Sunday, June 28, 2015

a day with my cousin

assalamualaikum.

macam biasalah bile cuti sekolah dah mula. semua pakat nak balik kampung. kebetulan masa tu mak abah buat kenduri kat Batu Pahat sempena dorang nak pergi menunaikan ibadah umrah. jadi excited pulak nak balik kan. sebenarnya kalau hari jumaat tu tak de tutorial memang aku dah balik kampung terus. tapi terpaksa batalkan niat nak balik awal sebab mentor nak buat tutorial. last-last mentor meeting tapi tutorial pon cancel. how dare. sabar jelaaaa.

aku ni memang tak pernah ar nak ambil tiket transit dari ipoh-kl-batu pahat. pertama kali ar katakan , aku punya lah baik beli tiket on the spot nak gi KL. sekali semua habis. ad pon bas yang cikai-cikai je. erm nak tak nak aku amek jela. nasib baik aku berdua dengan classmate aku. so adalah peneman kan. sekali bas delay. dari pukul 2.30pm -4.00pm aku tunggu. bas baru sampai. aku tawakal jelaa. asalkan selamat. 

macam mana ek nak naik lrt dari pudu - kl sentral ? serius. ini memang pertama kali bagi aku. kesian dengan cousin aku tunggu kat sana. so alhamdulillah aku pon dapat survived .memang tak percaya kan. moralnya malu bertanya sesat jalan. sepanjang kebingungan aku cari jalan keluar tu aku bertanya dengan orang-orang kat sana. alhamdulillah Allah pertemukan dengan orang yang baik. hiks.

jangan ingat perjalanan aku sampai di kl sentral ye. nak balik BP kena gi TBS dulu. memang kami berkejar masa kot nak gi sana. tapi ada satu berita tak baik. tiket habis =( sedih giler.. 

jadi kami decide untuk balik rumah cousin aku kat Batu Caves. sebenarnya kami dah beli tiket untuk bas esok. awal giler kul 8 am okey. kami dengan yakin gi TBS rupanya kami lewat 15 minit. memang tiada maaf bagimu. bas dah tinggal. takpelah last2 aku gi beli tiket untuk bas seterusnya. alhamdulillah. 





akhirnya, kami pon sampai ke Batu Pahat. walaupun kami dah terlepas dari kenduri dan gathering keluarga. nak buat macam mana kan. so kepada cousin aku thanks untuk perjalanan balik kampung yang mencipta rekod perjalanan yang paling lama. wah, syabas!!!


much love,
roseazniabu

Saturday, January 17, 2015

nawaitu

assalamualaikum

diharapkan pada tahun ini, aku dapat melunaskan segala tunggakan niat-niat yang terdahulu. niat nak gembirakan hati mak dan abah iaitu dua orang tulang belakang dikala susah dan senang. Mak abah dah banyak bersusah payah nak sekolahkan aku. kalau aku lupa diri memang tak patut. Pernah terjadi dulu, apabila aku tengah sengkek tak cukup duit kat tangan, pada saat itu aku menolak permintaan mak untuk terima duit belanja yang diberi, pada masa itu abah bisik padaku "ini masih tangunggjawab kami nak sekolahkan kau, terima je pemberian ini, kalau taknak guna sekalipun simpan sahaja duit ini. paling tidak pun duit ini masih berguna untuk lain hari".

sebab itu sebelum melakukan sesuatu perkara ,perbetulkan niat kita dahulu. Penting sebenarnya untuk jadi peringatan buat kita supaya tidak lupa diri dan sentiasa berada pada landasan yang betul.


Lillahi Taala.
lets pray to our iman.
Amin.

Saturday, December 6, 2014

sakit

sakit penghapus dosa.

siapa yang suka jika berpenyakit.
siapa yang suka jika doktor kata kau sakit.
siapa yang suka jika hari-hari bertemankan ubat.
itulah kau tak tahu masa ini Allah memang rindu akan kau.
dan kau ego untuk terima semua itu.

sihat ; kau alpa, maksiat merata kau buat.
tuhan sayang sebab itu Dia bagi sakit.
Dia tak nak kau lupa dia sebagaimana dia berhari-hari bagi nikmat kat kau.
jika sakit ,kau mengadu domba kat Dia.
jika sakit ,kau baru sujud kepada-Nya.
jika sakit , kau ingat Dia.

jangan kau lupa masa sakit kau banyak kali bangun malam bersujud kepada-Nya.
iya, benar, sesungguhnya Dia maha mendengar suara hamba-hamba-Nya.

jika kau sihat kembali, jangan kau lupa tika kau masa sakit.
jika kau sihat jangan lupa pada pemberi nikmat sihat kau ini.
jika kau suhat jangan lupa diri.
bagai isi lupakan kulit.

#p/s : ingat Allah masa sihat dan senang, nescaya Allah ingat kau masa susah dan sakit. In Sha Allah

Monday, June 30, 2014

beribadah atau populariti??

assalamualaikum wbt

hello peeps.

sekarang ni dah hebohkan pasal selfie, update status tentang ramadhan, dan macam-macam lagi lah. pada aku itu semua tak salah. tapi kan bagus sebelum korang buat sesuatu perkara fikir baik dan buruk dahulu. bulan ramadhan ni bulan yang penuh kebaikan. jadi kenalah menghayati bulan rahmat ini. tak gitu? budaya masyarakat kita ini kalau pergi masjid mesti nak selfie pastu hashtag #doneterawih #donemoreh bla bla bla..

bro and sis, datang rumah allah sepatutnya hati kena ikhlaskan dahulu. kalau tak sia-sia je kita tonggang-tonggeng buat ibadah semata-mata nak dapatkan penghargaan manusia. its such waste uolls. jadi readers TEPUK DADA TANYA IMAN..sama-samalah kite berubah untuk ke arah kebaikan. in shaa Allah..mudah-mudahan amalan kita sditerima oleh Allah SWT.


p/s : tegur-menegur amalan mulia..

thanks for reading this entry !

Saturday, June 28, 2014

Master of Ceremony

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

" Nida, jawatan MC aku bagi kat ko ye ?"

bila dengar je word "mc" tetibe aku dah terbayang duduk depan pentas sorang-sorang pegang microphone pastu cakap blah blah blah. paling penting kat depan tu memang aku kena cover semua. baik mimik muka, suara, senyuman dan setiap inci tutur kata akulah. pendek kata, cover cun ar. Actually sebelum ini aku tak pernah lagi jadi MC kat mana-mana majlis baik majlis formal atau sebaliknya. seriously, aku rasa gemuruh, macam ada rama-rama lak kat dalam badan aku. mimpi ke apa..ini semua poyo kan.

memandangkan aku merupakan orang penting dalam ini pameran. so I'll have do everything about this exhibitions. hakhak..geleng kepala sajalah. dahlah first time buat benda ni, skrip pon aku main tembak je. aku rujuk pengerusi, nasib baik dia kata "boleh je tu". kena jumpa dengan pensyarah tapi pensyarah outstation pulak. ini semua disebabkan oleh majlis yang aku kena handle ni majlis formal, jadi cakap pon kena baku dan formal ar nak oiii. tumpo!!!

masa majlis berakhir tu. aku main sedap mulut je baca teks mc aku tu tanpa melihat sekeliling aku. korang nak tau rupa-rupanya tetamu VIP dah duduk masa penyerahan cenderahati tu. tapi aku tetap setia membaca teks mc tu sampai pensyarah aku bagi hint suruh skip pada setengah part tu. oii malu betul aku dengan audiens tu. jadi moral of the story "ko jangan cakap sesedap rasa ko je bile dah dapat microfon kat tangan ko tu ye ".

akhir sekali, VIP ketawakan aku je. hasih merah pulak muka aku..malu! malu! finally dapat jugak tarik nafas kelegaan bila kerja-kerja mc ni dah selesai. ku pikirkan panas sampai ke petang, rupa-rupana hujan di tengahari. aku tak tau pon ad majlis makan bersama krew yang terlibat dalam pameran ICT ini. bila pensyarah panggil nama aku untuk jadi mc lagi sekali.masa tu jugak aku dah hilang kata-kata.. so by hook or by crook I should done this work okay??

p/s : actually dalam dunia ni kite patut rasa bertuah sebab bila kita dapat suatu kerja yang sukar, Allah akan membantu kita, selagi mana kita bergantung harap kepadaNya di samping berusaha dan ikhlas untuk selesaikan perkara tersebut.

muka kelegaan lepas siapkan tugasan..hehe


Ramadhan Kareem ahlan wa sahlan.

assalamualaikum wbt.

hello peeps !

ramadhan tiba lagi dengan membuka 3 pintu. apakah itu?
pintu pertama : pintu keampunan
pintu kedua : pintu kebaikan
pintu ketiga : pintu pahala

dengan ramadhan yang mulia ini. aku memang nak minta maaf jika selama ini entry2 yang aku buat menyinggungkan perasaan pembaca. biasalah tu manusia bukan sempurna mana pon. ye dak?

pesanan buat korang . jaga mata, jaga telinga dan paling penting jaga lidah. lidah yang tidak bertulang itulah yang boleh mengheret kita ke api neraka. Nauzubillahimin zalik. semoga kita dijauhkan dari semua itu.

wahai orang2 yang beriman,
diwajibkan ke atas kamu semua berpuasa 
sebagaimana yang telah diwajibkan
ke atas golongan yang terdahulu
udah-mudahan kamu semua bertaqwa.
                                                        
                                                          (Al-Baqarah 2 :183 )


Tuesday, May 6, 2014

masa lapang yang menyibukkan

assalamualaikum wbt.

hye peeps!

sorry yang teramat sangat sebab dah lama tak update new entry. blog pon rasanya macam dah berhabuk dan bercabuk.. apa-apa jelah. serius awal tahun ni aku memang sibuk. now baru ada masa nak ngedate dengan blog yang dah lama aku gantung tak bertali.

sebenarnya ketika aku sibuk tu , aku terlibat dalam program fasilitator. Program ini bertujuan untuk mengelola beberapa aktiviti bersama dengan pihak sekolah. dengar macam best kan . aku pon baru pertama kali terlibat dengan program sebegini. nak cakap perasaan untuk jadi fasi murid-murid ni memang nak gila, bayangkan ko tu tak pernah nak bercakap seperti seorang cikgu. then ko kena pegang tanggungjawab untuk jaga murid-murid yang pelbagai kerenah yang kadang-kadang tu boleh buat korang panas. tapi semua tu hanyalah cabaran untuk kami semua bersedia sebelum kami berhadapan dengan cabaran seorang guru di mata masyarakat.

inilah muka murid-murid yang aku maksudkan.. mereka baru sekolah rendah.. dah namanya pon budak-budak. hahaha
ouh lupa pulak nak mention pasal nama sekolah. dorang ni sekolah SK Seri Ampang, Perak.. dorang ni mula-mula pemalu betul..last2 bila aku dah keluarkan suara ketegasan barulah dorang ni dengar cakap aku. fuhhh.. moh le mika tengok gambar-gambar di bawah ni.



aktiviti awal pagi.senamrobik..

aku dengan akak ealisah.. sempat berposing even tempat dia ni sangat curam..

ini group cikgu Theva..dalam hutan tebal..

aktiviti ikhtiar hidup.kecian betul dengan budak-budak ni.. enat jalan jauh last2 makan maggi je,,,

macam sedap je air tu..opps jangan salah sangka dalam cawan poliserin tu ada maggi taw. ikhtiar hiduplah katakan,,

selesai aktiviti jungle trekking n ikhtiar hidup,, aktiviti team building pulak main peranan. nasib masa kelola aktiviti ni aku ada partner, Shazila. kami punya stesen ini stesen kereta kebal.. kalo nak macam mana kereta kebal tu berjalan jom scroll ke bawah.

sementara murid-murid belum datang ke stesen kami..

ooopps ni macam adegan drama petang TV3 lak..

serve u right uolls.. but they so sempoii bak hang.

ni zulika and zulaikha.. thumbs up!!

korang tgk muka dia da iras-iras sapa?? cube kome teka??haha

last but not least, aku pon dapat cenderahati dari pihak sekolah. 

p/s : kalo korang nak tahu sekolah ni memang terbaik,lagi-lagi bab makanan,hahah kenyang kami fasi-fasi di sini..


#thanks reading this entry !