhamdulillah,pada saat ini aku bersyukur kepada-Mu kerana memberi rezeki ini kepada aku,, Kau kurniakan aku kawan-kawan yang baik,,ye memang betul tak semua kawan aku rapat, namun aku memandang kawan itu kepada satu perspektif yang berbeza,,mereka bukan kawan tapi keluarga aku, mungkin disebabkan aku belajar di tempat orang, maka di sinilah buat pertama kalinya aku bahagia kerana mempunyai kawan yang memberi sokongan kepada aku. hmm, nida ko ni macam wat refleksikan? hahha ^__^

mereka kawan aku!!
alhamdulillah, tak kira agama, kaum atau warna kulit, mereka ini sudah aku anggap macam adik beradik aku sendiri. aku mengharapkan ukhuwah atau hubugan yang terjalin ini berkekalan sehingga di mana masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri. 

pic yang diambil masa surprise b'day party AKKa (berbaju biru)


thanks for reading this entry!