Sunday, September 29, 2013

cantik habaq hang

assalamualaikum wbt.

helo peeps.

saja nak throwback masa resepsi sepupu aku. tapi sebelum tu aku nak cerita serba sedikit tentang akak sepupu aku.. nama dia seakan-akan aku iaitu Nur Hanida Binti Abdul Ghani. dia seorang yang baik sangat. kata orang kalau duduk serumah pon memang ngam gitu. sebenarnya. kadang-kadang aku pon turut admire kat sepupu aku sendiri, opps geng jangan label aku sebagai lesbi ok.. krik krik. pada aku dia mempunyai pakej, untung siapa yang dapat kak hani ni,, so, memandangkan aku dah lama tak datang ke rumah ibu (merangkap mak kak hani) so aku memang terkejut beruk dia decide nak kahwin dengan jejaka pilihan dia.

mana taknya bila dorang pandang muka terkejut + blur aku mahu dorang ketawa terbahak-bahak. aisey, memang aku dibahannya dengan alasan busy sangat sampai lupa nak jenguk rumah ibu. korang tau tak lepak dengan anak-anak ibu ni memang release tension aku yang macam nak pecah kepala aku dibuatnya. kata orang sambil menyelam minum air,alang-alang kite cuci mata sikit,,ahaks. (ketawa jahat). hensem kot anak-anak ibu aku.

so segala yang dirancang telah berjalan dengan baiknya. sederhana tapi meriah, korang tau tak walaupun aku ni bukan keluarga betul tapi dorang anggap aku ni macam keluarga dorang. memang pengsan kami dibuatnya selepas majlis dijalankan. so, inilah yang aku bagitahu korang.. pelamin kak hani ni gojes ditambah pulak dengan baju pengantin yang mak jemah suka sangat ni,, tip top, ahahhahha. cuba korang tengok ni --->

someone said " muka kak hani ni macam tiz zakiah". judges by yourself ok ?

ni masa nikah,,happy je kan, now dah halal,baju and make up sume pengantin yang sendiri, tu yang aku respect giler kat kak hani ni,
korang nampak kedudukan yang macam tangga tu kan? buat tak tahu je ok.
konklusionnya aku memang puas hati dengan perancangan perkahwinan ini, dah macam perunding perkahwinan lak kan sampai nak puas hati ke tak,ehmm lantaklah. aku harap jodoh dorang ni berpanjang sehingga ke akhirnya.. In Shaa Allah.

mesti korang semua tertanya-tanya kan ke mana tuan punya blog ni? cettt perasan betul,,tipu banyak. orang memang tak nak tahu pon tapi tuan blog ni tetap nak bagitahu jugak..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
---->

kan? cantik..hahaha. tngok plak background pelamin tu simple tapi gojes, i loiikke!

aku dengan pengapit pengantin.. comelkan, ni ar kak afiqah.

aku paling suka pic ni..tak tahulah kenapa..

mula-mula malu tapi bila dah ada kamera apa lagi tuan punya blog dah start berangan kat pelamin,,haha 
pokoknya ibuk emang suka bangat letak gamabr-gambar ni..

# thanks for reading entry yang banyak gambar syok sendiri,haha  adioss







Wednesday, September 25, 2013

kita merapu ! part 1

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

al-kisah..

last time, lepas balik kelas, hujan tetibe plak turun dengan renyai-renyai,,nasib baik tak lebat..memang tepat benolah pepatah orang dulu. " langit tak selalunya cerah, "ku sangkakan panas di siang hari tapi apakan daya hujan di tengah hari". dengan kelas yang full giler tu memang merungut saja, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, aku main redah je macam biasa, tak bawa payung pergi kelas. walaupun aku melalui ampaian sidaian baju tu aku tengok baju aku sudah kering dengan selamat lantas aku buat tak tahu je dan teruskan perjalanan dengan sombongnya.

almost 4 pm. cuaca pon dah berubah...walaupun lecturer wat lawak yang tak pandai mana fikiran aku tetap pada ampaian. apalah nasib baju aku basah lokos.sebab pada masa itu, langit telah pon menjatuhkan titis-titis hujan seterusnya mengakibatkan keadaan bumi di IPG basah tahap gaban. pada masa itu aku terpaksa meredhakan segala yang terjadi iaitu "baju yang kulihat sebentar tadi kering ,sekarang sudah pun basah. maka, lebur gitu sajalah aku membasuh dan mensoflankannya. akhirnya, aku dengan kawan-kawan teruskan perjalanan balik ke hostel walaupun kami tidak berpayung.

buat pertama kalinya kami tidak lagi merungut pasal hujan. ini kerana kami enjoy dengan hujan ni..seronok tak terkata. orang lain yang lalu kawasan itu kebingungan kenapa kami gembira yang tak terkata..

tengok ni baru keluar kamera dorang dah posing semacam.
# ni ar orang kata kawan berpanas dan berhujan. tetttt

thanks for reading this entry...daaaaa



Friday, September 20, 2013

tragedi awok!

assalamualaikum wbt..

hye peeps!
sory kepada semua yang menunggu bilalah aku nak update blog baru. naik cuti raya ni kan double triple menyibukkan diri. walhal, bukannya sibuk pon kalo aku ni pandai menjaga masa. keje last minit. (dush dush ameeekaw.hukuman untuk diri sendiri)

pertamanya mesti korang sume pelik sebab entry kali ni nampak macam lain macam je kan ? btol taw,ni tak tipu pon..sungguah aihh ! memang betul "Jodoh Bukan Milik Kita". entry ni maybe ada bosan skit,,(tu untuk orang yang bahagia ar.. wait a minute. aku harap korang sume yang membaca entry ni berbahagia. arachi ! hmm tak tahu nak mula dari mana. tarik nafas,hembus hooooooooo.. ye jodoh memang milik Maha Pencipta. tapi aku juga seorang manusia biasa yang tak lari dari godaan. haish nida, tu ar masa kecil suka kawan dengan monyet tengok sekarang dah kena monkey lovey. apa yang selama ni akan jadi milik kita tak mungkin akan berkekalan. maka bersabarlah wahai hati.

kadang-kadang nak salahkan diri kenapa ada perasan nak mencuba, biasa ar anak muda macam aku ni memang cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling. urmm nampak beno iman awok tak kuatkan? tak apa nida barang yang lepas jangan dikenang. semua cakap rupa itu. tapi yang ngadapnya awok.hehe oleh itu, untuk melupakan segala perkara yang terjadi, aku ambil kesempatan dengan kerja, assignment yang masih setia nak kejar aku.. at least aku dapat keluar dari masalah itu. percaya ar dengan perkara yang terjadi, aku rasa Dia dah tunjuk hikmah-Nya pada aku. Alhamdulillah kawan-kawan dan keluarga banyak bagi sokongan kat aku. mereka memang sayang aku. Subhanallah..maka benarlah letakkan priority yang nombor satu ialah Allah, Keluarga, sahabat. In Shaa Allah bahagia itu pasti akan menjelma.

hmm nampaknya sandiwara awok sampai sini saja,, kepada korang yang menangalami pengalaman seperti aku, meh sini aku nak bgi tips :

1. think positif.
2. kalo teringat kat Xehem2. luangkan masa ngan kawan2 korang macam window shopping ke, tengok wayang ke, jenjalan pon boleh. (asal korang bahagia ar). paling penting sekali...
-
-
-
-
-
-----> letakkan kebergantungan korang pada Allah. doa minta petunjuk agar segala urusan dipermudahkan. In Shaa Allah. daaa



sekarang cuba tengok muka orang kat atas tu happy je. ,,
so kita tak perlulah nak touching-touching.. jangan lupa.
orang yang baik untuk orang yang baik, so kite kena ar jadi yang terbaik kalo nak dapatkan yang baik.
# thanks for reading peeps. adios.

Monday, August 5, 2013

jangan pandang sebelah mata

assalamualaikum WBT.

hye peeps !

hari ini kte sedang mengalami fasa terakhir pada bulan Ramadhan yang mulia ini. hakikatnya memang dah trend kan nak post yang baik2.. ni bukan niat nak ikut trend ke apa tapi sekadar renungan buat kita sebagai khalifah di muka bumi yang hanya ditumpangkan sementara sahaja. kita patut bersyukur ye korang.

kekadang kita tak perasan kan apa yang  berlaku pada diri kita. apa yang aku nak maksudkan ni adalah bila dua orang atau lebih gegirl atau boboy duduk sesama then cerciter. haaaa jadi mestilah dy akan bercerita tentang orang yang tak ada di kalangan mereka. btul tak?? of kosh ar kan. then mesti korang rasa len je bila korang bersama-sama dengan orang yang korang umpatkan tu.. STOP IT... jangan amik bulat-bulat apa yang anda dengar tu.siasat dahulu. aku pon kekadang macam tu jugak,tapi bila dah makan tuan barulah aku rasa siasat dahulu hujung pangkal adalah tindakan yang betul.

kita hanya dengar sebelah pihak. belum tentu sebelah pihak tu selalu betul. jadi langkah yang terbaik adalah dengar kedua-dua belah pihak..adil dan saksama. jadi sebagai manusia "don't judge book by its cover ".

no worry ar korang, selagi korang think positif ngan keadaan sekeliling korang especially memeber2 korang,,dorang pon macam tu.

#thank for reading this entry.

P/S: Selagi kita berbaik dengan orang, semua orang akan berbaik dengan kita. Asalkan kita IKHLAS



 senyum macam kerang busuk untuk semua.(",)


Sunday, June 30, 2013

boyce avenue again..

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

jumpa lagi korang kan,,semalam entry seoul garden ,ari ni lak aku nak wat entry pasal boyce avenue nilah,,sape lagi? wah dah macam gangster lak. ahaks.

aku pengikut setia perkembangan music dorang, memang tak nafikan ar kan ,aku memang suke dengar orang lain nyanyikan lagu english berbanding penyanyi natif itu sendiri. pada aku dorang ni memang ada kelainan. siyes weyh tak tipu. ya benaran ni?? memei ar..haha

malas nak cakap nah korang dengar sendiri ye..huhu..

kali ni dorang duet dengan Fifth harmony..lama-lama best lak aku dengar.haha

nah ada lagi..

lepas dengar sila komen,,hahah 

p/s : kombinasi suara yang mantop beb.haha

Friday, June 28, 2013

seoul garden

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

dah lama aku tak merepek kat blog aku ni. bermuhasabah ar aku kalo nak create cter. sebenarnya aktiviti ni dah lama pon berlalu. kami suka-suka je outing keluar makan gi Seoul Garden. faham-faham je ar kalau orang jenis aku ni memang susah nak jenjalan. pada aku ni outing sangat leceh. tapi kalo outing mempunyai tujuan untuk membesarkan perut memang aku ar orang pertama yang setuju.. macam biasa plan ni jue yang mula-mula cadangkan. alasan dia boleh diterima sebab tak lama agy nak pose, so why not kite suka-suka outing gi seoul garden tu.

sebenarnya aku ni baru first time pergi sini. nasib baik jue ni pernah pergi dengan rumate dia. biasa ar kalo dah tekak orang melayu ni mana nak makan benda yang setengah masak. memang aku agak janggal untuk grill daging-daging yang aku pilih. kalo kat sini part yang paling best adalah ais-krim dy. kteorang siap bertambah agy.. adalah dalam 4-5 kali. tapi si Romina ni 6 kali tambah.haha patot ar makan tak habis.


ni kalilah makan besar sebelum duit takada..hahah
tapi romi berbaik hati nak kopekkan udang untuk aku dengan jue. thanks romi. kami pergi berempat sebenarnya. tu yang kat gambar atas tu ika..

romi yang khusyuk kopek udang untuk aku,hahah

jue yang lapar tak terkata terus ngapp apa yang kat depan mata dia tanpa hirau kamera.
selesai makan je jangan tanya kenapa kami gi ladies room.hahahah bayangkan 4 jam kami wat kenduri kat situ. memang kenyang tak sangka..nak jalan pon susah.mengah tak pasal-pasal.
sampai sekarang aku teringatkan ais-krim yang aku makan,, tengok pon dh terliur.hahah
#pesanan penaja :
1. sebelum korang masuk kat seoul garden make sure korang jangan makan makanan berat yang mengenyangkan.
2. buanglah segala apa yang hendak dibuang kerana kat sana tak disediakan tandas ye. 
3. jangan terlalu tamak untuk amek makanan yang dihidangkan di situ. takut membazir nanti.
4. makan jangan bersulamkan air nanti cepat kenyang. huhu

 
p/s : makan-makan jugak tapi beringat-ingat kepada orang yang tidak bernasib baik.

#thanks for reading this entry !






Wednesday, June 12, 2013

On The Spot Gathering.

assalamualaikum wbt.

hello peeps !
sory semua dah lama tak update blog ni. biasalah kan bila dah cuti ni segala mak nenek penyakit datang luah perasaan. nampakkan mereka semua jeles dengan aku.. tengah demam ni pon aku sempat datang jumpa kawan-kawan sekolah. kalau nak tau gathering semua ni berpunca dari aku sendiri. nanpak tak yang aku ni mampu mempengaruhi mereka ni semua.

i just mention it in fb actually. tak pasti ar kawan-kawan aku semua ni tengah bercuti. ok memang rezeki aku pon. tapi kalo nak diikutkan kalo gathering ni dirancang awal-awal memang semua orang tak boleh nak bagi komitmen,last2 terbelengkalai macam tu je, tak pun hanya bapa kerat je yang datang. tapi aku seronok betul gathering masa ni. dorang ni memang awesome lah. bukan nya apa, kite orang ni sebenarnya memang tak boleh jumpa ada je nak cerita.

ari ni aku bagi entry ringkas je. sebab dorang semua nak tengok pic. so entry ni kite lebihkan gambar.,setiap gambar ada ceritanya sendiri. saksikanlah ye kengkawan!!

masa awal permulaan. semua nak koya,

still agy koya.haha

ok klimaks, tak larat nak cover cantik,keluarlah semua yang tersirat dan tersurat.

aku and tiqa.

sebenarnya time ni kteorang dah start gosip.tapi nampak kamera sume jadi baik,konon-konon,

mintak pak cik yangkat sebelah ni ambil gambar,hasil  persetujuan kami. setelah menunggu sape2 untuk amek gambar kteorang ni.

tiqa yang dari tadi kejenya pegang beg kteorang. self protection ar katakan.ini semua poyo

candid yang omel. I loooike!!!

mereka start bergosip.haha kantoi korang.

first trial. ramai orang perhati,lantaklah..dorang tak kenal pon.huhu
p/s : korang prefer gathering secara on the spot atau korang planned awal-awal??

#thanks for reading this entry !!