Tuesday, October 29, 2013

jom follow i punya instagram

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

orang kata biar lambat asal selamat. heee aku saja nak kabor yang aku pon dah ada akaun instagram,,maaf ye kepoyosan aku terserlah sikit.. sebenarnya aku suka post sesuatu gambar lagi-lagi bila aku ada mood nak bergambar,,ceh meluatkan korang dengar word "ada mood" ahaks. kalau kat FB aku segan sikit nak post gambar. ye ar kan segala anak beranak ada kat FB maluu ar ceq..nak-nak aku letak gambar benda-benda yang simple,,memang konfem kena komen teruk. biasalah zaman sekarang orang lebih suka cakap dulu baru pikir.

that why i prefer instagram..npe??? dia ada privasi.. orang tak boleh nak tiru dan tempel gambar aku.. konon nida perasan popular,,astagfirullah. ok korang semua sape2 yang ada instagram tu jangan lupa follow mak jemah sorang ni ye.





thanks for reading this entry..

kita pon ada dinner taw.

assalamualaikum wbt

hello peeps !

rindu giler nak blogging,, tapi akhirnya setelah mengharungi liku-liku kehidupan yang macam bersahaja ni dapatlah aku jenguk blog yang dah bersarang macam apa. hikhik. baru- baru ni aku baru attend dinner unit L..konon-konon ar ye, haha..actually dinner ni untuk welcoming kteorang yang baru nak masuk degree,, okayy. even sekarang ni dah masuk semester 2 degree. fuhh.. kalo nak cakap pasal kepuasan ,pada aku so-so ar.

walaupun banyak ar jugak dugaan sebelum diadakan dinner ni,. rasanya kat betch kiteorang je ar buat dinner awal-awal.. sampai dorang yang tak terlibat ni pon pelik. haaaa macam pelik je ,macam pelik je, konon nak wat stail trend sekarang "macam cantik je". meluat mak tengok..


promote dulu !


tapi yang syok kteorang datang sebab nak tengok persembahan tarian classmates kiteorang,, memang time ni aku demam so makanan yang sedap pon aku pandang lalu je,, demam nak datang kita kena redha je. sakit tu kan penghapus dosa. so makanan yang aku amik hampir disalahtafsir oleh bebudak yang ada kat situ,, dorang assume aku diet. padahal tekak aku rasa perit yang teramat then kalo makan memang sah ler tak rasa pape pon. maka ,kawan-kawan kite harus menjaga kesihatan ye lagi-lagi kalo kita rasa nak hadir satu event yang ada makanan yang sedap-sedap ni.

aktiviti yang diadakan masa dinner ni pon biasa-biasa ja. cuma persembahan dari wakil-wakil kelas. 
so, aku harap dinner macam ni boleh dilakukan dengan lebih baik pada masa akan datang.. harap-harap ye. ni ada ler gambar yang aku kepilkan untuk tatapan korang semua.. tu pon kalo sudi.
berposing dulu kat banner ni,ahaks

ju kat belakang aku,aku ni dok promote nama kelas aku 
ada orang kata pipi aku meriah betul,,
bersama rumate kesayangan,haha


ok semua ni priya. arachi !!

jangan tertipu dengan pakaian mereka.. yang sebelah tu alice dy sarawakean yang comel kat tengah2 tu odoe dy sabahan

okay ,,kita selca dengan pipi yang bam bam. meriah betul pipi mak jemah sorang ni.

ni besties aku sepanjang study kat sini... mek ziela.

inilah kami geng kawan-kawan (hanya di L6)


thanks for reading this entry !



Wednesday, October 9, 2013

pengaruh vs dipengaruhi

assalamualaikum wbt.

hye peeps.

hari ini aku tertanya-tanya. agak-agak korang kan, selama ni keputusan yang korang buat tu ada kaitan dengan prinsip korang atau pon memang korang telah dipengaruhi dengan keadaan sekeliling?? kalau pada aku ,truthfully, kadang-kadang tu aku rasa macam hati tak tetap,cepat betullah aku nak terasa dan terfikir-fikir untuk menjaga hati orang, haa so kalau macam ni gayanya memang ada satu masa tu emosi bertukar kepada negatif seperti murung,tak banyak cakap, moody memanjang semata-mata aku memikirkan apa yang dorang akan cakap pasal aku jika aku membuat sesuatu keputusan. nampak macam aku yang tak tetap prinsip.

perkara yang paling aku rasakan amat teruk adalah bila kita dah deal dengan sesuatu perkara yang akan kita lakukan terhenti seketika apabila kepala kita ni asyik fikir tentang apa yang orang sekeliling akan kata. maka, keputusan yang akan kita lakukan akan menyusahkan dan akan menyebabkan kita menyesal...

# so apa pendapat korang? please i really need your help..macam mana nak buat hati kita ni tetap an kebal ?

ada macam orang yang tengah pengaruhi orang tak? krik2


thaks for reading this entry!

Sunday, September 29, 2013

cantik habaq hang

assalamualaikum wbt.

helo peeps.

saja nak throwback masa resepsi sepupu aku. tapi sebelum tu aku nak cerita serba sedikit tentang akak sepupu aku.. nama dia seakan-akan aku iaitu Nur Hanida Binti Abdul Ghani. dia seorang yang baik sangat. kata orang kalau duduk serumah pon memang ngam gitu. sebenarnya. kadang-kadang aku pon turut admire kat sepupu aku sendiri, opps geng jangan label aku sebagai lesbi ok.. krik krik. pada aku dia mempunyai pakej, untung siapa yang dapat kak hani ni,, so, memandangkan aku dah lama tak datang ke rumah ibu (merangkap mak kak hani) so aku memang terkejut beruk dia decide nak kahwin dengan jejaka pilihan dia.

mana taknya bila dorang pandang muka terkejut + blur aku mahu dorang ketawa terbahak-bahak. aisey, memang aku dibahannya dengan alasan busy sangat sampai lupa nak jenguk rumah ibu. korang tau tak lepak dengan anak-anak ibu ni memang release tension aku yang macam nak pecah kepala aku dibuatnya. kata orang sambil menyelam minum air,alang-alang kite cuci mata sikit,,ahaks. (ketawa jahat). hensem kot anak-anak ibu aku.

so segala yang dirancang telah berjalan dengan baiknya. sederhana tapi meriah, korang tau tak walaupun aku ni bukan keluarga betul tapi dorang anggap aku ni macam keluarga dorang. memang pengsan kami dibuatnya selepas majlis dijalankan. so, inilah yang aku bagitahu korang.. pelamin kak hani ni gojes ditambah pulak dengan baju pengantin yang mak jemah suka sangat ni,, tip top, ahahhahha. cuba korang tengok ni --->

someone said " muka kak hani ni macam tiz zakiah". judges by yourself ok ?

ni masa nikah,,happy je kan, now dah halal,baju and make up sume pengantin yang sendiri, tu yang aku respect giler kat kak hani ni,
korang nampak kedudukan yang macam tangga tu kan? buat tak tahu je ok.
konklusionnya aku memang puas hati dengan perancangan perkahwinan ini, dah macam perunding perkahwinan lak kan sampai nak puas hati ke tak,ehmm lantaklah. aku harap jodoh dorang ni berpanjang sehingga ke akhirnya.. In Shaa Allah.

mesti korang semua tertanya-tanya kan ke mana tuan punya blog ni? cettt perasan betul,,tipu banyak. orang memang tak nak tahu pon tapi tuan blog ni tetap nak bagitahu jugak..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
---->

kan? cantik..hahaha. tngok plak background pelamin tu simple tapi gojes, i loiikke!

aku dengan pengapit pengantin.. comelkan, ni ar kak afiqah.

aku paling suka pic ni..tak tahulah kenapa..

mula-mula malu tapi bila dah ada kamera apa lagi tuan punya blog dah start berangan kat pelamin,,haha 
pokoknya ibuk emang suka bangat letak gamabr-gambar ni..

# thanks for reading entry yang banyak gambar syok sendiri,haha  adioss







Wednesday, September 25, 2013

kita merapu ! part 1

assalamualaikum wbt.

hye peeps !

al-kisah..

last time, lepas balik kelas, hujan tetibe plak turun dengan renyai-renyai,,nasib baik tak lebat..memang tepat benolah pepatah orang dulu. " langit tak selalunya cerah, "ku sangkakan panas di siang hari tapi apakan daya hujan di tengah hari". dengan kelas yang full giler tu memang merungut saja, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, aku main redah je macam biasa, tak bawa payung pergi kelas. walaupun aku melalui ampaian sidaian baju tu aku tengok baju aku sudah kering dengan selamat lantas aku buat tak tahu je dan teruskan perjalanan dengan sombongnya.

almost 4 pm. cuaca pon dah berubah...walaupun lecturer wat lawak yang tak pandai mana fikiran aku tetap pada ampaian. apalah nasib baju aku basah lokos.sebab pada masa itu, langit telah pon menjatuhkan titis-titis hujan seterusnya mengakibatkan keadaan bumi di IPG basah tahap gaban. pada masa itu aku terpaksa meredhakan segala yang terjadi iaitu "baju yang kulihat sebentar tadi kering ,sekarang sudah pun basah. maka, lebur gitu sajalah aku membasuh dan mensoflankannya. akhirnya, aku dengan kawan-kawan teruskan perjalanan balik ke hostel walaupun kami tidak berpayung.

buat pertama kalinya kami tidak lagi merungut pasal hujan. ini kerana kami enjoy dengan hujan ni..seronok tak terkata. orang lain yang lalu kawasan itu kebingungan kenapa kami gembira yang tak terkata..

tengok ni baru keluar kamera dorang dah posing semacam.
# ni ar orang kata kawan berpanas dan berhujan. tetttt

thanks for reading this entry...daaaaa



Friday, September 20, 2013

tragedi awok!

assalamualaikum wbt..

hye peeps!
sory kepada semua yang menunggu bilalah aku nak update blog baru. naik cuti raya ni kan double triple menyibukkan diri. walhal, bukannya sibuk pon kalo aku ni pandai menjaga masa. keje last minit. (dush dush ameeekaw.hukuman untuk diri sendiri)

pertamanya mesti korang sume pelik sebab entry kali ni nampak macam lain macam je kan ? btol taw,ni tak tipu pon..sungguah aihh ! memang betul "Jodoh Bukan Milik Kita". entry ni maybe ada bosan skit,,(tu untuk orang yang bahagia ar.. wait a minute. aku harap korang sume yang membaca entry ni berbahagia. arachi ! hmm tak tahu nak mula dari mana. tarik nafas,hembus hooooooooo.. ye jodoh memang milik Maha Pencipta. tapi aku juga seorang manusia biasa yang tak lari dari godaan. haish nida, tu ar masa kecil suka kawan dengan monyet tengok sekarang dah kena monkey lovey. apa yang selama ni akan jadi milik kita tak mungkin akan berkekalan. maka bersabarlah wahai hati.

kadang-kadang nak salahkan diri kenapa ada perasan nak mencuba, biasa ar anak muda macam aku ni memang cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling. urmm nampak beno iman awok tak kuatkan? tak apa nida barang yang lepas jangan dikenang. semua cakap rupa itu. tapi yang ngadapnya awok.hehe oleh itu, untuk melupakan segala perkara yang terjadi, aku ambil kesempatan dengan kerja, assignment yang masih setia nak kejar aku.. at least aku dapat keluar dari masalah itu. percaya ar dengan perkara yang terjadi, aku rasa Dia dah tunjuk hikmah-Nya pada aku. Alhamdulillah kawan-kawan dan keluarga banyak bagi sokongan kat aku. mereka memang sayang aku. Subhanallah..maka benarlah letakkan priority yang nombor satu ialah Allah, Keluarga, sahabat. In Shaa Allah bahagia itu pasti akan menjelma.

hmm nampaknya sandiwara awok sampai sini saja,, kepada korang yang menangalami pengalaman seperti aku, meh sini aku nak bgi tips :

1. think positif.
2. kalo teringat kat Xehem2. luangkan masa ngan kawan2 korang macam window shopping ke, tengok wayang ke, jenjalan pon boleh. (asal korang bahagia ar). paling penting sekali...
-
-
-
-
-
-----> letakkan kebergantungan korang pada Allah. doa minta petunjuk agar segala urusan dipermudahkan. In Shaa Allah. daaa



sekarang cuba tengok muka orang kat atas tu happy je. ,,
so kita tak perlulah nak touching-touching.. jangan lupa.
orang yang baik untuk orang yang baik, so kite kena ar jadi yang terbaik kalo nak dapatkan yang baik.
# thanks for reading peeps. adios.

Monday, August 5, 2013

jangan pandang sebelah mata

assalamualaikum WBT.

hye peeps !

hari ini kte sedang mengalami fasa terakhir pada bulan Ramadhan yang mulia ini. hakikatnya memang dah trend kan nak post yang baik2.. ni bukan niat nak ikut trend ke apa tapi sekadar renungan buat kita sebagai khalifah di muka bumi yang hanya ditumpangkan sementara sahaja. kita patut bersyukur ye korang.

kekadang kita tak perasan kan apa yang  berlaku pada diri kita. apa yang aku nak maksudkan ni adalah bila dua orang atau lebih gegirl atau boboy duduk sesama then cerciter. haaaa jadi mestilah dy akan bercerita tentang orang yang tak ada di kalangan mereka. btul tak?? of kosh ar kan. then mesti korang rasa len je bila korang bersama-sama dengan orang yang korang umpatkan tu.. STOP IT... jangan amik bulat-bulat apa yang anda dengar tu.siasat dahulu. aku pon kekadang macam tu jugak,tapi bila dah makan tuan barulah aku rasa siasat dahulu hujung pangkal adalah tindakan yang betul.

kita hanya dengar sebelah pihak. belum tentu sebelah pihak tu selalu betul. jadi langkah yang terbaik adalah dengar kedua-dua belah pihak..adil dan saksama. jadi sebagai manusia "don't judge book by its cover ".

no worry ar korang, selagi korang think positif ngan keadaan sekeliling korang especially memeber2 korang,,dorang pon macam tu.

#thank for reading this entry.

P/S: Selagi kita berbaik dengan orang, semua orang akan berbaik dengan kita. Asalkan kita IKHLAS



 senyum macam kerang busuk untuk semua.(",)