Saturday, October 10, 2015

tourist

assalamualaikum..

Apa yang aku nak share dengan korang pada entry aku kali ini adalah satu topik " Tourist" atau pelancong. Suka aku di sini menyatakan bahawasanya aku memang suka jadi pelancong. Tak kisahlah melancong di negara sendiri mahu pun luar negara. Satu perkara yang aku paling gemar bila jadi tourist ni. Orang tak kisah pon apa yang kau buat. apa yang kau makan, dan seumpamanya.

Bila aku jadi tourist ni banyak benda yang aku belajar. Mungkin bonus bagi aku sebab aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang peramah. Senang aku bebual dengan strangers, mudah aku nak bertanya kalau aku tersesat jalan. The best is aku boleh cuci mata dengan senang hati.

Jiwa aku memang suka keseorangan. tapi apa-apa pon bertiga lebih baik. Sememangnya aku harap partner aku boleh share minat aku. In Shaa Allah pada masa akan datang aku akan teruskan dengan minat aku yang ini. Mungkin aku akan luaskan perjalanan berdua mungkin. Who knows.

Tapi satu je yang aku nak pesan, percayalah, semakin kau berjalan semakin kau belajar sesuatu yang orang lain tak dapat belajar. and you will be happy.

Saturday, August 22, 2015

mereka

assalamualaikum.

Mereka mungkin menggelarkan aku sebagai pelakon.pelakon yang menjadi pengajar tentang kehidupan, bercerita mengenai masa depan yang belum pasti. namun aku juga adalah seorang pemerhati.Pemerhati kedewasaan mereka. Bagaimana masa mendewasakan mereka. Bagaimana mereka perlaha-lahan meninggalkan zaman mereka.

pertama kali aku melihat mereka, banyak perasaan bergabung menjadi satu perasaan yang kasihan. pertama kali melangkah ke bilik itu, aku gembira kerana kecomelan mereka. tapi bila aku melihat satu persatu wajah mereka, aku sedih. baru aku tahu di sinilah, di bilik inilah mereka menjadi pelakon. ya seperti aku pelakon kepada mereka. mereka menunjukkan sikap yang dalamnya mungkin plastik atau sebaliknya.

walaupun aku hanyalah watak sementara bagi mereka, namun aku juga memainkan peranan penting untuk membentuk mereka. baru aku sedar, mereka juga memerlukan aku. tidak semua mendapat perasaan kepuasan terhadap kasih yang disalurkan terhadap mereka.



they need me.
ye.mereka itu murid
dan aku gurunya....

Tuesday, July 14, 2015

ketidakadilan

assalamualaikum..

kadang-kadang aku rasa hidup aku ini banyak yang tak adil. ketidakadilan boleh dilihat dalam keluarga, persahabatan dan dalam kehidupan diri sendiri. semua perkara yang aku nak buat semua jadi tak kena. Bila kita lihat diri orang lain, mudahnya dia nak berjaya. tapi bagi aku, semuanya penuh dengan jalan yang berliku. sampai satu masa aku rasa aku dah give up.

Adakalanya aku rasa sampai macam dah down giler bahana apa yang aku nak aku tak dapat dan semestinya orang lain dapat. fikiran pon mula berkecamuk, hati semakin tidak tenang. perasaan berbaur marah dan sedih. sampai satu tahap aku terduduk dan terfikir kenapa ujian seperti ini datang kepada aku.

kadang-kadang  aku terfikir bahawa ketidakadilan ini selalunya datang pada hati yang bersyukur pada segala nikmat-Nya. Istigfar wahai diri. ingatlah Allah tu Maha Adil. Tiada kuasa yang boleh tandinginya. biarpun ketidakadilan selalu hadir dalam diri ko. maka doalah. Doakan senjata untuk mukmin.

jadi, ko rasa dunia ni adil bagi ko? fikirkan.....

Sunday, June 28, 2015

momo

Salam.

Pernah korang rasa seperti 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'? 
Pada aku,sume orang pernah rasa. 
Menyesal?
Yup.lama sangat nak hilang..
Tapi percayalah tu sume ujian dari Allah.
Aku?
Banyak kali . 
Tapi benda yang aku sesalkan sudah hilang.
Hilang tak bermakna tiada di bumi.
Tetapi tiada peluang untuk aku. 
Jadi..
Takkan nak meratap kot.


Hidup perlu diteruskan.
Anggap ni bukan rezeki ko.

*don't look back, babe
just smile. husnudzon dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah.






a day with my cousin

assalamualaikum.

macam biasalah bile cuti sekolah dah mula. semua pakat nak balik kampung. kebetulan masa tu mak abah buat kenduri kat Batu Pahat sempena dorang nak pergi menunaikan ibadah umrah. jadi excited pulak nak balik kan. sebenarnya kalau hari jumaat tu tak de tutorial memang aku dah balik kampung terus. tapi terpaksa batalkan niat nak balik awal sebab mentor nak buat tutorial. last-last mentor meeting tapi tutorial pon cancel. how dare. sabar jelaaaa.

aku ni memang tak pernah ar nak ambil tiket transit dari ipoh-kl-batu pahat. pertama kali ar katakan , aku punya lah baik beli tiket on the spot nak gi KL. sekali semua habis. ad pon bas yang cikai-cikai je. erm nak tak nak aku amek jela. nasib baik aku berdua dengan classmate aku. so adalah peneman kan. sekali bas delay. dari pukul 2.30pm -4.00pm aku tunggu. bas baru sampai. aku tawakal jelaa. asalkan selamat. 

macam mana ek nak naik lrt dari pudu - kl sentral ? serius. ini memang pertama kali bagi aku. kesian dengan cousin aku tunggu kat sana. so alhamdulillah aku pon dapat survived .memang tak percaya kan. moralnya malu bertanya sesat jalan. sepanjang kebingungan aku cari jalan keluar tu aku bertanya dengan orang-orang kat sana. alhamdulillah Allah pertemukan dengan orang yang baik. hiks.

jangan ingat perjalanan aku sampai di kl sentral ye. nak balik BP kena gi TBS dulu. memang kami berkejar masa kot nak gi sana. tapi ada satu berita tak baik. tiket habis =( sedih giler.. 

jadi kami decide untuk balik rumah cousin aku kat Batu Caves. sebenarnya kami dah beli tiket untuk bas esok. awal giler kul 8 am okey. kami dengan yakin gi TBS rupanya kami lewat 15 minit. memang tiada maaf bagimu. bas dah tinggal. takpelah last2 aku gi beli tiket untuk bas seterusnya. alhamdulillah. 





akhirnya, kami pon sampai ke Batu Pahat. walaupun kami dah terlepas dari kenduri dan gathering keluarga. nak buat macam mana kan. so kepada cousin aku thanks untuk perjalanan balik kampung yang mencipta rekod perjalanan yang paling lama. wah, syabas!!!


much love,
roseazniabu

Saturday, January 17, 2015

nawaitu

assalamualaikum

diharapkan pada tahun ini, aku dapat melunaskan segala tunggakan niat-niat yang terdahulu. niat nak gembirakan hati mak dan abah iaitu dua orang tulang belakang dikala susah dan senang. Mak abah dah banyak bersusah payah nak sekolahkan aku. kalau aku lupa diri memang tak patut. Pernah terjadi dulu, apabila aku tengah sengkek tak cukup duit kat tangan, pada saat itu aku menolak permintaan mak untuk terima duit belanja yang diberi, pada masa itu abah bisik padaku "ini masih tangunggjawab kami nak sekolahkan kau, terima je pemberian ini, kalau taknak guna sekalipun simpan sahaja duit ini. paling tidak pun duit ini masih berguna untuk lain hari".

sebab itu sebelum melakukan sesuatu perkara ,perbetulkan niat kita dahulu. Penting sebenarnya untuk jadi peringatan buat kita supaya tidak lupa diri dan sentiasa berada pada landasan yang betul.


Lillahi Taala.
lets pray to our iman.
Amin.

Saturday, December 6, 2014

sakit

sakit penghapus dosa.

siapa yang suka jika berpenyakit.
siapa yang suka jika doktor kata kau sakit.
siapa yang suka jika hari-hari bertemankan ubat.
itulah kau tak tahu masa ini Allah memang rindu akan kau.
dan kau ego untuk terima semua itu.

sihat ; kau alpa, maksiat merata kau buat.
tuhan sayang sebab itu Dia bagi sakit.
Dia tak nak kau lupa dia sebagaimana dia berhari-hari bagi nikmat kat kau.
jika sakit ,kau mengadu domba kat Dia.
jika sakit ,kau baru sujud kepada-Nya.
jika sakit , kau ingat Dia.

jangan kau lupa masa sakit kau banyak kali bangun malam bersujud kepada-Nya.
iya, benar, sesungguhnya Dia maha mendengar suara hamba-hamba-Nya.

jika kau sihat kembali, jangan kau lupa tika kau masa sakit.
jika kau sihat jangan lupa pada pemberi nikmat sihat kau ini.
jika kau suhat jangan lupa diri.
bagai isi lupakan kulit.

#p/s : ingat Allah masa sihat dan senang, nescaya Allah ingat kau masa susah dan sakit. In Sha Allah