Sunday, January 8, 2017

Rindu bau lumut

Assalamualaikum..
Sekali dengar pasal lumut ni kan, mesti geli kan. Kotor kot. Haha. Saja nak bagitahu aku rindu bau lumut. Aku suka hiking. Sejak belajar kat ipg aku memang selalu hiking. Sekarang mungkin dah habis belajar plus aku duduk rumah pulak tu,  segala aktiviti hiking tergendala. Lagi2 mak memang tak gemar aku hiking. Dia ada alasan dia sendiri kot.
Kadang-kadang jealous jugak tengok kawan lain naik bukit, gunung. Dorang post gambar view yang cantik. Dapat tengok awan karpet. Pernah jugak habaq kat mak, aku nak hiking. Tapi mak masih risau kat aku. Sebenarnya ada je kawan ajak hiking,  tapi kemahuan aku terpaksa aku lupakan lantaran ingin menjaga hati parent.
Hopefully,  one fine day i will hiking again. Yes maybe with someone that i love. Hahaha.. Entahlaa labu.

Wednesday, December 14, 2016

Jodoh

Assalamualaikum..
Berhabuk dah blog ni. Dah bertahun tak buka. Tengok tajuk pon dah bole agak kan. Jodoh. Kalau dulu aku excited bile orang sekeliling cakap pasal jodoh, bakal imam,  tulang rusuk.  Perghh seronok betul. Rancak bebual kot. Disebabkan perkarq tersebut aku pon terus terlibat dengan terjaga jodoh orang lain.  Kenapa aku cakap macam tu?  sebab yang mana aku tolong jagakan tu memang dah jumpa jodoh masing2.  Salah seorang dari mereka tak lama lagi nak menimang anak. Tak sedih pon.  Pada aku jodoh itu rahsia Allah. Salah satu cara untuk dapatkan jodoh dengan perbaiki amalan dan ibadah. Aku ni pon selalu jugak menyeru jodoh. Hahaha.  Tapi kita tak tahu jodoh yang mana datang dulu. Jodoh tu ada dua jodoh kahwin dan jodoh maut. Sesungguhnya kita sebagai hamba hanya selalu berdoa yang lebih baik. 
Ye sama-sama kita berdoa untuk mendapatkan jodoh yang lebih baik.  Cepat atau lambat jodoh kita Allah dah sediakan.  Berdoa, usaha dan tawakal. Semoga kita sama-sama berada di bawah keredhaan-Nya..

Friday, April 29, 2016

they taught me.

aku mula melangkahi masuk ke kelas 4 Intelek. dadaku berdebar. ye kelas tu aras penguasaannya rendah. kalau dilihat sekolah praktikum kedua aku adalah sekolah kluster. aku rasa macam tak seronok hendak mengajar mereka kerana mereka lemah dalam pembelajaran. aku nak karang rph pon aku masih buntu tak tahu macam mana rendahkan arasku. ye sekolah praktikum kali ni aku dapat sekolah kampung. kampung kot. sekolah kecil. setiap hari aku pujuk diriku untuk ikhlaskan diri didik mereka.

tiga bulan berlalu, aku mahu melangkah pergi. aku perlu habiskan tempoh praktikum. aku sedih sebab nak tinggalkan mereka. tiga bulan itu cukup mengajar aku supaya tidak memilih untuk mengajar. ilmu itu perlu dikongsi. murid kelas 4 Intelek itu memang tidak berapa baik dalam soal pelajaran namun dari segi adab berguru mereka tetap ke hadapan. mendengar kata. perilaku mulia. mereka mengajar untuk bersabar untuk layan karenah mereka. antara mereka ini masih lagi tidak pandai membaca. apa yang aku harapkan Allah sentiasa terangkan hati mereka untuk mudah mendapat ilmu. semoga mereka dapat mengubah nasib kelaurga mereka dengan lebih baik kelak. in shaa Allah. thanks 4 Intelek..






can't control my gelabah atitude...

aku selalu mudah gelabah sebab masalah. kadang-kadang benda kecil pon aku nak gelabah macam masalah tu punya bapak besar. tu la aku. kadang-kadang aku malu bila orang punyalah cap aku ni jenis manusia cool giler. hanya orang yang rapat dengan aku je yang tau macam mana aku gelabah dan berakhir dengan moody dan muka tension. kesian jugak aku tengok si zila, munira dan mira hidup dengan aku. mujurlah Allah kurniakan aku dengan sahabat yang sentiasa cool bile ada masalah.yeah,i learned everything from them. how to calmly facing my problem exactly.

kalau nak cakap pasal pengalaman dengan dorang tu aku memang selalu kena tarbiyah jelah. tarbiyah yang dorang bagi tu kadang-kadang terkesan jugaklah kat hati.. tapi aku buat kental jela walaupun touching tahap nak duduk kat gua tu sorang-sorang sambil ditemani kelawar-kelawar yang berakkan tahi dia kat kepala aku..euww.

sebenarnya aku nak point Allah itu maha Adil. aku seorang mudah gelabah tapi Allah temukan aku dengan sahabat yang cool giler. kepada sahabat-sahabat aku yang bernama Shazila, Ameera, dan Munirah. thanks for treat me well untuk jadi manusia..






Monday, December 14, 2015

awesome girls in Bukit Keledang

assalamualaikum

Hiking kali ni kami tawan Bukit Keledang. Apa yang aku nak kata kat sini, hiking kali ni kami buat kerja giler. apa tak gilernya, kite orang pergi waktu kuliah, tapi lecturer tak buat kelas pon pagi tu. Disebabkan kami tempat tu kite orang tak familiar so kite orang gerak lepas subuh. Kalau dulu kami hiking bertiga je, tapi sekarang kami hiking bertujuh.


mujur semua badan comel-comel. muat satu kereta. perjalanan sepanjang bukit tu agak curam dan memenatkan. Disebabkan tak ingat jalan kami terpaksa guna laluan tangga. mak aiii tinggi dan terlalu curam. Kawan aku siap muntah lagi.  


 


hanya gambar yang boleh menceritakan segala-galanya. walaupun kami semua agak pancit tapi kami dah berjaya.hehehe


jalan ni agak curam dan licin sebenarnya. 


masa kite orang sedang enak menikmati pandangan yang amat cantik ni, tetiba kami dengar bunyi derasan air. rupa-rupanya kat sini ada air terjun comel. kecik je. tapi sangat sejuk.. so kite orang ambil kesempaan untuk rehat sebentar...


nak cari kawasan punya lah kena lalui semak bin samun..ish2..

 

  

 


sebenarnya background belakang tu lah konon-kononya puncak keledang.. sigh

berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan balik.
actually, ni cerita bulan lepas. rindu nak hiking lagi. rindu nak penatkan diri naik bukit atau gunung..  in Shaa Allah. buka sem ni terus gi hiking lagi..heheheeh





Friday, November 6, 2015

aku dia mereka dan Mulut

assalamualaikum

aku
dia
mereka dan
mulut..

mungkin aku dikelilingi dengan orang yang menggunakan mulut mereka yang suka bercerita mengenai perihal orang lain. Adakalanya cerita yang disampaikan itu adalah positif. Kalau yang itu ada juga orang yang kurang senang mendengarnya. Apa yang pelik , jika cerita perkara sebaliknya, makin meluaslah pengaruh cerita itu. kadangkala ditokok tambahnya.

Kawan aku,
Kawan kau.

Ini juga merupakan satu kelemahan. kenapa? sebab kawan makan kawan. Betul Itu terpulang pada kamu semua mahu terima atau pun tidak. tapi sila baca dengan hati yang terbuka. Percaya tak kau buat baik macam mana pun, kalau kau dengan kawan kau tidak sependapat, alah kalau nak senang kau memang tak boleh masuk dengan dia, sudah tentu bila kawan lain juga mula mengumpat kau, gerenti tu kawan yang selama ni baik dengan kau dengan suka hatinya cerita segala macam kelemahan kau.

Pada aku, itu semua lumrah dan korang pon jangan berdalih. Semua itu mungkin pernah terjadi pada korang kan?

Kepada manusia yang bernama kawan, satu sahaja aku mahu pesan.

"Sila letak diri kau pada orang yang kau burukkan. apa perasaan kau bila kawan kau sendiri cerita buruk kutuk kau bagai nak gila, cerita segala isi dalam diri kau. Atau kau memang tiada lagi sifat semangat kawan?"

P?S
mohon jangan sentap. anda semua sudah besar.
pesan aku
baca dengan hati yang terbuka
aku pon manusia.

Saturday, October 17, 2015

turn 22

assalamualaikum..

alhamdulillah. umur aku dah meningkat. thanks to emak dan abah sebab sampai ke hari ini beri aku banyak kasih sayang, ilmu agama dan banyak lagi. Apalah sangat dengan angka 22 sedangkan aku masih masih lagi setahun jagung. Aku bersyukur kerana aku masih boleh bernafas di dunia ini. Ya, pada usia seperti ini, banyak cobaan, kegembiraan, kesakitan, kesedihan. Tapi tu semua adalah cabaran dan ujian yang menyebabkan aku terus sabar dan kecapi kejayaan dan kemanisan. Aku petk kata-kata Ustazah Fatimah Syarha malam tadi, "kita ni manusia ibarat penulis novel, cabaran dan halangan yang mendatang tu sebenarnya menyebabkan novel kita menjadi lebih menarik. "

apa yang aku harapkan pada sekian kalinya, aku mahu terus pandang ke hadapan. Kecapi kejayaan, ubah perangai kebudak-budakan aku. dan semestinyalah mencari bakal suami. hehehehe










pranks done.. happy birthday to me... kesat air mata..thanks