Wednesday, May 17, 2017

Puberty hit us.

Assalamualaikum..

Malam ni saja nak buat throwback zaman kegemilangan spm. Waktu tu umur baru 17 tahun. Waktu tu tak aktif media sosial. Facebook tu jarang layan. Whatsapp pon masih tak ada lagi. Sebenarnya malam ni kat group whatsapp masing-masing upload gambar lama. Gambar lat sekolah ni sebenarnya kami ambil secara haram. Dulu kat sekolah memang tak boleh bawak nset. Aku budak baik kot. Masa tu aku tak ada nset lagi. Jadi kepala yang bawak nset ni geng pengawas la. Haha. Malas nak cakap banyak. Meh jenguk gambar kita zaman muka innocent gitu.. Hehe. Always 5sn2.

Sunday, May 14, 2017

Ujian

Assalamualaikum..

Semua orang ada ujian. Ujian kita berbeza-beza.  Hanya diri kita kuat mahu pun tidak.  Apa-apa pon kadang-kadang dengan ujian iman kita boleh meningkat,  tapi dengan ujian iman kita boleh jadi sebaliknya. Pada pandangan aku, antara ujian hebat berdasarkan pengalaman di depan mata aku sendiri adalah ujian untuk orang yang merancang untuk membina masjid. Kau tahu kenapa? Sebab bila kita nak buat baik, orang ketiga iaitu syaitan selalu buat gangguan pada hati kita.

Lebih-lebih lagi perempuan. Ya aku perempuan,  emosi dan perempuan tak boleh dipisahkan. Padahal sebelum ini kita memang tak pernah kisah dengan siapa seseorang itu berkawan. Bila keputusan dibuat dan kau merancang untuk berkahwin. Nah, kau yang selama ini boleh mengawal segala perasaan cemburu kini tidak lagi. Sukar untuk membuat pertimbangan ke atas perasaan kau sendiri.  Fikiran yang selama ini tenang dan terbuka automatik menjadi celaru dan tertutup. Apa lagi mulalah diri sendiri menyalahkan orang lain.  Disebabkan perkara itu,  aku ambil inisiatif untuk menjauhkan diri dengan si dia dan cuba untuk muhasabah diri.

Pada masa tersebut,  Allah kirimkan aku seorang sahabat untuk beri peringatan. Di sini aku kongsikan nasihat dia.

     "Allah itu yang pegang hati hambaNya. Tidak perlu untuk berasa susah hati terhadap dia. Paling penting kalau hati berasa sedemikian mintaklah dengan tuan punya hati tersebut. Tuan punya hati itu sememangnya bukan manusia( orang yang kau suka) tetapi tuan punya hati itu Allah. Mintak je dengan dia. "

Disebabkan perkara itu,  aku pun semakin tenang dan terus tenang.  Kadang kala kita ini mudah lupa akan Allah. Nauzubillah.  Maka anggap saja ini ujian. Ujian itu hadiah Allah buat kita.  Ya kita yang selalu jarang untuk mendekati Dia. Terima kasih Allah kau kirim aku satu ujian yang membantuku untuk lebih dekat denganMu..

Happy reading!!

Saturday, March 11, 2017

be confident!

assalamualaikum,

sejak belakangan ini aku suka selfie dan mintak orang tangkap gambar aku. perkara ini bukan benda baharu pon. sebenarnya aku memang tak yakin untuk berada di hadapan kamera. Paras rupa kita pon bukan seperti Mira Filzah, CTDK. So, bila posing pon still nampak awkward yang teramat. gmbar pon end up macam kayu la. jadi aku ada terbaca sesuatu article di Brightsight tentang cara berposing depan kamera dengan betul. salah satu daripada tips tersebut adalah berdiri kaki disilangkan secara menegak. then, aku pon cuba aplikasikan langkah tersebut. Hasil daripada aplikasi tersebut, gambar yang nampak macam berisi tu sudah nampak bentuk kurus.


Sunday, January 8, 2017

Rindu bau lumut

Assalamualaikum..
Sekali dengar pasal lumut ni kan, mesti geli kan. Kotor kot. Haha. Saja nak bagitahu aku rindu bau lumut. Aku suka hiking. Sejak belajar kat ipg aku memang selalu hiking. Sekarang mungkin dah habis belajar plus aku duduk rumah pulak tu,  segala aktiviti hiking tergendala. Lagi2 mak memang tak gemar aku hiking. Dia ada alasan dia sendiri kot.
Kadang-kadang jealous jugak tengok kawan lain naik bukit, gunung. Dorang post gambar view yang cantik. Dapat tengok awan karpet. Pernah jugak habaq kat mak, aku nak hiking. Tapi mak masih risau kat aku. Sebenarnya ada je kawan ajak hiking,  tapi kemahuan aku terpaksa aku lupakan lantaran ingin menjaga hati parent.
Hopefully,  one fine day i will hiking again. Yes maybe with someone that i love. Hahaha.. Entahlaa labu.

Wednesday, December 14, 2016

Jodoh

Assalamualaikum..
Berhabuk dah blog ni. Dah bertahun tak buka. Tengok tajuk pon dah bole agak kan. Jodoh. Kalau dulu aku excited bile orang sekeliling cakap pasal jodoh, bakal imam,  tulang rusuk.  Perghh seronok betul. Rancak bebual kot. Disebabkan perkarq tersebut aku pon terus terlibat dengan terjaga jodoh orang lain.  Kenapa aku cakap macam tu?  sebab yang mana aku tolong jagakan tu memang dah jumpa jodoh masing2.  Salah seorang dari mereka tak lama lagi nak menimang anak. Tak sedih pon.  Pada aku jodoh itu rahsia Allah. Salah satu cara untuk dapatkan jodoh dengan perbaiki amalan dan ibadah. Aku ni pon selalu jugak menyeru jodoh. Hahaha.  Tapi kita tak tahu jodoh yang mana datang dulu. Jodoh tu ada dua jodoh kahwin dan jodoh maut. Sesungguhnya kita sebagai hamba hanya selalu berdoa yang lebih baik. 
Ye sama-sama kita berdoa untuk mendapatkan jodoh yang lebih baik.  Cepat atau lambat jodoh kita Allah dah sediakan.  Berdoa, usaha dan tawakal. Semoga kita sama-sama berada di bawah keredhaan-Nya..

Friday, April 29, 2016

they taught me.

aku mula melangkahi masuk ke kelas 4 Intelek. dadaku berdebar. ye kelas tu aras penguasaannya rendah. kalau dilihat sekolah praktikum kedua aku adalah sekolah kluster. aku rasa macam tak seronok hendak mengajar mereka kerana mereka lemah dalam pembelajaran. aku nak karang rph pon aku masih buntu tak tahu macam mana rendahkan arasku. ye sekolah praktikum kali ni aku dapat sekolah kampung. kampung kot. sekolah kecil. setiap hari aku pujuk diriku untuk ikhlaskan diri didik mereka.

tiga bulan berlalu, aku mahu melangkah pergi. aku perlu habiskan tempoh praktikum. aku sedih sebab nak tinggalkan mereka. tiga bulan itu cukup mengajar aku supaya tidak memilih untuk mengajar. ilmu itu perlu dikongsi. murid kelas 4 Intelek itu memang tidak berapa baik dalam soal pelajaran namun dari segi adab berguru mereka tetap ke hadapan. mendengar kata. perilaku mulia. mereka mengajar untuk bersabar untuk layan karenah mereka. antara mereka ini masih lagi tidak pandai membaca. apa yang aku harapkan Allah sentiasa terangkan hati mereka untuk mudah mendapat ilmu. semoga mereka dapat mengubah nasib kelaurga mereka dengan lebih baik kelak. in shaa Allah. thanks 4 Intelek..






can't control my gelabah atitude...

aku selalu mudah gelabah sebab masalah. kadang-kadang benda kecil pon aku nak gelabah macam masalah tu punya bapak besar. tu la aku. kadang-kadang aku malu bila orang punyalah cap aku ni jenis manusia cool giler. hanya orang yang rapat dengan aku je yang tau macam mana aku gelabah dan berakhir dengan moody dan muka tension. kesian jugak aku tengok si zila, munira dan mira hidup dengan aku. mujurlah Allah kurniakan aku dengan sahabat yang sentiasa cool bile ada masalah.yeah,i learned everything from them. how to calmly facing my problem exactly.

kalau nak cakap pasal pengalaman dengan dorang tu aku memang selalu kena tarbiyah jelah. tarbiyah yang dorang bagi tu kadang-kadang terkesan jugaklah kat hati.. tapi aku buat kental jela walaupun touching tahap nak duduk kat gua tu sorang-sorang sambil ditemani kelawar-kelawar yang berakkan tahi dia kat kepala aku..euww.

sebenarnya aku nak point Allah itu maha Adil. aku seorang mudah gelabah tapi Allah temukan aku dengan sahabat yang cool giler. kepada sahabat-sahabat aku yang bernama Shazila, Ameera, dan Munirah. thanks for treat me well untuk jadi manusia..